Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Ahad, 20 Julai 2014

MH17: Ukraine tidak dapat janjikan laluan selamat ke lokasi nahas - Liow

(Diterbitkan pada: Julai 21, 2014 12:43 MYT)

MH17: Ukraine tidak dapat janjikan laluan selamat ke lokasi nahas - Liow
Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama Timbalan PM Ukraine Volodymyr Groysman 
 
 
KIEV:
Kerajaan Ukraine tidak dapat menjanjikan bahawa mereka boleh mewujudkan laluan yang selamat untuk pasukan siasatan antarabangsa ke lokasi nahas penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang kini dikuasai kumpulan pemberontak Ukraine kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan berkata kerajaan Ukraine juga telah memaklumkan kepada Pasukan Penyiasatan Antarabangsa bahawa lokasi nahas adalah di bawah kawalan penuh oleh kumpulan pemisah dimana tiada hubungan komunikasi yang wujud antara kedua-duanya.

Pasukan Penyiasatan Antarabangsa termasuklah pegawai-pegawai dari Belanda, Malaysia, Britain dan Amerika Syarikat.

"Satu-satunya badan antarabangsa yang setakat ini telah berjaya mendapat laluan sementara untuk ke lokasi nahas adalah OSCE," kata Liow.

Isu keselamatan itu telah dibincangkan semasa mesyuarat beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine Volodymyr Groysman, yang juga pengerusi Suruhanjaya Khas Kerajaan Ukraine untuk MH17.

Turut hadir juga Menteri Infrastruktur Ukraine, Maksym Burbak dan Pengerusi Pentadbiran Penerbangan Awam Ukraine, Denys Antonyuk.

Mengenai dakwaan kumpulan pemisah mempunyai kotak hitam, Liow menegaskan bahawa bukti dari lokasi kemalangan itu tidak seharusnya diganggu.

Beliau berkata Malaysia amat bimbang bahawa keadaan asal lokasi nahas telah terjejas teruk.

"Ia adalah penting bahawa penyiasat antarabangsa diberikan laluan penuh dan tanpa halangan ke lokasi nahas ini," katanya dalam kenyataan itu.

Malaysia juga mahu semua mayat yang telah diambil dibenarkan untuk dituntut, dikenalpasti dan dibawa pulang.

Liow tiba di Kiev pada 1:10 malam waktu tempatan dengan disertai oleh Ketua Pengarah, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia,  Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Malaysia Airlines Tan Sri Md Nor Yusof.

Pasukan Malaysia yang terdiri dari 133 anggota termasuk dari pasukan penyelamat dan mencari, pakar forensik, pakar-pakar teknikal dan perubatan telah tiba di Kiev lebih awal iaitu pada pagi hari Sabtu lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan