Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Ahad, 20 Julai 2014

MH17: Suratan atau kebetulan?

Madiha Abdullah - Friday, July 18, 2014

mh17-suratan-atau-kebetulan

Tiada yang lebih menggemparkan rakyat Malaysia hari ini selain daripada insiden terhempasnya pesawat MAS MH17 lewat malam semalam, waktu Malaysia.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam dan dijadualkan tiba di KLIA jam 6.10 pagi, hari ini. Bagaimanapun, pesawat yang membawa 298 penumpang itu ditembak jatuh ketika melalui sempadan Russia dan Ukraine; laluan yang bukan asing untuk dilalui pesawat komersial.

Bagaikan sudah tercatat kemas dalam diari, pesawat ini memulakan penerbangan pertama pada 17 Julai 1997. Genap 17 tahun kemudian, bukan sambutan ‘sweet 17’, sebaliknya pada hari kelahirannya ini, ia menamatkan hayatnya.

Banyak pihak mula memperkatakan nombor 7 yang dilihat sangat signifikan dalam tragedi ini. Pesawat boeing 777 MH17, berlaku pada 17 Julai dan usianya pula genap 17 tahun.

Belum selesai kisah MH370, kini Malaysia diuji pula dengan satu lagi tragedi. Entahkan satu kifarah atau satu ujian. Semoga mereka yang bertanggungjawab dapat dikenal pasti, sekaligus memberi mangsa pembelaan yang sepatutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan