Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi
Memaparkan catatan dengan label Tragis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tragis. Papar semua catatan

Ahad, 12 Jun 2016

MLM


Koleksi Flyers Aidid Mu'addib

Inilah koleksi flyers yang saya hasilkan untuk "counter" mala'un-mala'un MLM dan Skim Piramid yang suka tag-tag orang di facebook. Ada yang marah tu.... tapi, kalau mala'un tu semua tag orang, cakap sesuka hati, janji yang bukan-bukan - boleh pulak ya? Mau cari makan, mau cari side-income.... katanya. Hey, saya ni buat apa pulak? Kalau saya buat flyers mengajak orang elakkan buat mungkar... kena kritik pulak ke? Hari kiamat sudah mampir le tu... beb!

Anda dipersilakan copy dan modify sesuka hati dan saya memang galakkan tabiat tag orang, macam orang yang buat MLM-Skim Piramid tu semua. Biar dia orang cirit tengok flyer ni semua kat wall masing-masing....
  




































  
  
  
  

http://aididmuaddib.blogspot.my/2010/11/koleksi-flyers-aidid-muaddib.html

Jumaat, 22 Ogos 2014

Sepasang kekasih kemalangan hancur berkecai selepas mencabar TUHAN

couplecabar
WAHAI hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!
Berita : Sep 18 Wed 11:31 **
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tempat saya- Johor. Tmpt & nama-nama terlibat tak perlulah ditulis di sini..)

Penangan mencabar Allah!

Sepasang couple, dinasihat oleh keluarga & kawan-kawan  agar jangan suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dengan kata-kata  perli oleh mereka berdua..

Nak jadi cerita semalam.. Terluncur kata-kata dari mereka berdua, “Kalau Tuhan berani, meh kita jumpa.. Tenguk siapa lagi kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua-duanya gelak..

Kira-kira jam 11.30 malam (tanggal 16Sept 2013), mereka berdua berkenderaankan motosikal memecut laju di highway tepi kampung kami. Tiba-tiba berdentum bunyi accident. Kedua-dua pasangan itu terpelusok didapati terpelosok ke bawah lori 16 tayar.

Menurut saksi, mereka cuba memotong tapi ada kereta bergerak perlahan di depan, lalu terbabas ke lori semula, tak dapat dielak lagi..

Apa yang terjadi kpd mereka?

Kedua-duanya digelek hancur oleh lori yang sarat dengan muatannya itu..

Menurut saksi , tidak ada satu bahagian dari badan kedua-dua yang tidak hancur. Yang dapat dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yang dagingnya telah tiada langsung, bagai dikikis habis..

Bomba yg mengutip mayat-mayat itu hanya dapat mengutip sisa-sisa itu dengan penyodok sahaja. Oleh kerana mayat-mayat, mati berasingan, maka dapatlah diasingkan jugak antara keduanya..

Di hospital, kedua-dua mayat dimandikan dalam tapis, bagai membasuh daging cincang (daging tetel ?), tiada jalan lain.

Mayat itu kmdian dikafan bagai mengulung ‘kueh popia’ & dikerandakan. Kepada keluarga masing2-masing dipesan supaya jgn dibuka lagi keranda itu..

Maka siang tadi (17Sept 2013), telah ditanam hamba-hamba Allah yang sombong itu.. Hamba-hamba yang begitu berani mencabar Allah !

Apakah nasib mereka malam ini wahai kawan-kawanku !?

*Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini..(!)

Na’uzubbillah! Inilah balasanNYA ..cash di dunia..

TERKINI : Suami meraung lihat mayat isteri di bilik bedah

Kejadian menyayat hati ini yang berlaku di CHINA merupakan detik-detik apabila seorang suami mendapati isterinya yang disangka sedang menjalani pembedahan selepas melahirkan anak mereka rupanya meninggal dunia dan dibiarkan di atas meja bedah sendirian.

Liu Hsiung, 29, yang kehilangan Zhang Chun, 27, mendakwa sebelum ini dimaklumkan oleh doktor bahawa wanita itu mengalami keadaan kritikal selepas melahirkan anak.

“Saya berulang kali dimaklumkan isteri saya berada dalam bilik bedah. Hanya selepas beberapa jam saya memutuskan untuk masuk ke bilik berkenaan dan betapa terkejutnya saya apabila mendapati mayat isteri saya terbaring di atas katil.

“Tiada doktor atau jururawat di situ, hanya pencuci bangunan yang sedang duduk di situ sambil menghisap rokok dan makan,’’ katanya.Menurut Lin, dia menjadi hilang akal apabila menyaksikan mayat isterinya manakala pencuci itu pula sedang makan. Susulan itu, Lin mengemukakan saman terhadap pihak hospital di atas kecuaian berkenaan.

Sebab utama mereka membiarkan saya di luar adalah supaya mereka boleh mencari alasan untuk menghapuskan semua bukti yang ada. Saya mahu melihat semua dokumen, rekod perubatan dan mendapatkan kenyataan daripada mereka,’’katanya.

Dalam pada itu, pihak hospital memberitahu, isteri Lin mengalami komplikasi kerana bayi yang dilahirkan besar dan mereka juga menolak pembedahan sebaliknya mahu melahirkan bayi dengan cara normal,


Isteri Curang Berzina Dua Kali Sehari Dengan Majikan

istericurang
Gambar Hiasan

Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di sini, sejak tujuh bulan lalu.

Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.

“Tidak lama kemudian, telefon bimbit isteri berdering singkat diikuti bunyi SMS, menyebabkan suami wanita itu mengambil telefon dan terkejut apabila melihat SMS tertera perkataan ‘sayang’ dihantar seorang lelaki.

“Lelaki terbabit kemudian meminta penjelasan isteri berkaitan lelaki yang menghantar SMS itu, tetapi tidak diendahkan wanita itu sebelum pujukan suami menyebabkan wanita mengakui menjalinkan hubungan dengan majikan,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang terkejut dengan pengakuan isterinya kemudian memanggil individu berkaitan yang juga seorang India Muslim bagi mendapatkan penjelasan.

Menurutnya, lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita itu sejak tujuh bulan lalu dan ia diakui wanita terbabit.

“Wanita itu turut mengaku kerap mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit dua kali sehari pada waktu siang di rumah sewa lelaki berkenaan yang terletak berhampiran tempat kerja wanita berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, suami wanita itu kemudian memanggil imam di kampung berkenaan, Imam Norisham Purah yang juga Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang kemudian membawa pasangan terbabit ke Balai Polis Putatan.

Norisham berkata, siasatan mendapati wanita itu bekerja di sebuah kedai runcit milik lelaki terbabit di Kampung Petagas sejak Mac lalu dan sejak itu mereka melakukan hubungan seks di rumah sewa lelaki berkenaan.

“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, menurut sumber Hmetro.

“Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 80, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah kerana melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Difahamkan, suami wanita terbabit dijangka menceraikan isterinya berikutan kecewa dengan kejadian itu.

Rabu, 23 Julai 2014

Kiki didenda RM5,000, jalani khidmat sosial 240 jam

Siti Fairrah Asyikin
KUANTAN 22 Julai - Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin atau dikenali sebagai Kiki yang mengetuk sebuah kereta menggunakan pengunci stereng selepas bergesel dengan kenderaannya, Isnin lalu, didenda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 30 tahun itu hari ini mengaku bersalah dan insaf serta memohon maaf atas perbuatannya itu terhadap warga emas, Sim Siak Heong, 68.
Siti Fairrah sebelum itu dilihat menangis teresak-esak semasa mengemukakan rayuan bagi mengurangkan hukuman atas pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang sangat minimum. Saya faham penerimaan masyarakat atas perbuatan saya. Saya insaf dan mengaku salah malah saya telah meminta maaf kepada 'uncle' (pengadu) pada hari kejadian ketika sama-sama membuat laporan di Balai Trafik di sini.
"Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang. Hakikatnya, saya telah menerima hukuman atas perbuatan tersebut kerana kini hidup dalam keadaan trauma dan tertekan.
"Saya diekori hingga ke rumah, diugut rogol beramai-ramai, dicerca dan dimaki hamun di laman-laman sosial," katanya sambil menahan tangisan sementara orang ramai yang hadir di galeri awam turut menitiskan air mata.
Berdasarkan pertuduhan, Siti Fairrah didakwa dengan sengaja melakukan khianat terhadap sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu oleh Siak Heong dengan cara mengetuk menggunakan kunci stereng di bonet hadapan, bonet atas dan cermin kenderaan itu yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.
Kejadian didakwa berlaku di kawasan letak kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Sekilau di sini kira-kira pukul 1.10 petang, 14 Julai lalu.
Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak memarahi mangsa dan turut merampas kunci kereta serta pengunci stereng milik mangsa berikutan berlaku perlanggaran kecil antara mangsa dan tertuduh yang menaiki kereta jenis Peugeot.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat memandangkan perbuatan tersebut diakhiri dengan kekerasan iaitu merampas pengunci stereng dan mengetuk kenderaan mangsa.
"Sepatutnya kejadian tersebut diakhiri dengan perbincangan. Saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menghormati undang-undang dan tidak bertindak berdasarkan kemarahan. Hukuman yang menjurus kepada pencegahan," hujahnya.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Abidin turut menasihati Siti Fairrah serta kedua-dua ibu bapanya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut kerana kesannya sangat besar.
baca juga

Terkini!!! Pesawat TransAsia Pula Terhempas, 51 Dikhuatiri Maut

Seramai 51 dikhuatiri terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang TransAsia Airways terhempas pada Rabu ketika membuat pendaratan cemas di Pulau Penghu di Taiwan, menurut laporan agensi berita Taiwan.
Agensi berita CNA berkata, pesawat enjin berkembar turboprip ATR 72 itu terhempas di luar lapangan terbang Magong pada kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan. 

Ia berkata, pesawat GE 222 berlepas dari Kaohsiung, bandar kedua terbesar Taiwan pada pukul 5 petang waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Magong, 35 minit kemudian. Magong terletak di Pulau Penghu di Taiwan. ~mstar
.

Ahad, 20 Julai 2014

PBB gesa "genjatan senjata serta merta" Palestin-Israel

(Diterbitkan pada: Julai 21, 2014 13:59 MYT)
PBB gesa "genjatan senjata serta merta" Palestin-Israel
Angka korban akibat konflik terbaru Palestin-Israel kini melebihi 500 nyawa 
 
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru satu “genjatan senjata serta merta” dilaksanakan oleh pihak Palestin dan Israel bagi menghalang kematian akibat konflik itu yang kini melebihi 500 nyawa.

Keputusan itu dibuat dalam sidang tergempar badan dunia itu pagi tadi.

Gesaan itu turut  disambut Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaporkan telah menghubungi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada awal Isnin, sementara Setiausaha Luar Negara itu John Kerry kini menuju ke rantau bergolak itu dalam usaha mendapatkan perdamaian.

Seorang lelaki Palestin turut terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya terkena bedilan tentera rejim, menjadikan jumlah korban di pihak Palestin pada hari ke 14 operasi itu kini mencecah 502 orang.

Di pihak Israel, tentera rejim berkata 13 lagi anggota tenteranya maut pada Ahad, ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 18 orang sejak operasi darat bermula lewat Khamis lalu.

Majlis Keselamatan mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan konflik Palestin-Israel selepas angka korban meningkat mendadak susulan operasi darat tentera Israel dilancarkan tiga hari lalu.

“Anggota Majlis Keselamatan menggesa dihentikan serta-merta sebarang tindakan ganas,” kata wakil Rwanda Eugene Richard Gasana yang juga pengerusi majlis itu yang dianggotai oleh 15 negara.

Sewaktu perbincangan itu, wakil Palestin Ryad Mansour menggesa satu tindakan tepat diambil untuk menghentikan keganasan sambil menyuarakan kekecewaannya terhadap badan dunia itu yang dilihat gagal mengambil pendirian tegas dalam isu itu.

“Majlis Keselamatan telah sekali lagi gagal untuk  memikul tanggungjawab,” kata Ryad kepada pemberita sejurus selesai persidangan.

Astaghfirullah, Rupa-rupa Ada Bukti Bergambar Yang Lebih Dasyat!


Layakkah mereka bergelar Ketua Agama Islam? 

Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.

Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.

“…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).

Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang

Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.

Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.

Sultan dan Raja Muda Selangor berbuka puasa dan merasmikan Masjid 

Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk “Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung”. Sebelum itu, pada 13 April pula, khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk “Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah”. Sememangnya rakyat sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam di bumi Malaysia ini dan oleh itu perlu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.

Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru?

Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi’i menyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok – terus nampak islamik!

Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan perhimpunan “Raja Berdaulat Kasih Dijunjung” pada 29 April yang lalu.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis (atau Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air




Berpicnic di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air
Party, party, party! Itu telah menjadi darah daging kebanyakan anak cucu Ketua Agama Islam bumi Malaysia


AWAS 18SX
Mungkin kah wanita bernama Stephanie Hancox ini bakal menjadi Tengku Ampuan Selangor?


Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng’amin’kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon.

Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Raja sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan diamanahkan kepada mereka menjaga kesucian agama Islam. Dimanakah dan benarkah kesucian Islam terjaga dan adakah mereka berkelakuan sebagai seorang Islam yang sebenarnya?

Tidak berniat menuding jari kepada semua raja-raja tetapi bukti berupa gambar yang anda lihat tidak seteruk mana mata kami melihat dan teramat memalukan dan menjijikan untuk dipertontonkan kepada semua. Walaupun begitu kesedaran harus wujud bahawa masyarakat & rakyat Malaysia jemu dengan mainan kata-kata dan berlagak seperti Khalifah Islam oleh mereka dan kononya menjaga kesucian Islam tetapi kerana mereka juga terpalit hina kesucian Islam.


Satu Contoh dari Beratus Keping Gambar Pesta Seks & Arak
Nantikan pendedahan siapakah lelaki yang terlondeh seluarnya dan aksi sebenar beliau.

Walaupun ada raja yang tidak terlibat dalam skandal dan menjalankan tanggungjawab mereka sebgagai Ketua Agama Islam Negeri mereka.Tetapi lebih ramai Raja dan bakal raja yang bersifat kurang senonoh yang bakal menduduki Jawatan Tertinggi Ketua Agama Islam di Malaysia.

Memandangkan ianya bulan ramadhan, maka kami tidak akan mendedahkan bukti bergambar (18SX) seperti Pesta Seks melibatkan Raja & rakan-rakannya dalam keadaan yang mabuk, Raja berkelakuan seperti seorang “Gay” dan lain-lain lagi.

Nantikan pendedahan seterusnya yang bakal membuka mata rakyat Malaysia dan kita hanya akan malu tertunduk menyembah manusia bergelar raja yang bersifat seperti itu. Jelas mereka adalah golongan yang berpura-pura memelihara Islam tetapi adalah perosak kesucian Islam itu sendiri.

Sumber: kualalumpurpost.net

ULASAN GB

Pendedahan di atas sungguh dasyat dan mengerikan!

Nampaknya tak payah dikristiankan oleh kalimah Allah yang dikatakan disalahgunakan oleh orang Kristian untuk mengkristiankan orang Melayu, tetapi perangai "mereka" sudah lebih hebat dari orang Kristian sendiri.

Ummu Salamah Radiallahu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Salallahu `alaihi wa sallam bersabda:

“Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…”
-HR. Ahmad dll. Hadith Sahih

SECARA MERATA bermaksud "yang tak berdosa" (termasuklah kita semua ini) pun akan ditimpa bencana akibat perbuatan orang berdosa, kerana kelalaian dan keengganan orang yang tidak berdosa mencegah kemungkaran orang yang berbuat dosa.

Kampung Ukraine dihujani mayat

 
Satu letupan kuat kedengaran yang membuatkan bangunan bergegar. Sejurus kemudian, mayat jatuh dari langit dan menghujani kawasan kampung di Ukraine.
 
Salah satu dari mayat tersebut jatuh menembusi bumbung rumah Irina Tipunova di kampung tersebut, sebaik selepas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 meletup di ruang udara timur Ukraine yang menjadi tempat pertempuran di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan pasukan kerajaan.
 
"Saya dengar bunyi lolongan dan kemudaian kesemuanya bergegar. Kemudian, objek jatuh bertaburan dari udara,” kata pesara berusia 65 tahun itu di hadapan rumanya.
 
"Kemudian saya dengar bunyi yang kuat dan dia jatuh di dapur, bumbung saya rosak,” katanya yang menunjukkan lubang besar yang terhasil apabila ditembusi oleh mayat tersebut.
 
Mayat wanita tidak berpakaian itu masih terdampar di dalam rumahnya, di sisi sebuah katil.
 
Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova, puluhan lagi mayat bergelimpangan di ladang gandum, tempat pesawat itu jatuh pada hari Khamis, membunuh kesemua 298 di dalam penerbangan tersebut.
 
Tipunova yang masih terkejut dengan peristiwa itu berkata: “Mayat itu masih berada di sini kerana mereka mahu saya tunggu pakar datang dan mengambilnya”.
 
Seorang lagi penduduk tempatan berusia 20-an yang enggan
dikenali berkata, beliau berlari ke luar rumah selepas mendengar letupan pesawat berkenaan.
 
"Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh dari angkasa. Satu daripadanya jatuh ke kebun sayur saya,” katanya.
 
Bukan hanya mayat, ketulan logam, cebisan bagasi dan serpihan lain jatuh di kawasan pertanian di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia.
 
Bahagian hadapan pesawat itu jatuh di ladang bunga matahari kira-kira satu kilometer dari rumah Tipunova. Serpihan, mayat dan bahagian tubuh dilihat berserakan dalam lingkungan berbatu-batu di sekeliling kawasan itu.
 
Petugas penyelamat berkata mereka menemui kebanyakan mayat tersebut, yang kebanyakannya masih utuh. Sebahagian daripadanya ditemui bertindih antara satu sama lain namun yang lainnya terdampar di tempat ia jatuh.
 
Kawasan itu ditanda dengan batang kayu yang dipacak ke tanah dengan satu tanda kain putih.
 
Sebahagian dari mayat tersebut ditutup dengan helaian plastik yang agak lutsinar, dengan bucunya ditindih dengan tanah atau dengan batu. Sepasang kaki dapat dilihat terjulur keluar dari bawah helaian tersebut dengan sekuntum bunga teluki di atasnya.
 
Kebanyakan daripada yang mayat itu terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, termasuk seorang budak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun terdampar di sisi kokpit, dengan tubuh mungilnya ditutup dengan helaian plastik.

- Reuters

Sabtu, 19 Julai 2014

Tamadun & Sejarah Kejam

Admin Resah:

Menembak pesawat awam itu sudah semestinya tindakan kejam lagi tidak berperikemanusiaan... hatta mereka yang kejam akan pasti mencari jalan untuk menutup atau menghapuskan bukti kekejaman mereka. Apatah lagi melihat lokasi MH17 ini jatuh pun ianya terletak di kawasan
puak pemisah pro-Rusia atau kawasan bergolak politiknya.

Jika kita lihat di YouTube pesawat ini pun habis lebur terbakar; sudah pasti banyak bukti telah jadi abu. Dua kemungkinan ianya lebur memang tak sempat diselamatkan atau sengaja dibiarkan terbakar. Kemudahan untuk pihak bomba memadam kebakaran pun amat tipis sebab ianya terhempas di kawasan ladang yang terpencil. Malahan ada laporan bangkai yang besar ingin dipindahkan oleh kumpulan pemisah agar bukti yang boleh menuding angkara mereka dapat ditutup. Ianya benar atau sekadar provokasi.

Di satu sudut yang lain Rusia pula menuduh ini kerja
Ukraine, pergolakan politik antara Rusia & Ukraine juga boleh menjadi penyebab sukar disiasat kesahihan ini kerja siapa. Pakar dalam siasatan senjata peperangan sahaja yang boleh mengesan peluru berpandu ini milik siapa asalnya. Itu pun jika bahan bukti atau serpihan peluru berpandu ini masih ada. (Atau tiada serpihan peluru berpandu jika ianya telah kena pada sasaran)

Akhirnya kita umat manusia yang lemah memang akan menjadi makanan mereka yang kuat, hebat & berkuasa. Tamadun manusia sering berulang & berulang. Kita sekadar melihat satu kekejaman itu terus berlaku. Dunia sekadar dapat simpati atau membantu dari jauh. Maka kehancuran sesuatu kaum itu akan terus berlaku bagaikan peristiwa di Gaza kini. Lambat laun ianya sekadar menjadi sejarah. Kita tahu akhirnya siapa kejam siapa dikejami tetapi samalah kita terpaksa terima seadanya kekejaman & keegoan manusia ini. Ianya amat terkutuk tak akan berakhirnya karma perundangan dunia yang naif ini.



Ahad, 6 Julai 2014

Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada

[BONGKAR]


Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.

Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut?

Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.

"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui.

Encik Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam.

Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit).

Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui.

Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy.

"Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika."

MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.

Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan.

Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. 


-OpedNews/Mirror/terjemahan bebas:GB

Jumaat, 16 Mei 2014

Gambar Kemalangan Kapal Terbang Yang Jarang Berlaku


Kalau cakap pasal kemalangan, kemalangan jalan rayalah yang paling biasa sekali kita dengar, lihat dan alami. Tapi kemalangan melibatkan kapal terbang ..... amat jarang sekali. Jadi, ia boleh dikatakan antara kenderaan pengangkutan yang paling selamat di dunia. Walaupun, ia dianggap seperti sebuah mesin yang menggerunkan kerana dalam berat-berat tu boleh terbang naik ke awan biru .... yang tentunya bagi sesetengah orang fobia walaupun tidak pernah menaiki sebarang kapal terbang.
Apabila bercakap mengenai kemalangan melibatkan kapal terbang, ia memang ada berlaku, dan apabila ia berlaku - ia satu tragedi yang sangat dasyat. Kemalangan kapal terbang boleh dikatakan pasti mati punya sebab tak ada apa yang menghalang ia terjunam dan terhempas di antara awan biru dan bumi.