Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi
Memaparkan catatan dengan label Bollywood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bollywood. Papar semua catatan

Ahad, 24 Februari 2013

Ustaz “Bollywood” Semakin ‘Hangat’

02
Siapa yang tidak mengenali Ustaz Bollywood, iaitu gelaran yang telah diberikan kepada Ustaz Haslin Baharim merupakan pendakwah bebas yang tidak asing lagi di tanahair. Beliau yang sering menyelitkan irama Hindustan dalam setiap penyampaian ceramahnya telah menarik perhatian ramai penonton dan pendengar. Video-video ceramah Ustaz Haslin juga telah menarik hampir ratusan ribu jumlah penonton.
Kini dengan kerjasama dari pihak UNICDOTMY Pro SdN Bhd, UStaz Haslin Baharim bakal melahirkan album sulung beliau yang  berjudul Zikir Zindagi, pasti akan menggegarkan seluruh pelusuk tanahair.  Album ini berkonsepkan zikir ini, akan menembusi pasaran tidak lama lagi merupakan hadiah istimewa daripada Ustaz Haslin kerana usahanya untuk memudahkan orang ramai supaya sentiasa beribadah dengan mengingati, mengagungkan kebesaran serta memuji Allah swt dengan caranya yang tersendiri. Album ini juga turut menampilkan zikir-zikir inspirasi bakal menjadi taruhan utama.
Ustaz Haslin merupakan lulusan daripada Universiti Islam Abu Bakr Karachi, Pakistan kini semakin popular serta versatil apabila menyampaikan alunan zikir serta doa dengan cukup merdu dan mendayu-dayu melalui melodi dan lenggok Hindustan.
01
Album ini mempunyai 19 track Zikir Munajat, Doa dan Bacaan Ayat – ayat Suci Al – Quran ini bakal menampilkan perbezaan kerana ia dibacakan dengan lenggok bermelodi Hindustan selain dengan menggunakan bahasa Urdu dalam beberapa zikir pilihan. Melalui kemantapan vokal beliau sendiri jelas kedengaran melalui zikir yang dijangka hits seperti Jago-Jago (urdu) dan Siru Fi Himallah.
Penyampaian beliau bukan hanya bersahaja tetapi penuh dengan semangat dan diselangi pulan dengan alunan zikir berlagu yang cukup untuk membuatkan album ini unik dan menarik serta dinanti-nantikan oleh para penggemar zikir tempatan mahu pun luar negara. Beliau juga merupakan bapa kepada tujuk orang anak ini adalah panelis rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, Al Kulliyah TV3, Wanita Hari Ini TV3, Radio Kedah FM, Mutiara FM, Selangor FM dan juga Radio 24 BERNAMA FM.
Mari kita sama-sama nantikan kelahiran album sulung Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood) terbitan di pasaran terbitan UNICDOTMY PRO SDN. BHD di pasaran tidak lama lagi dengan harga RM19.90. -NK

Apa yang tak kita dapat dari Bollywood

BREATHLESS in Bombay menjungkirbalikkan apa yang difantasikan oleh Shahrukh, Amir dan Salman Khan atau Aishwarya Rai, Kajol dan Priyanka Chopra dalam kepingan-kepingan filem Bollywood mereka.

Di tangan Murzban F Shroff, penanya menyelongkar 14 cerpen yang menyusup ke dunia real Bombay bersama-sama kibaran pakaian di puncak dhobi ghat (bukit kecil) yang berhimpunnya kasta pengusaha dobi secara tradisional dan picitan pengurut maalishwalla di tepi pantai yang kedua-dua kelompok itu berkongsi gelisah - angin pembangunan merempuh dunia mereka.

The House of Mine pula seolah-olah mewakili kelompok manusia kelas bawahan dan menengah yang terhimpun dalam bangunan yang mereka diami di kawasan slum di Bombay. Pada satu hari, mereka menerima notis pindah daripada lembaga perumahan atas alasan kononnya bangunan itu sangat berbahaya didiami dan kemudian dengan keajaiban kuasa wang, kondisi itu berubah kepada masih boleh didiami tetapi dengan pembaikpulihan dilakukan. Malangnya, ia juga tidak mengembalikan kehidupan mereka seperti sebelumnya, tetapi terpaksa menggigit kegelisahan yang baru pula.

Justeru, tidak hairanlah semua watak dalam karya Murzban terhimpit di tengah-tengah cengkaman tradisi dan himpitan kemodenan: selalu watak manusia bawahan adalah ibarat terkial-kial keluar dari mulut buaya, tetapi untuk terperosok ke dalam mulut harimau. Malah, pada suatu ketika, bahagian kaki mereka dikerkah buaya dan kepala mereka ditelan harimau!

Malangnya tidak seperti jalur cerita Bollywood dengan keadilan puitiknya, hero tidak muncul dari kawasan gelandangan, manakala kejahatan tidak pernah dibawa ke pentas keadilan.

Membaca Breathless in Bombay, mendorong kita bertanya kepada diri kita tentang ranah sastera kita. Apakah kemiskinan bandar kita tidak melahirkan pengarang yang cuba mewakili suara tertindas itu atau memangnya kita tidak punya penulis yang dapat mewakili perpektif manusia pinggiran dalam arus urbanisasi dan modenisasi itu?