Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Selasa, 22 Julai 2014

Kiki Kamaruddin dan ‘steering lock’

Kiki Kamaruddin sekali lagi memohon maaf secara terbuka di atas sikap kasar dan keterlanjurannya ketika tampil ke ABNxcess.
Kiki Kamaruddin sekali lagi memohon maaf secara terbuka di atas sikap kasar dan keterlanjurannya ketika tampil ke ABNxcess.

Oleh Mastura Malak (mastura@abnxcess.com)
PUCHONG – Wanita yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang warga tua di Kuantan, Isnin lalu, mengaku malu dan kesal dengan perbuatan berkenaan hingga menyebabkan dia menjadi terkenal di media sosial.
Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin atau dikenali sebagai Kiki Kamaruddin, 30, juga menyesal kerana bertindak ganas terhadap warga emas tersebut.
Kiki yang ditemubual secara eksklusif di ABN News berkata, dia sendiri tidak menyangka akan mengeluarkan pengunci stereng kereta.
Tindakan itu dilakukan kerana terlalu mengikut emosi dan perasan amarah.
Ditanya apakah perasaan ibu bapa dan keluarga apabila perbuatannya dikecam ramai, ini jawapan Fairrah
“Saya tahu perbuatan saya itu mendapat kecaman ramai pihak. Saya yang lakukan kesalahan tersebut. Ada yang cakap ibu bapa saya tak pandai nak jaga dan didik anak. Tapi pada saya, kesilapan itu dari pihak saya sendiri, janganlah sesekali nak menyalahkan ibu bapa saya.
“Saya yang buat jadi saya sendiri akan bertanggungjawab. Jangan sesekali menyalahkan ibu bapa saya atas cara didikan dia.
“Perbuatan itu merupakan salah saya dan saya amat kesal kerana saya tidak dapat kawal kemarahan dan emosi saya ketika itu,” jelas Kiki.

Kiki turut memberitahu, dia sudah menemui warga emas itu, Sim Siok Hong, 68, dan telah memohon maaf.
“Saya puji uncle (lelaki warga emas berbangsa Cina) itu, walaupun kejadian yang berlaku melibatkan perbuatan saya agak keterlaluan, tetapi selepas kejadian kami bersama-sama telah pergi ke balai polis dan memohon maaf kepadanya.
“Ketika itu, selepas membuat laporan polis, kami tiada sebarang masalah, saya peluk isteri uncle dan minta maaf semua.
“Sekali lagi saya megaku salah saya selepas kejadian pada hari Isnin. Kami berdua berbaik-baik dan uncle menerima ucapan maaf daripada saya,” katanya.

Kiki turut meminta supaya orang ramai berhenti mengecamnya.
Wanita ini secara tiba-tiba menjadi terkenal apabila rakaman video berdurasi 2.33 minit yang memaparkan dia sedang mengamuk, tersebar di Internet.
Semuanya gara-gara kereta jenis Peugeot 208 dengan plat nombor CDM 25 dilanggar secara tidak sengaja oleh Siok Hong dari belakang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan