Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi
Memaparkan catatan dengan label Kiki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kiki. Papar semua catatan

Rabu, 23 Julai 2014

KES KIKI: BAGAIMANA JIKA YANG TERHUKUM SEORANG CINA?




TINDAKAN TERHADAPNYA SECEPAT KILAT  TETAPI   PENANTIAN BERPULUH TAHUN UNTUK KIT SIANG

Siti Fairah Asyikin Kamaruddin yang dikenali sebagai Kiki telah dihukum denda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan kerana mengetuk sebuah kereta yang menggesal keretanya dengan menggunakan pengunci stereng.

Kebetulan hal ini berlaku antara Melayu dan bukan Melayu.Mangsa ialah warga emas Sim Siak Heong tetapi tidak ada perasaan perkauman dalam melihat klip video  kebengisan wanita ini yang tersebar luas di social media sebaliknya semua kaum marah kepada Kiki dan simpati kepada Sim.

Saya mengucapkan tahniah di atas kepantasan  pihak berkenaan membawa kes ini  ke mahkamah dengan hukuman yang setimpal dikenakan ke atas tertuduh tetapi saya terfikir bagaimanakah reaksi akhbar akhbar  Cina, media sosial Cina , parti parti perkauman Cina, NGO Cina  jika yang terhukum itu seorang Cina.Tidakkah mereka akan menganggap hukuman itu sebagai bersifat  perkauman kerana  melihatnya  sebagai suatu kes yang  kecil sahaja.

Hal ini tidak mustahil berbangkit jika sekiranya kita menimbangkan  kes  Beng Hock Setiausaha Politik kepada seorang Exco DAP yang telah disahkan oleh pihak perubatan sebagai membunuh diri dibangkitkan  oleh Penasihat DAP  Lim Kit Siang sebagai pembunuhan.

Lim Kit Siang telah bertaya kenapa tidak tangkap pembunuh Teoh dan telah mengecam Ketua Polis Negara yang mahu menyiasatnya kerana memberikan gambaran Teoh dibunuh.

Jika sekiranya tindakan terhadap kes kecil Kiki bagitu cepat maka berapa tahunkah lagi tindakan akan diambil  terhadap kes besar  Lim Kit Siang setelah siasatan dijalankan terhadapnya di bawah Akta Hasutan.

Adakah KPN akan membiarkan siasatan ini dijadikan isu politik yang berpanjangan sehingga menimbulkan ketakutan Peguam Negara untuk mengambil tindakan atau melewat-lewatkannya sehingga lupa dari  ingatan umum. Ini adalah imej popular  Peguam Negara.

http://zamkata.blogspot.com/2014/07/kes-kiki-bagaimana-jika-yang-terhukum.html

Semua pemimpin melayu akan menjadi bebal Dan terlebih berdiplomasi sewaktu berhadapan dengan yahudi kuning...

Assalamualaikum Tan Sri. Saya bersetuju dengan Tan Sri. Kalau kena pada orang Melayu, cepat sahaja kerajaan kita akan ambil tindakan. Tapi bila kena pada bukan Melayu, sampai kiamat pun belum tentu ada tindakan yang akan diambil.

ini blog yang nampak cacatnya perundangan kita.

http://theunspinners.blogspot.com/2014/07/kiki-didakwa-segera-kerana-melayu-tapi.html

Kiki didenda RM5,000, jalani khidmat sosial 240 jam

Siti Fairrah Asyikin
KUANTAN 22 Julai - Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin atau dikenali sebagai Kiki yang mengetuk sebuah kereta menggunakan pengunci stereng selepas bergesel dengan kenderaannya, Isnin lalu, didenda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 30 tahun itu hari ini mengaku bersalah dan insaf serta memohon maaf atas perbuatannya itu terhadap warga emas, Sim Siak Heong, 68.
Siti Fairrah sebelum itu dilihat menangis teresak-esak semasa mengemukakan rayuan bagi mengurangkan hukuman atas pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang sangat minimum. Saya faham penerimaan masyarakat atas perbuatan saya. Saya insaf dan mengaku salah malah saya telah meminta maaf kepada 'uncle' (pengadu) pada hari kejadian ketika sama-sama membuat laporan di Balai Trafik di sini.
"Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang. Hakikatnya, saya telah menerima hukuman atas perbuatan tersebut kerana kini hidup dalam keadaan trauma dan tertekan.
"Saya diekori hingga ke rumah, diugut rogol beramai-ramai, dicerca dan dimaki hamun di laman-laman sosial," katanya sambil menahan tangisan sementara orang ramai yang hadir di galeri awam turut menitiskan air mata.
Berdasarkan pertuduhan, Siti Fairrah didakwa dengan sengaja melakukan khianat terhadap sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu oleh Siak Heong dengan cara mengetuk menggunakan kunci stereng di bonet hadapan, bonet atas dan cermin kenderaan itu yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.
Kejadian didakwa berlaku di kawasan letak kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Sekilau di sini kira-kira pukul 1.10 petang, 14 Julai lalu.
Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak memarahi mangsa dan turut merampas kunci kereta serta pengunci stereng milik mangsa berikutan berlaku perlanggaran kecil antara mangsa dan tertuduh yang menaiki kereta jenis Peugeot.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat memandangkan perbuatan tersebut diakhiri dengan kekerasan iaitu merampas pengunci stereng dan mengetuk kenderaan mangsa.
"Sepatutnya kejadian tersebut diakhiri dengan perbincangan. Saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menghormati undang-undang dan tidak bertindak berdasarkan kemarahan. Hukuman yang menjurus kepada pencegahan," hujahnya.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Abidin turut menasihati Siti Fairrah serta kedua-dua ibu bapanya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut kerana kesannya sangat besar.
baca juga

KIKI ada yang tak kena dalam kes ini.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DakwaanKikidihamunmengarut/Article/index_html

Dakwaan Kiki dihamun mengarut

Kuantan: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak keterlaluan dengan membuli seorang lelaki warga emas, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, minggu lalu, bukan disebabkan selepas dimaki oleh mangsa.

Sumber polis sebaliknya berkata, berdasarkan siasatan, Kiki dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang selepas lelaki itu tidak mahu keluar dari kereta, selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kecil.

"Keterangan lelaki berkenaan juga mengesahkan dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kiki pada masa kejadian," katanya.

Menurutnya, surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak ganas kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya sudah membaca surat berkenaan dan pada saya semua dakwaan itu adalah mengarut," katanya.

Semalam, satu kenyataan disebarkan di laman sosial bahawa Kiki bertindak keterlaluan selepas dimaki oleh lelaki berkenaan. Ia turut menyatakan bahawa lelaki berkenaan turut menghamburkan kata cacian berbaur perkauman.

Sementara itu, Kiki dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/21



Idanradzi Kct:
 Betul firasat aku memang beginilah sikap kaum cina... nak lepas diri saja... mungkin maklumat ini benar. Sebelum ini aku mengandaikan pasti ada perkataan yang Kiki ni sakit hati & mengamuk... bila aku google jumpa penjelasan ini. Polis kata Kiki marah sebab Apek ni biadap tak mahu keluar dari keretanya. Cer baca maklumat yang diuar-uarkan ini; benarkah atau sekadar rekaan. Hanya Kiki yang tahu. tapi saya melihat ini tak adil sebab PDRM tak pun denda si Apek ini. Dalam kes ini jelas si Apek tetap salah sebab kasi gesel kereta kesayangan Kiki.

Akmal Munshi:
Sehari yang lalu

APA YANG MENYEBABKAN KIKI TERLALU MARAH?
Berikut adalah perkongsian dari seorang sahabat.

Bukan ingin memarakkan api perkauman. Namun ia adalah pengajaran kepada semua agar kebenaran jangan cuba untuk ditenggelamkan. Seperti respon awal saya setelah melihat video Kiki mengamok.. Saya mempersoalkan apa yang dikatakan oleh Uncle Sim itu hingga menyebabkan Kiki terlalu marah? Akhirnya persoalan saya TERJAWAB melalui info berikut. MOHON VIRALKAN.

Salam bro, just nak info satu fakta. Adik aku polis kat kuantan jadi dia banyak dpt info pasal kes Kiki. Berikut adalah cerita dari kiki...

Di sini saya ingin menceritakan punca sebenar yang menyebabkan Kiki mengamuk ( tiada dalam rakaman video viral). Sebaik saja kereta Pegeot Kiki dilanggar oleh kereta Toyota Uncle Sim, beliau terus keluar dalam keadaan amat kecewa sebelum bergegas mendapatkan Uncle Sim yang masih berada di dalam kereta. Kira-kira seminit Kiki ketuk cermin pintu kereta tersebut bagi menyuruh uncle tersebut keluar.. Sebaliknya uncle tu hanya menurunkan cermin dan berkata

" Sikit saja ma, kasi cincai lorh".

Kiki yang tidak puas hati terus ketuk cermin terbabit kali ni agak kuat. Uncle tersebut kemudiannya mengeluarkan not RM50 dan paksa Kiki ambil.

Akibat berasa tercabar dengan tindakan uncle yang tak sporting/biadap tu, Kiki terus mengambil lock stereng dan mengetuk kereta terbabit. Sebenarnya tindakan Kiki bukanlah hendak mencederakan Uncle Sim. Sebaliknya mahu Uncle Sim keluar. Sebaik saja uncle keluar.. Kiki terus merampas kunci kenderaan Toyota terbabit. Uncle yang terkejut dengan tindakan Kiki tersebut telah terlepas cakap mengatakan

"Pukimak MELAYU sohai".

Dan berlakulah tindakan yang tidak terkawal bila Kiki mengamuk seperti yang dirakam dalam video viral. Hal yang sebenarnya Kiki mengamuk bukanlah sebab kenderaannya dilanggar sebaliknya tindakan celupar uncle tersebut menghina bangsa Melayu.

KINI saya baru faham mengapa Uncle Sim tidak mahu membuat laporan polis, kerana kelakuan dia mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman boleh dikenakan denda yg jauh lebih tinggi.

Aku sendiri berasa malu mentertawakan KIKI walhal apa yang dilakukan oleh beliau adalah kerana terlalu marah bangsa dia sendiri dicaci "pukimak". sekarang, Kiki akan dihadapkan ke mahkamah berdepan hukuman yang lebih tegas, sementara Uncle Sim terlepas begitu sahaja. Adilkah?

Baru-baru ini kecoh seorang perempuan cina yang ditangkap mencuri di Pasa Raya Giant, dan mengamuk seperti orang gila memukul pekerja-pekerja Melayu di situ dan merosakkan barangan di pasa raya berkenaan. Akan tetapi perempuan cina tersebut tidak dibawa ke mahkamah. kerana apa? Kerana Pasa Raya Giant adalah milik cina. jelas kita boleh lihat bagaimana bangsa cina ini menutup aib bangsanya sendiri. Sedangkan kita bersuka ria mentertawakan Kiki yg mempertahankan bangsanya sendiri. patutkah kita? Renung-renungkan.

Sebarkan jika anda rasa Kiki layak mendapat pembelaan sewajarnya.

Tolong sebarkan.



Avatar:
Itu hak dia nak marah...kereta dia yang kena...takkan lah kereta baru calar dia tak terasa!
Kita hendak dia jadi robot ke?

Idanradzi Kct:
Kiki didenda RM5,000, kerja komuniti 240 jam... lantaran laporan si Apek ini. Betapa naifnya bangsa kita...aniaya bangsa sendiri dengan undang-undang berat sebelah...malahan baik blogger atau kalangan ahli FB & medan sosial di dunia maya teruk amat kutuk Kiki ni di internet... cerita sahih memang kita tak tahu. Macamlah kita ni tak pernah marah atau mengamuk bila hak diri tercabar... apatah lagi jika benar si Apek ni caci kaum Melayu....

Anggota muatnaik status berbaur perkauman ditukar serta-merta - KPN

Julai 23, 2014
Anggota muatnaik status berbaur perkauman ditukar serta-merta - KPN

Anggota polis memuat naik status 'paria' diambil tindakan tukar serta merta - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya memaklumkan seorang anggota polis yang memuat naik status 'paria' telah diambil tindakan tukar serta merta.

Khalid juga memaklumkan, seorang wanita yang memuatnaik status menghina agama, akan turut disiasat.

Sebelum ini, seorang anggota polis dikatakan memberi komen di laman sosial Facebook terhadap isu kuil yang disifatkan menyinggung orang India dengan panggilan 'paria'.

Sementara itu, dalam kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM), Khalid memaklumkan tindakan membuat, mewujud, berkongsi dan memanjangkan maklumat-maklumat yang berbentuk fitnah serta berupaya memarakkan sensitiviti perkauman dan keagamaan, dilihat semakin menjadi-jadi di media sosial.

"Terkini ialah sebaran maklumat berniat jahat yang cuba mencabar kredibiliti kerajaan dan memperlekehkan tindakan PDRM dengan membandingkan bentuk tindakan yang diambil ke atas kes-kes yang melibatkan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin atau Kiki yang terlibat dalam kes buli jalan raya, Muhammad Zahier Afiq Zarol Nizam yang dipukul lelaki Cina kerana terlibat dalam kes cubaan ragut dan Alvin Jye Lee kerana isu berbuka puasa dengan bak kut teh.

"Apa yang cuba dibayangkan ialah kerajaan dan PDRM bersikap mementingkan kaum tertentu," jelasnya.

Ujar Khalid, pihaknya ingin menegaskan bahawa tindakan yang diambil ke atas setiap siasatan adalah berbeza antara satu dengan yang lain dan bergantung kepada berbagai aspek siasatan termasuklah dari aspek teknikal yang memakan masa.

"Dalam kes Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, siasatan dapat dijalankan dengan cepat kerana kerjasama diberikan dengan menyerah diri kepada polis dan mengaku kesalahannya.

"Sementara dalam kes Muhammad Zahier Afiq Zarol Nizam, lelaki yang dirakam sedang menendangnya masih belum tampil ke hadapan untuk membantu siasatan polis," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, PDRM turut meminta mana-mana anggota masyarakat yang mempunyai maklumat lanjut berhubung insiden tersebut untuk menghubungi pihaknya bagi mempercepatkan proses siasatan.

Tambahnya, dalam kes Alvin Tan Jye Lee, siasatan polis telah selesai dan kes ini sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Jelasnya, PDRM menjalankan tugas dan tanggungjawabnya berlandaskan prosedur serta undang-undang dan bukannya secara selektif atau atas kepentingan mana-mana kaum atau agama

"Polis ingin menasihati masyarakat agar berhati-hati dan berhemah dalam menggunakan media sosial untuk tujuan berinteraksi dan berkomunikasi.

"Pengguna harus bijak menilai setiap maklumat yang diterima dan tidak ghairah untuk berkongsinya dengan pihak ketiga kerana isu-isu yang sensitif berupaya memecah belahkan perpaduan kaum, menjejaskan ketenteraman awam dan mengganggu gugat keselamatan negara," katanya.

Tegas Khalid, tindakan menyebar maklumat palsu boleh diambil di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan jumlah denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Sementara bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

Selasa, 22 Julai 2014

Gadis pengunci stereng ‘Kiki’ akan dituduh di mahkamah pada Isnin


Kiki (kiri) berada di balai polis di Kuantan berhubung tindakan ganasnya terhadap seorang warga emas yang tersebar luas dalam media sosial. – Gambar The Malaysian Insider

Kiki atau Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin (gambar) atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di Temerloh Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini. Foto Kiki Kamaruddin oleh Malaysian Insider

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan diambil daripadanya pada Khamis.

“Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya,” katanya hari ini.

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).

Wanita terbabit dilihat membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube.

 – Bernama

GAMBAR Profil Kiki Kamaruddin Gadis Peugeot 208 CDM25 0 isu semasa 12:51




GAMBAR Profil Kiki Kamaruddin Gadis Peugeout 208 #CDM25, dan sedikit biodata mengenai beliau. Kiki Kamaruddin Gadis Peugeot 208 CDM25 - gadis yang tidak berbudi bahasa bila keretanya dilanggar oleh seorang uncle Cina.. Memalukan kaum perempuan, Melayu dan Islam.


GAMBAR Profil Kiki Kamaruddin Gadis  Peugeot 208 CDM25

Isu ini telah menjadi viral di laman sosial dan blog. Semua orang mengutuk tindakan kasar, kurang ajar dan tidak berbudi bahasa Kiki Kamaruddin.

Artikel sebelum ini: Video: Gelagat Wanita Mengamuk Mencaci, Kereta Kena Langgar


Di bawah ini beberapa gambar profile dan sedikit data peribadi beliau.






iDAN:
Bagi saya apa yang dipaparkan tidak lengkap... tak tahu apa punca
tak mungkin seseorang itu akan marah tanpa bersebab
macam iklan wayanglah sekadar tenguk iklan memang nampak ganas
macam filem aksi hebat bila nonton tak sehebat mana pun
dari gambar dipaparkan pun sekadar perang mulut & acu-acu stereng lock
tak sampai apek ini dicederakan... apa masalahnya
sedang banyak lagi kes samseng jalan raya merosakkan hentam kenderaan lain
teruk membuli & pukul mereka tak bersalah pun ada
tak dipaparkan.

Polis tetap ambil tindakan terhadap Kiki Kamaruddin, tidak boleh dimaafkan

khalid abu bakar

Berita terkini kes wanita pemandu kereta mewah CDM25 Kiki Kamaruddin yang didakwa mengamuk dan sudah dimaafkan dan mangsa seorang pesara kerajaan juga berjanji tidak akan membuat laporan polis dan si pembuli juga memohon maaf namun KPN nampaknya bertegas akan mengambil tindakan malah polis sendiri membuat laporan polis. Klik Baca

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap perempuan yang didakwa melakukan penderaan lisan dan beberapa kali memukul kenderaan seorang lelaki tua dengan kunci stereng selepas kereta Peugeot baharunya terbabit dalam kemalangan kecil.

Insiden yang berlaku di Kuantan itu telah dirakam dan dikongsi di YouTube oleh pemandu berhampiran yang berada di tempat kejadian.

Mengulas mengenai video tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan wanita itu adalah ‘tidak boleh dimaafkan’.
“Itu bukan cara untuk mengendalikan situasi yang berlaku kerana kita tidak tidak perlu meletakkan undang-undang ke dalam tangan sendiri.
“Tidak kiralah sama ada lelaki itu telah membuat laporan dengan kami berhubung kejadian itu atau tidak.
“Perkara utama adalah, kita telah melihat video itu dan tindakan wanita itu menunjukkan tingkah laku pembuli jalan raya.
“Oleh itu, kami akan membuat laporan terhadapnya dan tindakan akan diambil,” katanya.
Dalam video itu, perempuan itu menyerang dan menjerit memanggil lelaki itu “sangat bodoh”, melemparkan kata-kata berbaur perkauman dan menuntut dia membayar RM2,000 sebagai pampasan.

Walaupun dikasari, lelaki tua berkenaan tetap tenang dan menawarkan untuk membayar ganti rugi bagi kerosakan.

mStar
 
p/s Maafkan sahaja KPN bulan Ramadan kasi settle ok….

Hitz FM dan Era FM Dikecam Gara-Gara Temubual Wanita Pembuli Jalanan #CDM25



kiki-cdm25-interview-era-road-bully
Pagi tadi stesen radio tempatan Hitz FM dan Era FM dihujani kritikan pedas rakyat Malaysia gara-gara menemubual wanita pembuli jalanan, Kiki Kamaruddin. 

 Sebelum ini video wanita tersebut menjadi bualan dan kecaman masyarakat terutamanya pengguna media sosial kerana kebiadapan dan tindakan wanita tersebut yang mengamuk, memaki hamun malah membawa pengunci stereng kereta untuk mengetuk kereta lelaki tersebut yang juga warga emas.

kiki-cdm25-interview-radio
Menurut laporan Harian Metro, pesara kerajaan, Sim Siak Hong ( Uncle Sim ) , 68, warga emas yang menjadi mangsa tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu. Dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

Persoalannya, adakah wajar stesen radio tempatan menemubual pembuli jalanan hanya kerana untuk memberi peluang dia meminta maaf kepada rakyat Malaysia? Ramai yang mengecam tindakan dua stesen radio itu dan berpendapat Uncle Sim patut diberi peluang untuk ditemubual.

Ada pengguna laman sosial melemparkan kata-kata kurang enak dan berkata tindakan mereka boleh menjadi ikutan negatif kanak-kanak yang mungkin menganggap tindakan buli boleh menyebabkan mereka popular dan berpeluang ditemubual di radio.

Uncle Sim
Uncle Sim
Berikut adalah kritikan pedas pengguna media sosial terhadap stesen radio berkenaan :

kiki-cdm25-gambar
kiki-cdm25-radio kiki-cdm25-radio-twitter kiki-cdm25-radio-twitter-2

Info Pemilik Peugeot CDM 25 - Kiki Kamaruddin

Ini Blogger yang CACI Kiki

Pemilik Peugeot CDM 25 - Kiki Kamaruddin |
Haha ! nak tergelak bila kes ni menjadi sangat2 viral di Facebook. Bukan itu je, jadi bahan troll lagi sampaikan abah wa pun guna gambar minah ni pegang stering lock untuk mempromosi page tudung dan baju kurung dia... haaa... jejemputlah beli kat SINI ye... opsss promot jugak ~
ok sambung.
Kiki Kamaruddin, adalah seorang wedding planner, dari info yang wa baca.. muka dia selalu menepek di Ampang Point untuk Kerja Kahwin..  mungkin kerana kes ini, dah takde yang nak ambil dia jadi wedding planner lagi.. rakyat Malaysia terasa sangat dengan perbuatan minah ni... sampaikan wa gelak kikikiki pun dah mendatangkan kemeluatan oleh hakak wa ! muahahahhaa !
Mungkin kereta Peugeot beliau beli dengan duit cash maka mengamuk tak tentu pasal... yela, dia tak suka berhutang pun :)
Dan di antara gambar2 troll yang di-share di dalam Facebook :-
Sebelum ini Kiki ada memuat-naik status dia yang kelihatan sedar diri, tapi kita boleh baca juga yang dia masih hentam golongan bawak kereta cabuk / lama kat luar sana tu.. hurm.. kenapa la perangai kamu sebegini wahai, hawa?
Allah SWT uji lu dengan harta mewah, kini DIA aibkan lu satu dunia.. lu masih tak sedar... wa yakin rezeki Allah di mana-mana.. tapi jangan kerana kes ini.. rezeki lu tertutup wahai Kiki... kecantikan seorang wanita dari akhlaknya... lu dah la so-so aje... plus akhlak yang sebegini... hurmmm..

Mungkin kerana keangkuhan lu, maka Allah menunjukkan siapa lu...








 http://aunidenovella.blogspot.com

Apa Kata Khairy Jamaluddin Terhadap Isu CDM25



Khairy Jamaludding adalah seorang menteri yang sangat sempoi bagi aku. di mana beliau sememangnya sentiasa peka dengan isu-isu semasa selain lantang melontarkan pendapat yang bernas. Khairy Jamaluddin adalah seorang menteri yang aku kira berkaliber dalam barisan cabinet pemerintahan negara. Lebih-lebih lagi setelah beliau kini memegang jawatan sebagai Menteri Belia Dan Sukan untuk penggal kali ini. Jom kita lihat apa komen YB Khairy Jamaluddin terhadap isu wanita CDM25 atau pun Kiki Kamarudding yang mengamuk ini.

 
KJ-001


KJ-002

Status palsu burukkan lagi keadaan – Kiki Kamaruddin


Status yang dimuat naik dalam akaun palsu Kiki Kerja Kahwin di Facebook telah memburukkan lagi keadaan. Ia dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Status yang dimuat naik dalam akaun palsu Kiki Kerja Kahwin di Facebook telah memburukkan lagi keadaan. Ia dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Oleh Mastura Malak (mastura@abnxcess.com)

PUCHONG – Selepas menerima kecaman hebat pengguna media sosial, Kiki Kamaruddin atau nama sebenarnya Siti Fairrah Ashykin, 30, telah bertindak menutup semua akaun media sosialnya.

Wanita yang dikecam hebat kerana bertindak kasar terhadap seorang warga emas itu menutup akaun Facebook, Instagram dan Twitter sejak Selasa malam sebaik menyedari rakaman video berkaitan tragedi itu tersebar di Internet.

“Saya sudah menutup semua akaun laman sosial saya seperti Facebook, Instagram dan Twitter sejak Selasa malam. Jadi saya tidak pernah memuat naik gambar atas memuat naik status di mana-mana laman sosial seperti yang dibaca oleh orang ramai.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang melihat saya memuat naik gambar atau status, sama sekali bukan dilakukan oleh saya. Sehingga ke hari ini saya hanya berkomunikasi melalui media seperti surat khabar, stesyen TV dan radio,” jelas Kiki kepada ABN News.


Menurut Kiki, disebabkan kesilapan yang dilakukan itu ramai pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dilaluinya.
“Kalau Google atau cari nama Kiki Kamaruddin dan Kiki Kerja Kahwin di Facebook, berapa banyak akaun palsu yang mengaku jadi saya.
“Mereka upload gambar, status yang boleh menimbulkan kemarahan orang kerana status yang agak psiko.
“Itu semua bukan saya yang buat. Terpulang kepada masyarakat sama ada mahu terus mengecam atau memaafkan saya,” jelas Kiki lagi.
Dalam masa sama, dia juga memohon maaf kepada semua seluruh masyarakat berketurunan Cina atas perbuatan dan perkataan kasar yang menyebut ‘Cina’ semasa kejadian itu berlaku pada Isnin lalu.
“Masa itu saya tengah marah, saya tak fikir dan apa yang terkeluar adalah Cina, memang salah saya.
“Saya mengaku apa yang saya buat itu salah, dan saya minta maaf kepada semua kaum Cina, dan saya tidak berniat untuk ada perasaan rasis masa itu,” katanya lagi.

Selain itu, Kiki menjelaskan, dia juga akan bekerjasama dengan pihak polis bagi memberikan keterangan dan bersedia sekiranya kes terbabit didakwa atas kesalahan jenayah buli di jalan raya.

“Saya cuba untuk betulkan keadaan, jadi saya mohon kalau ada mana-mana pihak yang berniat nak mengecam saya supaya tidak berbuat demikian. Saya juga manusia biasa yang melakukan kesalahan dan saya memang mengaku saya buat.

“Saya mengaku apa yang ditontonkan dan dilihat itu, memang saya buat dan saya mohon maaf kepada semua orang yang melihat video itu. Saya mohon perkara ini tidak dibesarkan lagi,” katanya.

Ekoran kritikan hebat masyarakat, Kiki Kamaruddin, telah memohon maaf kepada warga emas terbabit, Sim Siok Hong, 68, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada sebelah petang hari Isnin lalu.
Selepas tersebarnya video tersebut, orang ramai memberi pelbagai reaksi yang kebanyakannya marah dengan perlakuan wanita itu.

Malah, pengguna laman sosial turut bertindak mendedahkan identiti wanita terbabit dengan memuat naik gambar serta beberapa maklumat tentang latar belakangnya.

Kejadian itu dirakam oleh seorang saksi kejadian dan dimuat naik di Facebook dan Twitter dan kini menjadi ‘Trending Worldwide’ di Twitter serta menjadi topik perbualan hangat kalangan selebriti tanah air.

Kiki Kamaruddin dan ‘steering lock’

Kiki Kamaruddin sekali lagi memohon maaf secara terbuka di atas sikap kasar dan keterlanjurannya ketika tampil ke ABNxcess.
Kiki Kamaruddin sekali lagi memohon maaf secara terbuka di atas sikap kasar dan keterlanjurannya ketika tampil ke ABNxcess.

Oleh Mastura Malak (mastura@abnxcess.com)
PUCHONG – Wanita yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang warga tua di Kuantan, Isnin lalu, mengaku malu dan kesal dengan perbuatan berkenaan hingga menyebabkan dia menjadi terkenal di media sosial.
Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin atau dikenali sebagai Kiki Kamaruddin, 30, juga menyesal kerana bertindak ganas terhadap warga emas tersebut.
Kiki yang ditemubual secara eksklusif di ABN News berkata, dia sendiri tidak menyangka akan mengeluarkan pengunci stereng kereta.
Tindakan itu dilakukan kerana terlalu mengikut emosi dan perasan amarah.
Ditanya apakah perasaan ibu bapa dan keluarga apabila perbuatannya dikecam ramai, ini jawapan Fairrah
“Saya tahu perbuatan saya itu mendapat kecaman ramai pihak. Saya yang lakukan kesalahan tersebut. Ada yang cakap ibu bapa saya tak pandai nak jaga dan didik anak. Tapi pada saya, kesilapan itu dari pihak saya sendiri, janganlah sesekali nak menyalahkan ibu bapa saya.
“Saya yang buat jadi saya sendiri akan bertanggungjawab. Jangan sesekali menyalahkan ibu bapa saya atas cara didikan dia.
“Perbuatan itu merupakan salah saya dan saya amat kesal kerana saya tidak dapat kawal kemarahan dan emosi saya ketika itu,” jelas Kiki.

Kiki turut memberitahu, dia sudah menemui warga emas itu, Sim Siok Hong, 68, dan telah memohon maaf.
“Saya puji uncle (lelaki warga emas berbangsa Cina) itu, walaupun kejadian yang berlaku melibatkan perbuatan saya agak keterlaluan, tetapi selepas kejadian kami bersama-sama telah pergi ke balai polis dan memohon maaf kepadanya.
“Ketika itu, selepas membuat laporan polis, kami tiada sebarang masalah, saya peluk isteri uncle dan minta maaf semua.
“Sekali lagi saya megaku salah saya selepas kejadian pada hari Isnin. Kami berdua berbaik-baik dan uncle menerima ucapan maaf daripada saya,” katanya.

Kiki turut meminta supaya orang ramai berhenti mengecamnya.
Wanita ini secara tiba-tiba menjadi terkenal apabila rakaman video berdurasi 2.33 minit yang memaparkan dia sedang mengamuk, tersebar di Internet.
Semuanya gara-gara kereta jenis Peugeot 208 dengan plat nombor CDM 25 dilanggar secara tidak sengaja oleh Siok Hong dari belakang.

Wanita terbabit kes buli jalanan ditahan polis

17 JUL:

Polis hari ini bertindak menahan seorang wanita berhubung kes buli jalanan pada Isnin lalu bagi membantu siasatan kes jenayah dan kerosakan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Saleh berkata, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, hadir ke balai polis pada Khamis selepas disaman dan ditahan.

Gadis Gengster Felda Ditahan Polis

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama wanita itu yang juga dikenali sebagai “Kiki” Kamaruddin akan ditahan.

“Itu bergantung kepada siasatan, kita melihat perkara ini terlebih dahulu,” katanya.

Abdul Aziz berkata Siti Fairrah telah bertindak membuang pengunci stereng yang digunakannya semasa kejadian di suatu tempat di Kuantan.

Siasatan di bawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di bawah setiap seksyen.

IGP cakap akan dakwa

Dalam kejadian itu, visual seorang wanita yang berang mengetuk kenderaan seorang lelaki warga emas dengan pengunci stereng setelah kereta barunya dilanggar secara tidak sengaja oleh lelaki terbabit dalam satu kemalangan kecil telah dirakam orang ramai dan dimuat naik ke laman sosial YouTube.

Wanita itu turut menghamburkan kata-kata kesat, termasuk yang berbaur perkauman walaupun lelaki warga emas berkenaan telah meminta maaf.

Selepas tersebarnya video tersebut, orang ramai memberi pelbagai reaksi yang kebanyakannya marah dengan perlakuan wanita itu.

Malah, pengguna laman sosial turut bertindak mendedahkan identiti wanita terbabit dengan memuat naik gambar serta beberapa maklumat tentang latar belakangnya

IGP kata wanita road bully akan didakwa
Ia telah menarik perhatian umum termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata polis terpaksa bertindak dan mendakwa wanita pembuli jalann raya terbabit bagi mengelakkan ia dicontohi orang lain yang terbabit dalam kemalangan jika dibiarkan.

-bnbbc.my