Seorang pakar penerbangan mendakwa pesawat malang MH17 membuat lencongan sejauh 482 kilometer dari laluan lazim dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Laporan The Telegraph menyebut, Robert Mark, seorang juruterbang kapal komersial menyebut, kebanyakan pesawat MAS yang membuat penerbangan di antara dua destinasi tersebut mengikuti laluan lebih ke selatan dari laluan MH17.
"Saya hanya boleh beritahu anda sebagai juruterbang komersial bahawa, jika laluan kami ditetapkan sedemikian, melihat pada apa yang berlaku di sempadan Ukraine dan Rusia sejak berbulan lalu, saya tidak akan menerima laluan tersebut.
“Saya melihat dalam sistem FlightAware, yang kita semua gunakan pada hari ini, untuk melihat di mana pesawat ini bermula dan di mana jejak mereka, dan saya melihat kembali penerbangan MH17 sejak dua minggu lalu, dan juga penerbangan ini.
"Kesemua penerbangan yang dijejak sangat-sangat jauh di utara di sebelah Ukraine berbanding penerbangan lain...
“Ada versi (laluan penerbangan) MH17 yang menunjukkan ia terbang lebih 300 batu ke selatan berbanding laluan ini,” katanya.
Mark juga merupakan seorang penyunting di majalah Aviation International News Safety.
The Telegraph menyebut, rekod penerbangan MH17 di sistem FlightAware seolah-olah menyokong dakwaan juruterbang tersebut.
Bagaimanapun, semakan Malaysiakini ke atas data sama di FlightAware dan Flightradar24 mendakwa pesawat MH17 membuat penerbangan merentasi Ukraine sebanyak 14 kali sejak dua minggu lalu, dan melalui kawasan berhampiran bandar Donetsk dalam setiap penerbangan.
Lencongan paling besar dilakukan MH17 adalah pada 13 Julai, sejauh kira-kira 200 kilometer, namun ia melibatkan kawasan yang sebahagian besarnya tidak terjejas dengan konflik antara Ukraine dan pemisah pro-Rusia.
Penerbangan tersebut pada 13 Julai turut melalui Donetsk yang dikawal oleh kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk.
Sistem FlightAware dan Flightradar24 memperolehi data dari sumber siaran radio awam sama yang memberi lokasi GPS dan data penerbangan lain dari pesawat itu sendiri, dipanggil Automatic Dependent Surveillance-Broadcast (ADS-B).
Ia seterusnya dikesan oleh alat radio di kawasan berdekatan dan disampaikan ke laman web secara langsung.
Bagaimanapun, pakar cuaca SNN Chad Myers menimbulkan spekulasi bahawa penerbangan MH17 mungkin mengubah haluan atas faktor cuaca tertentu.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pesawat membawa 298 orang penumpang dan anak kapal itu mengikuti laluan yang disahkan selamat oleh pihak berkuasa penerbangan.
SEOUL: Dua syarikat penerbangan utama Korea Selatan berkata, mereka sudah menghentikan penggunaan ruang udara Ukraine sejak 3 Mac lalu atas faktor keselamatan.
BalasPadamKorean Air Lines Co Ltd dan Asiana Airlines Inc, kedua-duanya berkata, mereka menukar laluan penerbangan berkenaan untuk mengelak terbang di Ukraine sejak tarikh yang sama.
Siapa cerdik MAS ke Korea
elopak@gmail.com18 Julai 2014 9:31 PTG
BalasPadamSecara peribadi saya berpendapat tragedi yang telah berlaku amat tragis & janganlah berulang lagi. Ianya dah berlaku tak dapat kita berpatah balik; Ianya satu jenayah & kekejaman yang kita kesali. Tak siapa mahu menempah maut. Di mana salahnya amat sukar kita buktikan; pihak MAS juga kerajaan takkan mahu mengaku; iyer memang kami salah; kami akan tanggung semua pampasan; kami yang silap pilih laluan MAS... kami memang tak sekat MAS ikut laluan itu & kami akan jaga semua waris mangsa yang tinggal.
Ianya perlu dibuat kajian serta siasatan siapa salah atau sekadar ini cuma nahas... DEMI memberi perlindungan & pampasan sewajarnya buat yang terkorban; demi keselamatan penumpang MAS di masa akan datang kajian mendalam tragedi ini perlulah adil & telus. Rasanya pasti semua pelanggan kecut perut jika MAS masih lagi berdegil mengatakan ITU laluan selamat. Jika pihak berwajib juga pihak insuran sedia terima ianya laluan betul tak perlulah tukar haluan lain tak perlulah kita berbalah. Ikutlah terus laluan itu sampai bila-bila. Tapi sesungguhnya saya amat menyanggah.
Terbaik ikutlah laluan penerbangan negara lain yang selamat. Jangan lalu di sana lagi. Itu memang kawasan perang malahan dalam tahun ni bukan MAS mangsa pertama ditembak di laluan tersebut. Satu tindakan rasis & amat bahaya jika mereka yang kata itu laluan selamat MAS akan tetap ikut laluan itu. Kami ada penangkis peluru berpandu.
Apakah nak lalu laluan udara lain jauh lebih mahal kosnya atau ada lampu isyarat merah ke arah lain laluan. Dah puas minta izin laluan udara lain...dunia di luar sana tak kasi lalu. Tolonglah jangan sampai kemalangan sebegini berulang di laluan yang sama. Nanti semua orang tak berani naik MAS lagi.