Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Selasa, 22 Julai 2014

Tiga pakar Malaysia masuk kawasan nahas MH17 hari ini




MH17 Terhempas Di Ukraine: Liow Tiong Lai beramah mesra dengan tiga pakar penerbangan Malaysia iaitu Azahari Mohd Dahlan (tengah), Philip Joseph Selvaraju (kanan) dan Mohd Naemy Fahimy Mustapa (dua dari kanan) yang akan memasuki kawasan nahas pesawat MH17 di Tores.

Tiga orang pakar penerbangan Malaysia akan memasuki kawasan nahas pesawat MH17 milik Malaysian Airline System Berhad (MAS) yang terhempas di Tores hari ini setelah Pertubuhan dan Keselamatan Kerjasama Eropah (OACE) bersetuju mengenainya.

Jaminan keselamatan dan kerjasama terhadap ketiga-tiga pakar itu diumumkan selepas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko hari ini.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Penerbangan Awam, Kapten Philip Joseph Selvaraju dan Mohd. Naemy Fahimy Mustapa serta Pengarah Kejuruteraan dan Penyelenggaraan MAS, Azahari Mohd. Dahlan akan bertolak dari Kiev pada petang ini.

Mereka akan menyertai pasukan pakar dari Belanda yang terdiri daripada tiga orang dan seorang pakar dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Tiong Lai berkata, pemergian pakar tersebut dilakukan setelah mendapat jaminan daripada pemisah Ukraine susulan rundiangan yang diadakan antara mereka dan kerajaan Ukraine.

“KIta mengambil risiko tetapi ia merupakan tanggungjawab negara. Kini kita boleh masuk ke kawasan kemalangan, dua tiga hari lalu tak ada jaminan,” katanya bercakap kepada media Malaysia di Kiev.

“Kami mahu membawanya (mayat) secepat mungkin ke Malaysia. Kami telah mendapat jaminan daripada Presiden ia boleh dibawa balik ke Malaysia tetapi tiada jangka masa diberi,” katanya.

Sementara itu, Poroshenko hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mangsa nahas pesawat MH17 dan menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa di Kedutaan Malaysia di Ukraine.

“Beliau telah berjanji untuk membawa pengganas ke muka pengadilan dan itu yang Malaysia mahu lihat,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Liong Tiong Lai dan Anifah akan berjumpa dengan Naib Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman bagi membincangkan secara terperinci membawa balik mayat mangsa MH17.

Kini beliau tidak lagi mahu mendengar apa-apa alasan mengenai mayat itu, seperti melengah-lengahkan perjalanan kereta api, kerana apa yang penting ia dibawa ke Kiev. Tiong Lai juga tidak ada maklumat mengenai mayat mangsa MH17 akan dibawa ke Amsterdam memandangkan majoriti mangsa adalah warga Belanda.

“Ia akan ditentukan oleh pihak yang berwajib,” jelasnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan