Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi
Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misteri. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Oktober 2014

Doa Nabi Yunus a.s (Jawi & Rumi)


Lâ-‘ilâha ‘illâ ‘Anta Subânaka ‘in-Nii Kuntu Mina-âlimiin ۝
Maksudnya:
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Yang menganiaya diri sendiri".
Surah Al-Anbiya'
Ayat 87

KELEBIHAN DOA NABI YUNUS a.s



“Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. Niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.” (Ash-Shaffat: 143-144)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s  Allah akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa atau di dalam bahasa zaman sekarang saat-saat kecemasan ( emergency ) tetapi individu tersebut perlulah seorang mukminin, sama-sama kita ikuti kisah Nabi Yunus a.s semoga kita beroleh keredhaan Allah swt sampai hari pembalasan.


Nama sebenar Nabi Yunus a.s adalah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya. Baginda menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; baginda mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan menjanjikan mereka dengan syurga; baginda memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah SWT.

Nabi Yunus a.s. senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana baginda merasakan keputusannya dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah kepada kaumnya kerana mereka tidak beriman. Kemudian baginda  keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah SWT menceritakan hal itu dalam firman-Nya :

“ Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim." (Surah al-Anbiya’ ayat 87)

Tidak ada seorang pun yang mengetahui  perasaan dalam diri Nabi Yunus a.s. selain Allah SWT. Nabi Yunus a.s. cukup marah kepada kaumnya kerana keengganan mereka untuk beriman kepada Allah SWT. Dalam keadaan demikian, baginda meninggalkan kaumnya.

Baginda pergi ke tepi laut dan menaiki kapal yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah SWT belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk menyuruh baginda meninggalkan kaumnya .Nabi Yunus a.s.  mengira bahawa Allah SWT tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana dia meninggalkan kaumnya itu. Saat itu Nabi Yunus a.s. seakan-akan lupa bahawa seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah SWT. taufik dan hidayah itu adalah hak Allah SWT untuk diberikan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah SWT dan menyerahkan sepenuhnya masalah berjaya atau tidak kepada Allah SWT semata-mata.

Diringkaskan cerita setelah undian dibuat sebanyak tiga kali Nabi Yunus a.s. termasuk penumpang kapal yang akan di campakkan kelaut disebabkan untuk mengurangkan beban kapal ketika laut bergeloran untuk mengelakkan kapal karam.


Nabi Yunus a.s. sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam entah ke mana...

Tiga kegelapan yang di alami oleh Nabi Yunus a.s. iaitu:
1. kegelapan di dalam perut ikan, 2. kegelapan di dasar lautan, dan 3. kegelapan malam.

Nabi Yunus a.s. merasakan bahawa dirinya telah mati. Baginda mencoba menggerakkan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, baginda masih hidup. Baginda terpenjara dalam tiga kegelapan.

Nabi Yunus a.s. mulai menangis dan bertasbih kepada Allah SWT. Baginda mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat baginda terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Baginda mengatakan:

" Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Ketika terpenjara di perut ikan, baginda tetap bertasbih kepada Allah SWT. Ikan itu sendiri  berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus a.s masih bertasbih kepada Allah SWT. Baginda tidak henti-hentinya bertasbih dan menangis. Baginda tidak makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Baginda berpuasa dan berbuka dengan tasbih.

Ikan-ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah SWT. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.

Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara-suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan-hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah SWT dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada Allah SWT. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang menelan seorang Nabi.



Allah SWT melihat ketulusan taubat Nabi Yunus a.s. Allah SWT mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah SWT menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus a.s. ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT.

Ikan itu pun mentaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus a.s. merasakan kepanasan di perut ikan. Baginda sedang  sakit tenat, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu. Kemudian Allah SWT menumbuhkan pohon Yaqthin (jenis labu), iaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan Allah SWT menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah SWT memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Yunus beriar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (Surah as-Saffat ayat 139-148)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)

Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi adalah orang-orang yang maksum tetapi kemaksuman ini tidak bererti bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah SWT itu adalah satu kelemahan yang perlu hukuman sebagai pengajaran bukan kerana Allah SWT murka.

Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah SWT kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah SWT dan ia tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas baginda hanya sekadar menyampaikan agama. Keluarnya baginda dari kampung halaman kaumnya dalam keadaan mereka kufur adalah dilarang melainkan mendapat wahyu daripada Allah SWT seperti Nabi Luth a.s. di arahkan keluar daripada kampung halamannya kerana Allah SWT ingin membinasakannya.

Allah SWT memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di jalan-Nya. Allah SWT mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan dakwahnya dan baginda tidak perlu bimbang jika mereka tidak beriman dan tidak patut marah kepada mereka kerana petunjuk dan hidayah adalah hak mutlak Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu.”
(Surah  Yunus ayat 98)

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Yunus a.s. ini bahawa setiap orang mukmin yang menjadi pendakwah perlulah bekerja menyampaikan mesej Islam kepada manusia dengan cara yang hikmah. Jika mereka tidak mahu mengikutnya kita jangan marah kepada mereka kerana terima atau tidak mereka kepada Islam itu adalah urusan mereka dengan Allah SWT. Tugas kita hanya menyampaikan saja. Taufik dan hidayah itu adalah hak mutlak Allah SWT, dan Dia akan memberikan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Kita boleh berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT membuka pintu hati-hati mereka untuk beriman kepada-Nya.

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.  semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

Doa Untuk Mengesan Jin Dalam Badan Sendiri (Jawi & Rumi)

Wa Laqad Karramnâ Ba-Nii ‘Âdama Wa amalnâ-Hum Fil-Barri Wal-Bari Wa Razaq Nâhum-Mina-ayyibâti Wa Faḍḍalnâhum Alâ Kathiirim-Mimman Khalaqnâ Tafii-Lâ ۝
Maksudnya:
Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.
Info:
Kaedah mengamalkannya ialah dengan membaca ayat di atas sebanyak 100 kali. Jika wujud jin di dalam tubuh badan, akan berlaku berbagai tindakbalas yang tidak selesa seperti:
Terlalu mengantuk tidak dapat ditahan-tahan walaupun baru membaca beberapa kali (belum cukup 100).
Rasa kepanasan.
Rasa berdebar-debar.
Rasa sakit badan.
Berpeluh.
Berbagai rasa lain.
Surah Al-Isra
Ayat 70

Surah At-Kautsar




Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada  susu   dan lebih wangi daripada kasturi. 


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir  itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah tetapi  dizalimi.




'Innâ 'A-Taynâkal-Kautsar ۝ Fa-alli Li-Rabbika Wanar ۝ ‘Inna Shâni-'Aka Huwal-'Abtar ۝
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di Akhirat).
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Sesungguhnya orang Yang bencikan engkau, Dia lah Yang terputus (dari mendapat sebarang perkara Yang diingininya).

Jumaat, 11 Julai 2014

MH370: DALANG DISEBALIK KEHILANGAN PESAWAT MH370

#MH370: INILAH WAJAH TANGAN GHAIB DISEBALIK KEHILANGAN PESAWAT MH370 | Mari kita keluar dari hujahan biasa dan menjemukan. Mari kita bual apa yang ramai orang tidak suka bual atau terhad perbualannya kerana “lack of knowledge” berkenaan hal ini. 
Ok kita mulakan dengan gambar ini.
Ok ini kisah lama, gambar di atas adalah wajah mereka yang menghalang penubuhan Federal Reserve Bank of America. 
Penubuhan badan yang bakal menguasai kewangan dunia.  Bila badan yang amat berkuasa di Amerika ini batuk seluruh dunia mengigil demam.
Naik turun kadar interest yang ditentukannya menentukan kedudukan kewangan dunia dan turun naiknya nilainya. Ia dikuasai oleh anggota Iluminatti.
They all perished. Mati dalam kapal Titanic.

Apa pulak kaitannya dengan pesawat MH370?
Semalam FBI umumkan pilot pesawat tidak berkait dengan kemalangan atau apa-apa yang meragukan.
MH370: FBI found nothing sinister in Capt Zahari's flight simulator, says Hisham.
FBI dan CIA dari awal berminat mahu masuk campur urusan penyiasatan. Tikus mahu diberi tugas menjaga beras. Bukan kita syak apa-apa dengan pilot, tetapi kita syak FBI dan CIA mahu menghalang sesuatu dari diketahui.
Ok next. Apa ada dalam pesawat malang MH370?
Which leads to the one incontrovertible fact about the missing plane — the people who died on it. And the company that seems to have changed hands because of their deaths.
Twenty passengers on the ill-fated Malaysian jetliner worked for the Austin, Texas-based Freescale Semiconductor, an electronic warfare and military radar firm.
Freescale Semiconductor, which makes powerful microchips for industries including defence, released powerful new products to the American market on March 3.
Five days later, Flight MH370 took off from Kuala Lumpur for Beijing with 239 people on board including 20 working for Freescale.
The theory of one story is that four of the five patent holders were on the ill-fated plane, although the passenger list doesn't seem to back it up.

The patent holders are: 1) Peidong Wang, Suzhou, China, (20%), 2) Zhijun Chen, Suzhou, China, (20%) 3) Zhihong Cheng, Suzhou, China, (20%) 4) Li Ying, Suzhou, China, (20%) 5) Freescale Semiconductor (20%). According to the March 8, 2014, passenger manifest (original) of Malaysia Airlines flight 370 these were not on that plane. If they were, their names were not listed.

What officials initially said, however, was as many as seven people on board were using passports other than their own. Officials also reported at one point that there were four other passengers aside from the two Iranians whose identities were unclear. Then, officials made no more public statements about this.
Bermakna selain membawa orang bernilai pesawat ini juga  telah membawa perkara yang bernilai.
Dengan terhapusnya mereka yang di dalam pesawat, bermakna mereka yang masih ada dan wujud akan mendapat kesemua baki “patent”.
Sambung sikit lagi
Four days after the  flight MH370  disappear, semiconductor patent was approved by the U.S. patent office patent is divided in parts of 20% between five starters. One of the owners is the company itself, Freescale Semiconductor, Austin, Texas (USA), and the other four Chinese employees of the company: Peidong Wang, Zhijun Chen, Cheng and Li Ying Zhijong, all the Suzhou City. And they all passengers of Malaysia Airlines plane disappeared on March 8, according Eternity .

It adds: “Here is your motive for the missing Beijing plane. As all four Chinese members of the Patent were passengers on the missing plane.
Siapa yang mendapatnya? Dan memperolehi keuntungan dari semua ini?
Ni wajah di bawah.
The disappearance of four members of a patent semiconductor traveling on Malaysia Airlines MH370 makes the famous billionaire Jacob Rothschild at the sole owner of the important patent.
Siapa dia Rostchild ni? Perhatikan gambar, agam-agam miliknya
Tentu Kita tidak boleh menuduh perkara yang kita tiada bukti nyata, tetapi kita harus memilki kekuatan meneka.
Harus diketahui tanda tangan perbuatan Dajal (signature) adalah tiada siapa boleh kesan, akan banyak teori ujud, ramai akan jadi suspek. Itu ada lah Signature Dajal.
Antaranya Pembunuhan JF Kennedy dan peristiwa 9/11.
Dalam peristiwa pembunuhan JF Kennedy, ramai menjadi suspek banyak kejadian tuduh menuduh dan sehingga kini masih belum sah siapa yang arah pembunuhannya secara rasmi.

Maka sah itulah kerja Dajal/Iluminatti.
Kemudian peristiwa 9/11 sama juga, konon Arab terroris kemudiannya Mossad dan akhirnya masih kabur siapa punya kerja. Itu lah Signature Dajal/Iluminatti
Kesemua 74 orang yang berkait dengan konspirasi pembunuhan JF Kenenedy lenyap satu persatu selepas itu.
“Though much of the evidence has been destroyed over the years, and more than 74 people who knew about the conspiracy have been murdered to keep them silent, the evidence that still remains is overwhelming.

It was Bush Sr. and all of his Nazi Illuminati buddies in the CIA, together with the help of the Italian Mafia that killed Kennedy”
Nabi Muhamad sendiri belum menemui Dajal tetapi dikisahkan bahawa Dajal adalah golongan makhluk yang diberi tempoh oleh Allah taala.
Hanya 63 tahun sahaja Dajal dipasung. Sebaik sahaja saat kelahiran Nabi Muhamad 2 perkara terjadi, Dajal di pasung dan api besar sembahan Majusi di Rumawi terpadam.
Mereka yang di atas sepeerti Rockefeler dan Rosthchild bukanlah Dajal tetapi adalah anggota utama Iluminatti yang berkepalakan Dajal.
Mereka ada agenda tersendiri yang sudahpun diketahui sebaik sahaja risalah tersulit mereka terbongkar apabila pembawa surat mereka di panah petir.
Apa kaitan MH370 dengan kisah Dajal? MH370 hanyalah “mangsa” . Bukan MH370 yang di”target” tetapi apa yang ada di dalam kandungannya, otak-otak saintis dan juga hasil kerja mereka.
Ingatlah sebelum muncul Dajal yang mana persiapan menyambutnya sedang rancak dilaksanakan oleh konco-konconya, bumi harus dikurangkan jumlah penduduknya jika boleh sebanyak 500 juta sahaja. Jumlah yang manageble.
Ini akan dijayakan dengan penciptaan perang dunia ke3.
Jumlah sedikit yang boleh dicontrol pada perkiraan Dajal adalah untuk berhadapan dengan Nabi Isa dan pengikutnya.
Jika ikut risalah Yahudi ia tidak lama lagi dalam jangkaan 30-50 tahun sahaja. Apa pun, Wallahhualam.
Semua orang boleh berteori asalkan ada "backup note"nya.
Semua orang juga boleh menafi, tetapi harus ada "back up" note juga untuk menafikan.
Negara Jiran juga tahu tetapi terpaksa berlakon kerana takut kepada kekuatan kuasa yang merencanakannya.
"Semenjak Adam di ciptakan sampai berdiri nya kiamat tidak ada hal yang lebih besar dari fitnah Dajal"

(Dari Riwayat Muslim)
"Seandainya dia (Dajal) keluar sedangkan aku berada dikalangan kamu, maka akulah yang akan berhadapan dengannya bagi mewakili setiap umat Islam, dan jika dia keluar selepas kematianku, maka setiap kamu adalah penyelamat bagi diri sendiri (bagi melawannya) dan Allah adalah penolong kamu sekelian"

(Riwayat dari Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Ummamh)

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis.

PEMBONGKARAN! - Misteri Pesawat Pulang Selepas Hilang 35 Tahun Ditelan MASA

March 15, 2014 | 8:03 PM

  - Sejak beberapa hari ini pelbagai cerita mitos muncul disusur masa media sosial berkenaan kehilangan MH370. Menurut Astroawani terdapat 5 teori menjelaskan apakah kemungkinan yang berlaku kepada pesawat tersebut. Namun begitu tao di fahamkan terdapat satu teori yang melibatkan tragedi pesawat yang hilang selama 35 tahun dan muncul semula pada tahun 1993.
Saksikan Video di bawah ini... 

Baiklah mari kita musnahkan cerita bohong tahap sinetron murahan ini dengan menggunakan fakta. Kami sedari kenapa cerita macam ini mendapat tempat di hati Malaysian. Ya kami sedari ramai yang mahu fikir positif bahawa penumpang MH370 selamat tetapi disorokkan djinn and aliens or whatever shit you believe in. Truth of the matter is rakan-rakan sekalian cerita di atas tidak ada bukti pernah berlaku sama sekali.
"Berita" di atas dimuat naik pada Julai 2013. Ianya diambil dari siri TV Indonesia On The Spot. Ia memaparkan berita "aneh", "misterius" dan "angker" yang berlaku seluruh dunia. Jadi bolehlah dikatakan siri On The Spot ini ialah siri TV Mastika edisi Bung Karno. Di bawah ialah sebuah lagi klip rangkuman "berita misterius" dari seluruh dunia yang dilaporkan oleh rancangan ni.

Hasil dari carian di internet dan laporan paling awal mengenai cerita ini kami jumpai di laman Socyberty. Entri cerita ini ditulis pada 28 Mac 2011. Tetapi ada perbezaan ketara diantara cerita yang dilaporkan di Socyberty dengan cerita yang dilaporkan di On The Spot.

1. Dalam laporan asal kejadian berlaku pada tahun 1946 bukannya 1945. Sebuah pesawat Lockheed Constellation dikatakan hilang ketika dalam perjalanan dari Rio De Janiero ke Havana Cuba.

2. Dalam laporan asal pesawat mendarat secara tiba-tiba di Bogota Colombia pada tahun 1993 bukannya di Porto Allegre Brazil pada tahun 1980. Perbezaan hilang selama 47 tahun atau pun 35 tahun bergantung kepada cerita mana yang anda mahu percaya.

3. Laporan asal juga lebih terperinci kerana mengatakan masih terdapat kopi yang masih panas dan rokok yang masih berasap di dalam kabin berisi penumpang yang kini hanya tinggal rangka.

Seterusnya mari kita lihat senarai penuh kesemua insiden kecelakaan yang melibatkan pesawat Lockheed Constellation.

Kepada yang kurang arif Lockheed Constellation ialah pesawat yang popular pada waktu itu dan adalah yang paling canggih boleh digunakan syarikat penerbangan. Pesawat jenis ini juga digunakan Presiden Dwight Eisenhower sebagai pesawat rasmi beliau semasa memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Senarai penuh kesemua kecelakaan melibatkan Lockheed Constellation boleh anda akses melalui pautan ini. Di antara 1945-1946 berlaku 6 insiden kemalangan melibatkan pesawat ini. Kesemua melibatkan kemalangan yang berlaku di Amerika Utara melibatkan pesawat milik Pan Am, TWA Airline dan sebuah milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Kesemua pesawat yang terhempas berjaya ditemui.Tiada yang hilang.

TIADA insiden melibatkan pesawat yang terbang dari Rio De Janeiro ke Havana diantara 1945-1946. Kemalangan pertama pesawat ini di Amerika Selatan dilaporkan pada tahun 1955 apabila pesawat milik Panair Do Brasil terhempas ketika cuba mendarat kerana melanggar sebatang pokok. Seramai 16 dari 24 penumpang meninggal dunia. Pesawat berjaya ditemui. Sebuah lagi insiden berlaku pada tahun 1959 melibatkan pesawat Lufthansa yang terhempas ketika cuba mendarat di Rio De Janeiro akibat cuaca buruk. Hanya 3 dari 39 anak kapal terselamat. Sekali lagi pesawat ditemui.

Jadi terbukti tiada rekod langsung ada pesawat dari jenis ini hilang sepanjang ianya digunakan oleh syarikat penerbangan seluruh dunia.

Kami kemudian melakukan carian senarai pesawat penumpang yang hilang dan sehingga kini tidak ditemui. Hasilnya ialah senarai lengkap pesawat yang hilang dan tidak ditemui sejak 1856 sehingga 2014. Tidak ada satupun pesawat di dalam senarai ini dalam perjalanan dari Rio ke Havana.

- Jadi apa kesimpulan korang dengan cerita yang sedang HEBAT dikongsi di laman sosial sekarang? Sehinggakan pakai bomoh bagai, dikatakan pesawat tersebut di sorokkan di antara 3 negara. Kemudian hari ini pula Najib, PM sendiri merungkaikan sendiri misteri kehilangan Pesawat MH370. -

Misteri kehilangan 6 pesawat dalam sejarah penerbangan …

Pesawat MH370 merupakan yang terbaru dalam satu barisan panjang kapal terbang yang terbang dari radar. Kehilangan mengejut pesawat MH370 telah menarik perhatian berjuta-juta di seluruh dunia sebagai pencarian untuk kapal terbang dan penumpang dan kru berterusan. 

Apa yang berlaku kepada 239 penumpang penerbangan dan anak-anak kapal selepas pesawat itu meninggalkan Kuala Lumpur pada hari 8 Mac Sabtu itu? Ia menjadi satu persoalan yang semakin mencengkam kerana hari-hari terus berlalu.
 Tetapi ia bukanlah misteri yang pertama seumpamanya. Walaupun ia amat jarang berlaku di mana penerbangan itu hilang anpa sebarang jejak, sejarah penerbangan telah melihat  kehilangan membingungkan dan penerbangan malang yang benar-benar terbang keluar dari radar.

 Berikut adalah enam misteri kehilangan pesawat  yang separuh diselesaikan dan tidak dapat diselesaikan; yang para penyiasat keliru untuk sekian tahun.
 Penerbangan 447 Air France: Satu penerbangan Airbus A330 dari Rio de Janeiro ke Paris menjunam ke dalam Lautan Atlantik pada tahun 2009, membunuh semua 228 penumpang dan anak kapal di atas kapal.

 Tetapi ia mengambil masa lima   hari penuh untuk pasukan mencari dan menyelamat menemui bangkai kapal itu dan tiga tahun lagi bagi penyiasat melaporkan bahawa kristal ais telah menyebabkan autopilot terputus. Mayat 74 penumpang masih belum ditemui. 

Airbus A330 dari Rio de Janeiro ke Paris menjunam ke dalam
 Lautan Atlantik pada tahun 2009
Amelia Earhart: Salah satu legenda yang paling bersejarah dan berkekalan dalam sejarah penerbangan, juruterbang ace Amelia Earhart hilang dalam  pesawat udaranya bersayap sepasang enjin berkembar Electra di Lautan Pasifik pada tahun 1937 dalam usaha untuk mengelilingi dunia.

 Tidak ada jejak pesawat beliau pernah dikesan walaupun selepas usaha carian berjuta-juta dolar, dan Earhart secara rasmi diisytiharkan mati pada tahun 1939.

Amelia Earhart hilang dalam pesawat udaranya bersayap 
sepasang enjin berkembar Electra di Lautan Pasifik
Flying Tiger Line Flight 739: Satu penerbangan tentera AS meninggalkan Guam pada tahun 1962 dengan lebih 90 kakitangan menuju Filipina, tetapi ia tidak pernah tiba. Para juruterbang tidak pernah mengeluarkan panggilan kecemasan, dan 1,300 orang yang terlibat dalam carian tentera AS tidak pernah menjumpai sebarang kesan bangkai.

 Kru kapal tangki kapal Liberia mendakwa telah melihat  " cahaya sangat benderang" di langit pada masa  penerbangan tersebut, tetapi lembaga  Aeronautik Awam AS memutuskan ia adalah "tidak dapat menentukan punca kemungkinan kejadian itu."

Flying Tiger Line Flight 739: Hilang sewaktu dalam penerbangan dari 
Guam menuju Filipina pada tahun 1962 dengan lebih 90 kakitangan
British Amerika Selatan Airways: Ia mengambil masa lebih 50 tahun untuk mencari apa-apa kesan daripada 11 orang di atas kapal penerbangan 1947 yang hilang di Pergunungan Andes. Sepasang pendaki gunung Argentina menemui bangkai enjin di Andes pada tahun 1998, dan satu ekspedisi tentera kemudiannya turut menemui rangka manusia .

 Ada yang mengatakan pesawat itu telah  menyebabkan runtuhan salji (avalanche) apabila ia terhempas ke Gunung Tupangato dan salji menyeliputinya di situ.

Satelah lebih 50 tahun, bangkai enjin British Amerika 
Selatan Airways di temui di Andes pada tahun 1998

Segitiga Bermuda: Satu siri kehilangan apa yang dikenali sebagai "Segitiga Iblis,"  lautan luas antara Florida, Puerto Rico, dan Bermuda telah memberikan rantau ini satu nama buruk yang tidak pernah terpisah. Dua jet penumpang British Airways Amerika Selatan hilang di rantau ini pada tahun 1948 dan 1949, dan lebih daripada 51 orang telah hilang pada kedua-dua penerbangan itu dan tidak pernah dijumpai. 

Pada tahun 1945, lima pesawat pengebom Amerika sewaktu misi latihan di kawasan itu telah tidak  ditemui semula; pesawat yang diarahkan untuk mencari kehilangan itu dengan krew 13-petugas juga turut hilang.


Pesawat lama American bomber
  Penerbangan 571 Tentera Udara Uruguay : Satu penerbangan menuju ke Santiago, Chile membawa 45 penumpang dan anak kapal, terhempas di pergunungan Andes semasa cuaca buruk pada tahun 1972, membunuh 12 orang.

Pihak berkuasa tidak menyedari adanya penumpang yang terselamat selama 72 hari. Sementara itu, lapan telah terbunuh dalam runtuhan salji yang melanda bangkai pesawat itu di mana mereka menjadikannya sebagai tempat tinggal, dan baki 16 terpaksa makan mangsa-mangsa yang telah mati untuk terus hidup,  sebelum mereka akhirnya ditemui setelah lebih daripada dua bulan hilang semasa penerbangan.


16 mangsa yang terselamat terpaksa makan mangsa yang telah 
mati untuk terus hidup sebelum ditemui dua bulan kemudiannya …
Video orang putihnya sini

Khamis, 13 Mac 2014

10 Kehilangan Pesawat Udara Yang Menggempar Dunia

Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 terus menjadi teka-teki.

Kejadian malang itu mengingatkan dunia kepada 10 lagi insiden misteri membabitkan pelbagai jenis pesawat dalam tempoh beberapa dekad lalu.

Air France 447

Air France 447

Pesawat Airbus A330 dari Rio ke Paris yang membawa 288 penumpang dan anak kapal hilang di Lautan Atlantik pada tahun 2009. Laporan akhir menunjukkan tiub pesawat dihalang kristal ais hingga menyebabkan sistem autopilot gagal berfungsi. Kotak hitam pesawat hanya ditemui pada Mei 2011 bersama 104 mayat. Malangnya, mayat 74 orang lagi penumpang masih gagal ditemui.

EgyptAir 990

EgyptAir 990

Misteri menyelubungi nahas pesawat EgyptAir 990 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York pada 31 Oktober 1999 menuju ke Kaherah. Pesawat Boeing 767 itu terhempas di selatan Lautan Atlantik berdekatan Massachusetts dan mengorbankan 217 penumpang dan anak kapal.

Penerbangan 571

Flight 571

Pesawat sewa Tentera Udara Uruguay yang membawa 45 penumpang dan anak kapal termasuk pasukan ragbi dari Montevideo terhempas di Banjaran Andes dalam keadaan cuaca buruk pada 13 Oktober 1972. Mereka hanya ditemui selepas 72 hari selepas dua penumpang mengambil risiko melalui trek pergunungan selama 10 hari.

Penerbangan 191

Flight 191

Pada 1979, American Airlines 191, terhempas selepas beberapa minit berlepas dari lapangan terbang O'Hare di Chicago, menyebabkan 258 penumpang dan 13 anak kapal terbunuh. Pesawat X-15 191 yang terhempas pada 1967 pula menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

Star Ariel

Star Ariel 17 Jan 1949

Satu lagi pesawat British South American Airways (BSAA), Star Ariel hilang ketika penerbangan dari Bermuda ke Jamaica pada 17 Januari 1949. Ia adalah pesawat yang sama seperti Star Tiger, cuma bezanya ia terbang dalam keadaan cuaca elok namun berhadapan masalah komunikasi sepanjang penerbangan.

Star Tiger

Star Tiger 30 jan 1948

Pesawat BSAA kedua, Star Tiger, hilang selepas terbang dari Santa Maria di Azores ke Bermuda pada 30 Januari 1948. Dalam penerbangan 12 jam itu, pesawat itu terbang rendah untuk mengelakkan angin dan mengikuti pesawat Lancastry yang ditugaskan mengesan cuaca buruk di kawasan Segi Tiga Bermuda. Pesawat peninjau tiba pada jam 4 pagi, namun Star Tiger hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Star Dust

BSAA Star Dust Lancaster

Apabila BSAA Star Dust, pesawat awam mirip pengebom Lancaster hilang ketika penerbangan dari Buenos Aires, Argentina ke Santiago, Chile pada tahun 1947, ia meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab. Pesawat itu tidak pernah sampai ke destinasinya, tetapi pengendali radio itu berjaya menghantar satu mesej samar melalui kod morse 'STENDEC' sebelum ia hilang. Star Dust hanya ditemui 50 tahun kemudian apabila dua pendaki Argentina menemui serpihan enjin dan pakaian.

Penerbangan 19

Flight 19

Pada petang 5 Disember 1945, enam tentera laut dikhuatiri hilang dan sekaligus memulakan lagenda Segi Tiga Bermuda. Satu jam setengah selepas berlepas dari Fort Lauderdale, Florida, juruterbang melaporkan sistem pesawat mengalami gangguan, kedua-dua kompas pesawat gagal berfungsi!

Glenn Miller Hilang Di Selat Inggeris

Glenn Miller 1944 Missing Flight

Sebelum kehilangannya, pemuzik ini mengadakan persembahan di England untuk Tentera Perikatan dan Tentera Darat Amerika Syarikat pada musim panas 1944. Keesokannya, dia terbang ke Paris untuk menghiburkan askar di Perancis. Mereka bertolak dari Ladang RAF Tinwood dan dipercayai hilang di Selat Inggeris.

Amelia Earnhart mengelilingi dunia

Amelia Earnhart mengelilingi dunia

Juruterbang wanita Amerika Syarikat ini hilang bersama pesawat Lockheed Electra pada 2 Julai 1937 ketika dia dan pembantunya, Fred Noonan cuba mengelilingi dunia. Dia yang juga wanita pertama terbang solo merentasi Atlantik, hilang berhampiran Pulau Howland di Lautan Pasifik.