Sambil menegaskan ia tidak benar, Liow berkata MAS telah bertahun-tahun menggunakan laluan yang sama, begitu juga dengan banyak negara lain.
Bercakap dalam sidang akhbar di Hotel Sama-Sama Hotel di Sepang, Liow berkata 15 daripada 16 negara anggota Persatuan Penerbangan Asia Pasifik juga menggunakan laluan itu.
Malah, katanya, dalam tempoh berkenaan, banyak pesawat lain menggunakan laluan yang sama.
Liow dihujani pertanyaan sama ada ia satu kesilapan untuk menggunakan laluan itu walaupun ia diisytihar selamat.
Beliau menegaskan bahawa laluan itu diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan MAS tidak pernah menerima sebarang notis supaya jangan menggunakan laluan itu.
Beliau berkata hanya selepas kejadian itu baru ICAO mengisytiharkan laluan itu ditutup.
Selepas kejadian itu, katanya, ICAO telah mencadangkan laluan lain dan ia menutup laluan sekarang.
Tambahnya, penerbangan MH17 menggunakan laluan yang betul dan tidak melencong daripadanya.
Dalam perkembangan lain, Liow berkata pihak berkuasa Malaysia masih belum mengesahkan laporan bahawa kotak hitam pesawat itu telah diambil oleh puak pemisah yang disokong Rusia di Ukraine dan dihantar ke Moscow.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan