Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Jumaat, 7 November 2014

Benarkah Agenda 'Sabah Sarawak Keluar Malaysia' Adalah KONSPIRASI KRISTIANISASI BARAT?!

Ada senario yang 'pelik tapi benar' perlu perhatian anda semua!

Baru-baru ini, ada NGO nak saman kerajaan British; kononnya perjanjian Malaysia 1963 tidak sah!



Forum anjuran Sarawak Association for People's Aspiration (SAPA), Borneo Heritage Foundation of Sabah (BHF)

Juga terkesan NGO Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) dan Sarawak Sovereignty Movement (SSM)

Belum apa-apa NGO ini telah wujudkan bendera baru Sarawak. Yang peliknya bendera itu adalah bendera lama Sarawak sewaktu pemerintahan Rajah Brooke dahulu!




Berkonsepkan Salib, bendera dan logo ala British itu lah yang sekarang disebar, dicetak, dijual kepada seluruh rakyat Sarawak.





Jika anda fikir secara logik akal, mengapa nak saman kerajaan British tapi menyeru semua orang menggunakan bendera Sarawak British?






Jika berjaya masuk ke mahkamah British, Malaysia bakal dilanda malu yang besar. Maka dengan ini secara tidak langsung British akan masuk campur secara terang sebagaihero penyelesai masalah yang ditimbulkan NGO ini!



Jangan lupa pula di Sarawak sudah lama wujud campurtangan British secara langsung.




Bruno Manser dan Claire pemilik Radio Free Sarawak; mereka ini adalah cucu cicitkerajaan British!



Portal Sarawak Report adalah kepunyaan Claire-juga kerabat British!




Sekarang, hasutan membatalkan perjanjian Malaysia 1963 semakin berleluasa; sehingga ingin mengheret ke mahkamah British, untuk diselesaikan oleh orang British?!


Adakah benar beberapa individu dalam NGO ini tahu siapa menjadi pengantara atau 'play maker' penghubung atau penjaya agenda campurtangan guling kerajaan dan seterusnyamerampas semula Sarawak ini?!




Bila ditanya, tak mengaku; tapi agendanya tetap sama; tetap mengugut Sabah Sarawak Keluar Malaysia!!




Dan ini apa pula? Jika berjaya keluarkan Sarawak dari Malaysia, kami tidak hairan mengapabendera berkonsep Salib ini telah mula disebar oleh NGO ini! Salah satu cara senyap untuk Kristianisasi?

Kami tak kisah sebab di Sarawak amalkan konsep terbuka. Tetapi jika benar ini adalah agenda tersembunyi, please be gentle!! 




Tidak perlu mengambil kredit atas kata-kata Adenan Satem KM Sarawak!! Jangan perasan, Ketua Menteri Sarawak cuma menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat; bukan menjaja negeri kepada British!

Selasa, 27 Mei 2014

Saya Rela Dipecat Demi Dyana Sofya - Ibu‬

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 2:00 AM

TELUK INTAN: Ibu kepada calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK), Yammy Samat rela dipecat dari Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk terus menyokong anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud.‬

‪Yammy pada malam Isnin membuat pengakuan bahawa beliau masih ahli Umno dan Perkasa.

‪"Saya ahli Umno dan saya juga ahli Perkasa, jadi apa masalahnya? Ahli Perkasa itu adalah saya dan bukannya Dyana.

‪"Terpulang kepada mereka sekiranya mahu mengenakan tindakan atau apa sahaja terhadap saya.‬

‪"Jika mereka (Umno dan Perkasa) tidak mahu saya, mereka boleh pecat saya. Saya masih menyokong Dyana kerana dia anak saya," katanya kepada pemberita pada ceramah anjuran DAP di Taman Industri Anson dekat sini, malam Isnin.‬

Yammy Samat


‪Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Dyana yang mengaku ibunya pernah terlibat dalam penubuhan Perkasa.‬

‪Dyana turut  mengaku pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan Perkasa pada 2008.‬

‪Ditanya sama ada beliau ada menerima surat tunjuk sebab, Yammy berkata: "Tidak ada setakat ini.‬"

‪Selain itu, Yammy berkata, tiada sebab untuk beliau mempelawa Dyana menyertai Perkasa kerana anaknya sememangnya tidak mahu menjadi ahli pertubuhan itu.‬

‪"Dia (Dyana) tak suka (untuk sertai Perkasa) dan dia bukan ahli Perkasa, " katanya.‬

‪Mengenai peluang Dyana pada PRK itu, Yammy yakin peluang anaknya menang kini mencecah 80 peratus.‬

‪"Saya rasa berdasarkan sambutan orang ramai. Setiap tempat yang dia pergi, orang terima dia.

‪"Tetapi menang atau kalah itu Tuhan punya kuasa," katanya sambil menambah bahawa Dyana juga boleh menarik undi Melayu.‬

‪Ditanya sama ada kedudukannya sebagai ahli Umno dan Perkasa akan mempengaruhi undi Dyana, Yammy berkata, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana yang bertanding adalah Dyana,  bukannya mak Dyana.‬

‪"Jika saya dikatakan menjejaskan peluang Dyana itu terpulang kepada mereka. Seseorang yang berfikiran terbuka dan pandai sudah tentu boleh menilai," katanya.‬

iwan@thestar.com.my

Dyana Sofya Mohd Daud Jelaskan Siapakah Wanita Berbikini Yang Dikatakan Dia

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 6:57 PM

Wajah sebenar Dyana Sofya (kiri) dan gambar Pauleen Luna (berbikini) yang diambil dari laman sosial, Facebook aktres itu.

PETALING JAYA: Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan percubaan untuk mencemarkan imejnya dengan penyebaran gambar palsu dia berbikini adalah satu perbuatan politik yang garuk terutamanya ke atas seorang wanita sepertinya.

Dyana yang disebut-sebut bakal diumumkan sebagai calon DAP pada Sabtu untuk pilihan raya kecil Teluk Intan berasa kesal bagaimana orang boleh merendahkan diri mereka sehingga sebegitu sekali dengan menyebarkan fitnah tanpa usul periksa.

Berkata demikian melalui satu kenyataan media pada Jumaat, Dyana, 27, menegaskan foto berbikini yang disebar itu adalah foto aktres Filipina, Pauleen Luna.

“Sementara saya berpendapat yang aktres berkenaan adalah seorang yang sangat menarik, tetapi menggunakannya untuk menyebarkan fitnah yang kononnya gambar itu adalah saya benar-benar memperlihat betapa garuknya politik sesetengah orang khususnya ke atas wanita,” ujar ahli politik lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara itu.

Kata Dyana, sejak berita palsu itu disebarkan menerusi internet dia telah menerima beratus mesej yang mencaci dan menghinanya selepas nombor telefonnya diketahui ramai.

Tetapi disebalik kempen yang disebarkan itu dengan niat untuk memburuk-burukkannya, Dyana berkata yang dia berasa bersemangat dengan sokongan yang diterima daripada mereka yang percaya kepada perjuangannya.

“Di sebalik mereka yang menghina, ramai juga yang menelefon dan memberi kata-kata semangat dan menyatakan kepercayaan kepada saya. Hakikatnya orang seperti mereka lah yang membuatkan saya percaya dan yakin dengan apa yang saya perjuangkan.

“Dan sebaliknya mereka yang menyerang saya juga telah memberikan saya sebab yang kuat untuk meneruskan apa yang telah saya lakukan ini,” katanya lagi.

PRK Teluk Intan: 95.61 Peratus Keluar Mengundi Awal - SPR

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 11:45 AM

TELUK INTAN: Sebanyak 95.61 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan membuang undi di pusat pengundian awal Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini sehingga  pukul  5 petang. 
 
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu meliputi 392 daripada 410 anggota polis yang juga pengundi awal pada PRK itu.

Terdahulu, angka kehadiran pengundi awal mencapai 93.17 peratus setakat pukul 4 petang tadi membabitkan 382 pengundi awal.

Ketua Balai Polis Ulu Bernam, Sarjan Mejar Samsudin Mat Yusof, 54, merupakan pengundi awal pertama membuang undi sebaik sahaja pengundian dibuka pada pukul 8 pagi.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang yang mengundi pada kira-kira pukul 10 pagi.

Calon DAP,
Dyana Sofya Mohd Daud turut hadir untuk melawat pusat pengundian awal pada pukul 9.30 pagi diikuti Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional (BN) 10 minit selepas itu.

Selain itu, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pegawai Pengurus SPR PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad juga berada di pusat mengundi pada pagi Selasa.

Pusat pengundian mula dibuka seawal pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang nanti.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antar Siew Keong dan Dyana Sofya.
Kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei tahun lalu, Leong Peng mengalahkan Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Hari mengundi PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini.