Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Jumaat, 18 Julai 2014

Kumpulan bersenjata halang pemerhati ke lokasi nahas MH17

 
Kumpulan lelaki bersenjata menghalang pemerhati daripada Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) daripada meninjau lokasi di mana pesawat MH17 terhempas di kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, kata badan pemantau hak dan keselamatan itu.

Menyifatkan pelakuan mereka sebagai "kurang sopan dan tidak profesional", seorang jurucakap OSCE berkata beberapa lelaki bersenjata di kawasan itu kelihatan seolah-olah mabuk manakala yang lain tidak membenarkan pasukannya seramai kira-kira 25 pemerhati melihat bangkai pesawat Boeing 777 itu.

"Kami menjangkakan diberi akses penuh, itu cara kita bekerja," Michael Bociurkiw dalam satu sidang akhbar.

"Malangnya tugas itu telah menjadi sukar. Apabila tiba di tapak nahas... kami berdepan dengan anggota bersenjata yang berkelakuan kurang sopan dan tidak profesional. Ada di antara mereka yang kelihatan sedikit mabuk. "

Beliau menafikan pemberontak pro-Rusia melepaskan
tembakan ke arah kumpulan pemerhati OSCE, tetapi berkata seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke udara, seperti mahu menakut-nakutkan sesetengah orang awam.

Terdahulu, pengerusi majlis tetap OSCE itu, Thomas Greminger, memberitahu Reuters bahawa kumpulan pemerhati itu tidak mendapat akses ke tapak nahas dan para penyiasat hanya menunggu di di sana kira-kira 75 minit sebelum kembali ke Donetsk.

Amerika Syarikat berkata ia "memandang berat" cara pemerhati OSCE itu dilayan.

"Mereka yang mengatakan akan mengambil bahagian atau mengalu-alukan penyiasatan ini, perlu memberi akses penuh dan jelasnya, kita dapati keadaannya tidak begitu apabila individu-individu terbabit berada di sana untuk 75 minit," kata jurucakap Jabatan Negara AS Jen Psaki dalam taklimat di Washington.

Amerika Syarikat mahu melihat satu "penyiasatan antarabangsa yang berwibawa," sambil menambah kerajaan AS telah menawarkan untuk menghantar kakitangan dan sumber-sumber daripada Lembaga Keselamatan dan Pengangkutan Negara dan Biro Penyiasatan Persekutuan.



FLIGHT MH-17: U.S. Pilots Warned to Avoid Parts of Ukraine

Updated: Thursday, July 17 2014, 07:35 PM EDT
 
FLIGHT MH-17: U.S. Pilots Warned to Avoid Parts of Ukraine story image
WASHINGTON (AP) -- The Federal Aviation Administration had warned U.S. pilots earlier this year not to fly over portions of the Ukraine in the Crimea region, according to notices posted on the agency's website.

The notices were posted on April 23. The U.N.'s International Civil Aviation Organization and the aviation authorities in most countries issue similar notices for areas where unrest or military conflict creates a risk of being shot down.

The FAA had not issued any new warnings Thursday in the immediate aftermath of reports that a Malaysian airliner had been shot down over the Ukraine.

1 ulasan:

  1. Muno Nomu ·
    SEPEATUTNYA DAH LAMA FIKIR LALUAN SELAMAT. ORANG2 BERKAITAN DARI BAWAH SAMAPAI ATAS PATUT LETAK JAWATAN. MEREKA INI TIDAK BOLEH BERFIKIR JAUH.




    Eid Srivijaya ·
    klu dah kena tembak tak selamat lah tu, macam mana pulak engko kata selamat. Kita yang kena nilai semula . ICAO ambil jalan tengah aja sebab takut kena saman pulak oleh kerajaan Ukrine.

    apitherapyho7
    Syarikat Penerbangan India & Thai pernah guna laluan tersebut,tetapi pihak pengurusan mereka lebih prihatin dan hati-hati,kedua-dua syarikat penerbangan telah mengalihkan laluan penerbangan tersebut pada 4 bulan yang lalu,mengapa MAS tak buat gitu?

    BalasPadam