Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Isnin, 21 Julai 2014

MH17: Pesawat Air India selisih 90 saat semasa nahas

(Diterbitkan pada: Julai 21, 2014 17:25 MYT)

MH17: Pesawat Air India selisih 90 saat semasa nahas 
 
MH17: Pesawat Air India selisih 90 saat semasa nahas 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat milik Air India yang berada tidak sampai 25 kilometer daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia pada Khamis lepas, lapor The Times of India.

Oleh sebab pesawat jenis Boeing 787 Dreamliner itu dekat, atau lebih kurang 90 saat selisih masa penerbangan, ia telah diminta oleh pengawal trafik udara Ukraine untuk cuba menghubungi pesawat MAS itu selepas pesawat itu gagal dihubungi.

Pesawat Air India itu dalam penerbangan dari arah bertentangan, dari Delhi ke Birmingham.

"Air India Dreamliner hanya kurang 25 kilometer dari pesawat Malaysia apabila pesawat itu ditembak. Apabila juruterbang itu dapat tahu tentang nahas berkenaan kemudian, mereka tergamam.

"Rasanya seperti seseorang yang berdiri di sebelah kita kena tembak," kata sumber yang dipetik oleh The Times of India pada Ahad.

Menurut sumber itu lagi, juruterbang berkenaan juga ada mendengar pegawal trafik udara membenarkan penerbangan MH17 untuk "laluan terus" (direct routing).

Ini membolehkan pesawat itu tidak melalui laluan biasa dari satu titik laluan (waypoint) ke satu titik laluan seperti diatur dalam pelan penerbangan. Laluan terus itu akan menjimatkan minyak dan masa dan lazimnya digemari oleh juruterbang.


Laporan agensi berita AFP bagaimanapun menyebut jurucakap Air India enggan mengulas laporan akhbar itu.

Tidak lama selepas nahas pada Khamis itu, banyak media melaporkan maklumat yang diperolehi daripada laman web flightradar24 yang menunjukkan pesawat Air India ada dekat dengan pesawat penerbangan MH17.

Pihak berkuasa penerbangan India pada Jumaat bagaimanapun mengeluarkan kenyataan menafikan laporan itu.

Ruang udara di Ukraine mempunyai lima kawasan penerbangan iaitu Kiev, Lviv, Dnipropetrovsk, Odessa dan Simferopol. MH17 berada dalam ruang udara Dnipropetrovsk pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki) dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Air India itu pula baru memasuki ruang udara Ukraine selepas merentas Rusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan