Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Selasa, 22 Julai 2014

Wanita terbabit kes buli jalanan ditahan polis

17 JUL:

Polis hari ini bertindak menahan seorang wanita berhubung kes buli jalanan pada Isnin lalu bagi membantu siasatan kes jenayah dan kerosakan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Saleh berkata, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, hadir ke balai polis pada Khamis selepas disaman dan ditahan.

Gadis Gengster Felda Ditahan Polis

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama wanita itu yang juga dikenali sebagai “Kiki” Kamaruddin akan ditahan.

“Itu bergantung kepada siasatan, kita melihat perkara ini terlebih dahulu,” katanya.

Abdul Aziz berkata Siti Fairrah telah bertindak membuang pengunci stereng yang digunakannya semasa kejadian di suatu tempat di Kuantan.

Siasatan di bawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di bawah setiap seksyen.

IGP cakap akan dakwa

Dalam kejadian itu, visual seorang wanita yang berang mengetuk kenderaan seorang lelaki warga emas dengan pengunci stereng setelah kereta barunya dilanggar secara tidak sengaja oleh lelaki terbabit dalam satu kemalangan kecil telah dirakam orang ramai dan dimuat naik ke laman sosial YouTube.

Wanita itu turut menghamburkan kata-kata kesat, termasuk yang berbaur perkauman walaupun lelaki warga emas berkenaan telah meminta maaf.

Selepas tersebarnya video tersebut, orang ramai memberi pelbagai reaksi yang kebanyakannya marah dengan perlakuan wanita itu.

Malah, pengguna laman sosial turut bertindak mendedahkan identiti wanita terbabit dengan memuat naik gambar serta beberapa maklumat tentang latar belakangnya

IGP kata wanita road bully akan didakwa
Ia telah menarik perhatian umum termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata polis terpaksa bertindak dan mendakwa wanita pembuli jalann raya terbabit bagi mengelakkan ia dicontohi orang lain yang terbabit dalam kemalangan jika dibiarkan.

-bnbbc.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan