Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi
Memaparkan catatan dengan label ringkas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ringkas. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Julai 2014

Siti Nurhaliza hadir beri penghormatan terakhir kepada Sharifah Aini

2014/07/05


 Sanak saudara dan kenalan berkumpul dan membaca yassin dihadapan jenazah Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, yang meninggal dunia akibat penyakit fibrosis paru-paru awal pagi tadi, di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza turut hadir dan membacakan surah Yasin sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

 PENYANYI Siti Nurhaliza turut hadir dan membacakan yasin sebagai penghormatan yang terakhir.

Ahad, 24 Februari 2013

Resah vi

Nadi didadaku terusan resah
bagai desah ombak
bagai empangan nak pecah
bagai sesak di jalan raya
bagai pipit di sawah tersergah.

Pelik awak bagai tak kisah
aku sendirian semakin parah
tak nampak indah cinta sakura.

 iDANRADZi
Hitachi Japan
2.1.1988

Khamis, 21 Februari 2013

Resah V

Jangan korban cinta & talian hayat
ingat janin kita ini dari mana
salasilah diri & anak
pasti ada keturunannya.

Bercerai membunuh  erti cinta suci
sebab itu Allah amat MEMURKAI
ianya akan pasti meracuni
masa depan janin murni.

iDANRADZi
Jenaris Kajang
21.2.13

Rabu, 19 Disember 2012

resah v

tak hijau lagi
semuanya berbaur rona
amat sukar
untuk aku memilihnya

Rabu, 12 September 2012

resah iv

tolong rapatkan langsir
ada hantu bersembunyi dalam gelap
sering menakutkan aku
tak pernah jemu menganggu
buat aku jadi seorang pengecut
memang hantu itu
merenung aku selalu

iDAN

resah iii

rasa mual sakit dan gelisah
sendirian dalam sepi
hati bagaikan di rantai
bungkam
(makanlah ubat damai)

Selasa, 11 September 2012

Resah ii

tika awan mendung aku tak berteman
terasa resah amat gelisah

tak nampak wajah awak
aku gundah amat bungkam

jika nanti hujan turun pasti aku basah
tak seronok lagi bermain hujan
bersama awak nan tak endah ku lagi.

iDANRADZi
Juo Machi Japan

1.1.1988