Sehingga tengahari Jumaat pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui 181 mayat di kawasan nahas.
ROZSYPNE, 18 Julai:
Saksi mendakwa mereka terdengar bunyi kuat, gegaran dan disusuli mayat mangsa nahas yang bertebaran dari ruang udara.
Pengalaman itu dikongsi Irina Tipinova, seorang pesara yang tinggal di kawasan pesawat MH17 terhempas.
“Saya mendengar bunyi kuat dan semua benda mula bergegar. Kemudian objek mula jatuh dari langit” katanya.
Menurut Tipunova mayat yang jatuh turut menyebabkan bumbungnya pecah.
Katanya, mayat wanita tanpa berpakaian juga terbaring dalam rumahnya dan berada tidak jauh dari katil.
Lebih kurang 100 meter
dari rumahnya, berpuluh lagi mayat bergelimpangan di ladang gandum dan
ia tidak beralih kerana menunggu ketibaan pasukan mencari dan
menyelamat.
Menurut laporan Reuters, cebisan dan mayat berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk dibawa ke kawasan selamat.
Menteri Luar Kiev, Andriy Sibiga berkata pengurusan mayat akan dilakukan di bandar Kharkiv yang yang dikawal kerajaan Ukraine.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan