Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Jumaat, 18 Julai 2014

MH17: "Seperti ada kuasa melindungi kami, berkata jangan naik pesawat"

(Diterbitkan pada: Julai 18, 2014 18:23 MYT)

MH17: "Seperti ada kuasa melindungi kami, berkata jangan naik pesawat"
Mengenang MH17 
Seorang warga Scotland bersama isteri dan anaknya terselamat daripada nahas penerbangan MH17 selepas gagal mendapatkan tiket untuk menaiki pesawat berkenaan, lapor The Telegraph.

Barry Sim, seorang pekerja syarikat minyak, sepatutnya menaiki pesawat yang malang itu. Beliau bagaimanapun terpaksa menukar penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur selepas tiada tiket untuk isteri dan anaknya.

Mereka yang mengaku sangat setia dengan Malaysia Airlines dan selalu terbang dengan syarikat penerbangan negara itu kemudiannya memilih menaiki pesawat syarikat penerbangan Netherlands, KLM biarpun isteri Barry mendakwa suaminya itu tidak gemar terbang dengan KLM.

Ditanya reaksinya terhadap nahas itu, Sim berkata: "Rasa kecut perut. Jantung berdebar-debar."
Isterinya, Izzy Simm pula berkata "ada kuasa yang melindungi kami dan seperti berkata 'jangan naik penerbangan itu."

Dalam pada itu, Barry berkata beliau akan meneruskan rancangan menaiki penerbangan KLM yang telah ditempah kerana baginya "pisang tidak mungkin berbuah dua kali" dan "hidup mesti jalan terus".

"Saya tahu isteri saya tidak rasa begitu. Mungkin perkara terakhir yang dia hendak buat ialah menaiki pesawat terbang, terutamanya ke Kuala Lumpur," katanya.

Penerbangan MH71 membawa 298 penumpang dan anak kapal. Antaranya ialah 43 warga Malaysia, 27 Australia, 12 Indonesia dan beberapa negara lain termasuk United Kingdom, Jerman, Kanada, Belgium dan Filipina. Netherlands mempunyai jumlah penumpang paling ramai iaitu sebanyak 154 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan