(Diterbitkan pada: Julai 18, 2014 21:34 MYT)
KUALA LUMPUR: Rusia menegaskan ia sama
sekali tiada rancangan untuk menerima kotak hitam pesawat Malaysia
Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh dekat
sempadan Ukraine-Rusia, kata Menteri Luarnya Sergei Lavrov.
"Biar apapun yang dikatakan oleh Kiev, kami tidak ada rancangan untuk mengambil kotak (hitam) itu. Kami tidak akan rancangan mahu melanggar kelaziman (antarabangsa) yang sedia ada dalam keadaan kejadian seperti ini," kata Lavrov dalam satu wawancara dengan televisyen di Rusia.
"Kami mahu pakar antarabangsa tiba ke lokasi nahas secepat mungkin supaya mereka boleh mendapatkan segera kotak hitam itu."
Kawasan kejadian terletak dalam wilayah yang dikuasai oleh kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk yang pro kepada Rusia.
Sebelum ini, kumpulan pemberontak Ukraine dilaporkan telah menemui kotak hitam penerbangan MH17.
Kotak hitam kedua pesawat Boeing-777 milik MAS itu juga dilaporkan dijumpai pekerja penyelamat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan