Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Khamis, 17 Julai 2014

MH17: MAS sahkan 43 rakyat Malaysia termasuk 2 bayi dalam nahas

MH17: MAS sahkan 43 rakyat Malaysia termasuk 2 bayi dalam nahas
 
 
Pesawat MAS jenis Boeing 777 yang terhempas di sempadan Ukraine-Rusia. -gambar fail 
 
KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa seramai 298 jumlah penumpang  dan krew, termasuk tiga orang bayi terlibat di dalam nahas pesawat MH17.

MAS mengesahkan daripada 298 orang itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Belanda, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, 9 dari United Kingdom, 4 masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.

Sementara itu kewarganegaraan 41 orang lagi masih belum dikenal pasti.

“MAS mengesahkan pesawat MH17 tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

“Laluan penerbangan itu sebelum ini telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

“MAS sedang dalam proses memaklumkan keluarga penumpang dan krew tentang kejadian ini,” kata MAS di dalam satu kenyataan media.

Pesawat MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia sebelum disahkan terhempas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan