NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru satu “genjatan senjata serta merta”
dilaksanakan oleh pihak Palestin dan Israel bagi menghalang kematian
akibat konflik itu yang kini melebihi 500 nyawa.
Keputusan itu dibuat dalam sidang tergempar badan dunia itu pagi tadi.
Gesaan itu turut disambut Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaporkan telah menghubungi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada awal Isnin, sementara Setiausaha Luar Negara itu John Kerry kini menuju ke rantau bergolak itu dalam usaha mendapatkan perdamaian.
Seorang lelaki Palestin turut terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya terkena bedilan tentera rejim, menjadikan jumlah korban di pihak Palestin pada hari ke 14 operasi itu kini mencecah 502 orang.
Di pihak Israel, tentera rejim berkata 13 lagi anggota tenteranya maut pada Ahad, ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 18 orang sejak operasi darat bermula lewat Khamis lalu.
Majlis Keselamatan mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan konflik Palestin-Israel selepas angka korban meningkat mendadak susulan operasi darat tentera Israel dilancarkan tiga hari lalu.
“Anggota Majlis Keselamatan menggesa dihentikan serta-merta sebarang tindakan ganas,” kata wakil Rwanda Eugene Richard Gasana yang juga pengerusi majlis itu yang dianggotai oleh 15 negara.
Sewaktu perbincangan itu, wakil Palestin Ryad Mansour menggesa satu tindakan tepat diambil untuk menghentikan keganasan sambil menyuarakan kekecewaannya terhadap badan dunia itu yang dilihat gagal mengambil pendirian tegas dalam isu itu.
“Majlis Keselamatan telah sekali lagi gagal untuk memikul tanggungjawab,” kata Ryad kepada pemberita sejurus selesai persidangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan