Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Khamis, 17 Julai 2014

Terhempas MAS MH17 Bencana Tragis

Friday, July 18, 2014

Update 10:38: Panggilan Telefon Penembak Pesawat Dipintas, Pesawat Terbakar Dan Mayat Bergelimpangan

 
 
 
 
 
 
 
Kredit gambarlusuka.com

Akhbar lapor panggilan telefon dipintas dakwa tembak pesawat mk - 4:13AM - 18 Jul 2014

Akhbar Ukraine, The Kyiv Post melaporkan satu panggilan telefon di antara anggota pemisah dan pegawai risikan tentera Rusia berhubung pesawat yang didakwa ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine.

Rakaman tersebut dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine, SBU.

Menurut rakaman dalam bahasa tempatan itu, anggota pemisah berkenaan memberitahu pegawai risikan Rusia bahawa mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat.

Ia juga menunjukkan, militan berkenaan memberitahu pihak risikan Rusia bahawa mereka kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.


Menurut laporan itu, salah satu panggilan itu dibuat kira-kira 20 minit selepas MH17 terhempas. Panggilan itu dibuat oleh Igor Bezler, yang didakwa SBU sebagai seorang pegawai perisikan tentera Rusia dan komander utama Republik Rakyat Donetsk.

Portal berita itu juga menerbitkan sebuah transkrip penuh perbualan telefon, yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Sementara itu, Reuters memetik kenyataan pemimpin operasi bencana Ukraine yang berkata, operasi mencari dan menyelamat dihalang oleh kumpulan "pengganas bersenjata".

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa pula menyebut, ruang udara yang dilalui MH17 tidak dikelaskan sebagai zon larangan terbang.

Manakala New York Times melaporkan, keadaan fizikal mayat yang ditemui masih utuh. Ini menunjukkan pesawat itu mungkin membuat pendaratan terkawal.

Bangkai pesawat terbakar, mayat bergelimpangan mk - 3:43AM - 18 Jul 2014
Berpuluh-puluh mayat bergelimpangan di sekitar bangkai pesawat jet penumpang yang terbakar selepas terhempas di sebuah padang di timur Ukraine pada hari Khamis, kata seorang wartawan Reuters.
Seorang pekerja menyelamat berkata sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui setakat ini di tempat kejadian, berhampiran kampung Grabovo, dan serpihan bangkai pesawat itu bertaburan di seluruh kawasan sehingga keluasan kira-kira 15 km.
Serpihan sayap bertanda biru dan merah cat - warna yang sama sebagai lambang syarikat penerbangan Malaysia yang pesawatnya, Boeing 777, hilang dari radar ketika  dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa hampir 300 orang.

"Saya sedang memandu traktor di padang itu apabila saya mendengar bunyi kapal terbang dan kemudian letupan dan tembakan.
"Lalu saya nampak pesawat itu terhempas dan patah dua.
"Ada asap hitam tebal," kata seorang saksi, yang memberikan namanya hanya sebagai Vladimir.

A pejuang pemisah dari Krasnyi Luch yang berdekatan, yang memberikan namanya hanya sebagai Sergei berkata: "Dari balkoni saya saya nampak kapal terbang  itu mula menurun dan kemudian terdengar bunyi dua letupan."

Beliau menafikan pemberontak menembak jatuh pesawat itu.

"Ini boleh berlaku hanya jika ia jet pejuang atau peluru berpandu darat ke udara (yang menembaknya)," katanya kepada Reuters, sambil berkata pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak menembak jatuh kapal terbang pada ketinggian begitu.

Semua 295 orang di atas kapal pesawat terbunuh, kata seorang pegawai kementerian dalam negeri Ukraine, dengan menyalahkan "pengganas" menggunakan peluru berpandu darat ke udara.

Perdana menteri Ukraine menyifatka nahas yang menimpa pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu sebagai satu "bencana".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan