Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Selasa, 22 Julai 2014

Status palsu burukkan lagi keadaan – Kiki Kamaruddin


Status yang dimuat naik dalam akaun palsu Kiki Kerja Kahwin di Facebook telah memburukkan lagi keadaan. Ia dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Status yang dimuat naik dalam akaun palsu Kiki Kerja Kahwin di Facebook telah memburukkan lagi keadaan. Ia dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Oleh Mastura Malak (mastura@abnxcess.com)

PUCHONG – Selepas menerima kecaman hebat pengguna media sosial, Kiki Kamaruddin atau nama sebenarnya Siti Fairrah Ashykin, 30, telah bertindak menutup semua akaun media sosialnya.

Wanita yang dikecam hebat kerana bertindak kasar terhadap seorang warga emas itu menutup akaun Facebook, Instagram dan Twitter sejak Selasa malam sebaik menyedari rakaman video berkaitan tragedi itu tersebar di Internet.

“Saya sudah menutup semua akaun laman sosial saya seperti Facebook, Instagram dan Twitter sejak Selasa malam. Jadi saya tidak pernah memuat naik gambar atas memuat naik status di mana-mana laman sosial seperti yang dibaca oleh orang ramai.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang melihat saya memuat naik gambar atau status, sama sekali bukan dilakukan oleh saya. Sehingga ke hari ini saya hanya berkomunikasi melalui media seperti surat khabar, stesyen TV dan radio,” jelas Kiki kepada ABN News.


Menurut Kiki, disebabkan kesilapan yang dilakukan itu ramai pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dilaluinya.
“Kalau Google atau cari nama Kiki Kamaruddin dan Kiki Kerja Kahwin di Facebook, berapa banyak akaun palsu yang mengaku jadi saya.
“Mereka upload gambar, status yang boleh menimbulkan kemarahan orang kerana status yang agak psiko.
“Itu semua bukan saya yang buat. Terpulang kepada masyarakat sama ada mahu terus mengecam atau memaafkan saya,” jelas Kiki lagi.
Dalam masa sama, dia juga memohon maaf kepada semua seluruh masyarakat berketurunan Cina atas perbuatan dan perkataan kasar yang menyebut ‘Cina’ semasa kejadian itu berlaku pada Isnin lalu.
“Masa itu saya tengah marah, saya tak fikir dan apa yang terkeluar adalah Cina, memang salah saya.
“Saya mengaku apa yang saya buat itu salah, dan saya minta maaf kepada semua kaum Cina, dan saya tidak berniat untuk ada perasaan rasis masa itu,” katanya lagi.

Selain itu, Kiki menjelaskan, dia juga akan bekerjasama dengan pihak polis bagi memberikan keterangan dan bersedia sekiranya kes terbabit didakwa atas kesalahan jenayah buli di jalan raya.

“Saya cuba untuk betulkan keadaan, jadi saya mohon kalau ada mana-mana pihak yang berniat nak mengecam saya supaya tidak berbuat demikian. Saya juga manusia biasa yang melakukan kesalahan dan saya memang mengaku saya buat.

“Saya mengaku apa yang ditontonkan dan dilihat itu, memang saya buat dan saya mohon maaf kepada semua orang yang melihat video itu. Saya mohon perkara ini tidak dibesarkan lagi,” katanya.

Ekoran kritikan hebat masyarakat, Kiki Kamaruddin, telah memohon maaf kepada warga emas terbabit, Sim Siok Hong, 68, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada sebelah petang hari Isnin lalu.
Selepas tersebarnya video tersebut, orang ramai memberi pelbagai reaksi yang kebanyakannya marah dengan perlakuan wanita itu.

Malah, pengguna laman sosial turut bertindak mendedahkan identiti wanita terbabit dengan memuat naik gambar serta beberapa maklumat tentang latar belakangnya.

Kejadian itu dirakam oleh seorang saksi kejadian dan dimuat naik di Facebook dan Twitter dan kini menjadi ‘Trending Worldwide’ di Twitter serta menjadi topik perbualan hangat kalangan selebriti tanah air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan