March 15, 2014 | 8:03 PM
- Sejak beberapa hari
ini pelbagai cerita mitos muncul disusur masa media sosial berkenaan
kehilangan MH370. Menurut Astroawani terdapat 5 teori menjelaskan apakah kemungkinan yang berlaku kepada pesawat tersebut.
Namun begitu tao di fahamkan terdapat satu teori yang melibatkan
tragedi pesawat yang hilang selama 35 tahun dan muncul semula pada
tahun 1993.
Saksikan Video di bawah ini...
Baiklah mari kita musnahkan cerita bohong tahap sinetron murahan ini
dengan menggunakan fakta. Kami sedari kenapa cerita macam ini mendapat
tempat di hati Malaysian. Ya kami sedari ramai yang mahu fikir positif
bahawa penumpang MH370 selamat tetapi disorokkan djinn and aliens or
whatever shit you believe in. Truth of the matter is rakan-rakan
sekalian cerita di atas tidak ada bukti pernah berlaku sama sekali.
"Berita" di atas dimuat naik pada Julai 2013. Ianya diambil dari siri TV
Indonesia On The Spot. Ia memaparkan berita "aneh", "misterius" dan
"angker" yang berlaku seluruh dunia. Jadi bolehlah dikatakan siri On The
Spot ini ialah siri TV Mastika edisi Bung Karno. Di bawah ialah sebuah
lagi klip rangkuman "berita misterius" dari seluruh dunia yang
dilaporkan oleh rancangan ni.
Hasil dari carian di internet dan laporan paling awal mengenai cerita ini kami jumpai di laman Socyberty. Entri cerita ini ditulis pada 28 Mac 2011. Tetapi ada perbezaan ketara diantara cerita yang dilaporkan di Socyberty dengan cerita yang dilaporkan di On The Spot.
2. Dalam laporan asal pesawat mendarat secara tiba-tiba di Bogota Colombia pada tahun 1993 bukannya di Porto Allegre Brazil pada tahun 1980. Perbezaan hilang selama 47 tahun atau pun 35 tahun bergantung kepada cerita mana yang anda mahu percaya.
3. Laporan asal juga lebih terperinci kerana mengatakan masih terdapat kopi yang masih panas dan rokok yang masih berasap di dalam kabin berisi penumpang yang kini hanya tinggal rangka.
Seterusnya mari kita lihat senarai penuh kesemua insiden kecelakaan yang melibatkan pesawat Lockheed Constellation.
Kepada yang kurang arif Lockheed Constellation ialah pesawat yang popular pada waktu itu dan adalah yang paling canggih boleh digunakan syarikat penerbangan. Pesawat jenis ini juga digunakan Presiden Dwight Eisenhower sebagai pesawat rasmi beliau semasa memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat.
TIADA insiden melibatkan pesawat yang terbang dari Rio De Janeiro ke Havana diantara 1945-1946. Kemalangan pertama pesawat ini di Amerika Selatan dilaporkan pada tahun 1955 apabila pesawat milik Panair Do Brasil terhempas ketika cuba mendarat kerana melanggar sebatang pokok. Seramai 16 dari 24 penumpang meninggal dunia. Pesawat berjaya ditemui. Sebuah lagi insiden berlaku pada tahun 1959 melibatkan pesawat Lufthansa yang terhempas ketika cuba mendarat di Rio De Janeiro akibat cuaca buruk. Hanya 3 dari 39 anak kapal terselamat. Sekali lagi pesawat ditemui.
Jadi terbukti tiada rekod langsung ada pesawat dari jenis ini hilang sepanjang ianya digunakan oleh syarikat penerbangan seluruh dunia.
Kami kemudian melakukan carian senarai pesawat penumpang yang hilang dan sehingga kini tidak ditemui. Hasilnya ialah senarai lengkap pesawat yang hilang dan tidak ditemui sejak 1856 sehingga 2014. Tidak ada satupun pesawat di dalam senarai ini dalam perjalanan dari Rio ke Havana.
- Jadi apa kesimpulan korang dengan cerita yang sedang HEBAT dikongsi di laman sosial sekarang? Sehinggakan pakai bomoh bagai, dikatakan pesawat tersebut di sorokkan di antara 3 negara. Kemudian hari ini pula Najib, PM sendiri merungkaikan sendiri misteri kehilangan Pesawat MH370. -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan