Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Jumaat, 18 Julai 2014

Pemberontak pro-Rusia tembak jatuh MH17



KIEV 18 Julai - Kumpulan pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine dipercayai bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 apabila ketua kumpulan militia, Igor Strelkov dilaporkan menunjukkan reaksi gembira dengan kejadian itu sambil menyaksikan kapal terbang itu terhempas jatuh.

Portal berita Mail Online melaporkan, Kami telah memberi amaran kepada anda - jangan terbang di ruang angkasa kami."
Strelkov yang juga Menteri Pertahanan Republik Rakyat Donestsk dalam akaun Twitternya didakwa menyatakan: “

Sebelum kejadian itu, Strelkov sendiri dipercayai menembak jatuh pesawat Antonov-26 milik tentera udara Ukraine dan mendakwa ia terhempas di sebuah lombong bernama Progress.

“Di kawasan Torez, kami baru menembak jatuh AN-26, .. ia kini berada di lombong Progres.’’ katanya dalam akaun Twitter tersebut.

Apabila keadaan menjadi jelas bahawa pesawat tersebut sebenarnya adalah MH17, tweet tersebut telah dipadamkan.

Strelkov kemudian bertindak mendiam diri selepas menyedari kesilapan tersebut.

Rakaman video menggunakan telefon bimbit itu yang dipercayai dirakam oleh penembak MH17 memaparkan saat-saat akhir ketika pesawat itu terhempas dan terbakar.

Kamera itu tidak memberi fokus dalam jarak dekat pesawat itu terhempas tetapi suara kumpulan pemberontak berkenaan boleh didengari berbual tentang `tompokan hitam yang berterbangan’ menyatakan ia jatuh ke bumi dalam beberapa serpihan.

Suara itu dipercayai Strelkov mengumumkan bahawa “Pesawat itu telah ditembak. Lihat tompokan hitam itu, ia adalah serpihan, ia adalah letupan.. lihat, lihat, asap hitam.’’

Tiada anggota pemberontak dapat dilihat dalam rakaman berkenaan, namun ia dipercayai sahih kerana ketika itu hanya mereka mengetahui apa yang berlaku.

Dalam pada itu, sebuah akhbar Ukraine menyiarkan satu transkrip perbualan telefon kumpulan pemberontak itu tentang penemuan rangka pesawat MH17 yang dipintas oleh perkhidmatan keselamatan Ukraine.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan