Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Jumaat, 18 Julai 2014

Pesawat Putin terbang laluan sama dengan MH17

Perbezaan antara pesawat milik Presiden Rusia (kiri) dan pesawat Malaysia Airlines (MAS).
NEW YORK 18 Julai - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dilaporkan melakukan penerbangan di laluan yang sama dengan sebuah pesawat yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, sejurus sebelum pesawat Malaysia itu ditembak jatuh.

“Saya boleh katakan pesawat yang membawa Putin dan Boeing milik Malaysia bersilang pada titik dan formasi yang sama. Perkara itu berlaku di Warsaw pada 330-m pelapis pada ketinggian 10,100 meter. Jet presiden berada di sana pada 16:21 (12.21 malam waktu Malaysia) dan pesawat Malaysia 15:44 waktu Moscow (11.45 malam waktu Malaysia),’’ kata satu sumber kepada agensi berita Interfax, yang mahu identitinya dirahsiakan.

Sumber itu menambah kata, kontur pesawat, dimensi linear serta warna antara kedua-dua pesawat itu hampir serupa.

Sementara itu, satu sumber memberitahu portal berita Gazeta.ru, pesawat Putin berlepas dari Vnukovo-3 iaitu sebuah terminal yang menerima pendaratan pesawat komersial, tetapi pesawat itu tidak terbang di atas ruang udara Ukraine yang sedang bergolak.

“Putin hanya memiliki satu pesawat, pesawat itu sentiasa berlepas dari lapangan terbang Vnukovo-3, tetapi sudah beberapa ketika pesawat itu tidak terbang di ruang udara Ukraine," kata sumber berkenaan.
Presiden Putin ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Moscow, Rusia selepas menghadiri satu persidangan di sana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan