Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Jumaat, 18 Julai 2014

TERUS BERULANG WALANG
kelopak@gmail.com...18 Julai 2014 9:31 PTG

Secara peribadi saya berpendapat tragedi yang telah berlaku amat tragis & berharap janganlah berulang lagi. Ianya dah berlaku tak dapat kita berpatah balik; Ianya satu jenayah & kekejaman yang kita kesali. Tak siapa mahu menempah maut. Di mana salahnya amat sukar kita buktikan; pihak MAS juga kerajaan takkan mahu mengaku; iyer memang kami salah; kami akan tanggung semua pampasan; kami yang silap pilih laluan MAS... kami memang tak sekat MAS ikut laluan itu & kami akan jaga semua waris mangsa yang tinggal.

Ianya perlu dibuat kajian serta siasatan siapa salah atau sekadar ini cuma nahas... DEMI memberi perlindungan & pampasan sewajarnya buat yang terkorban; demi keselamatan penumpang MAS di masa akan datang kajian mendalam tragedi ini perlulah adil & telus. Rasanya pasti semua pelanggan kecut perut jika MAS masih lagi berdegil mengatakan ITU laluan selamat. Jika pihak berwajib juga pihak insuran sedia terima ianya laluan betul tak perlulah tukar haluan lain tak perlulah kita berbalah. Ikutlah terus laluan itu sampai bila-bila. Tapi sesungguhnya saya amat menyanggah.

Terbaik ikutlah laluan penerbangan negara lain yang selamat. Jangan lalu di sana lagi. Itu memang kawasan perang malahan dalam tahun ni bukan MAS mangsa pertama ditembak di laluan tersebut. Satu tindakan rasis & amat bahaya jika mereka yang kata itu laluan selamat MAS akan tetap ikut laluan itu. Kami ada penangkis peluru berpandu.

Apakah nak lalu laluan udara lain jauh lebih mahal kosnya atau ada lampu isyarat merah ke arah lain laluan. Dah puas minta izin laluan udara lain...dunia di luar sana tak kasi lalu. Tolonglah jangan sampai kemalangan sebegini berulang di laluan yang sama. Nanti semua orang tak berani naik MAS lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan