(Diterbitkan pada: Julai 21, 2014 17:08 MYT)
KUALA LUMPUR: Naluri ingin tahu mengenai nahas MH17 rupanya petanda bahawa dia kehilangan seorang rakan karib.
Itulah luahan N.G. Senthelnathan, rakan kepada Ahmad Hakimi Hanapi, pembantu juruterbang pesawat yang dikatakan telah ditembak jatuh di Ukraine.
Senthelnathan mengakui hanya mengetahui Hakimi bertugas sebagai juruterbang selepas melihat akaun Facebook milik sahabatnya itu beberapa tahun lalu.
N.G. Senthelnathan sebelum ini tidak begitu berminat untuk mengambil tahu secara mendalam berhubung tragedi yang berlaku di dalam negara termasuklah berita mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 empat bulan lalu.
Sebaliknya perasaan itu berbeza setelah bila mendapat tahu tragedi MH17.
Keresahan itu akhirnya terbukti.
Diibaratkan seperti adik beradik, Senthelnathan menyifatkan sahabatnya itu sebagai seorang pendiam dan sangat komited.
Dalam nada sedih, dia berkata, nahas MH17 benar-benar mengejutkannya.
Pemergian Ahmad Hakimi sangat menyedihkan apatah lagi mereka tidak pernah bertemu selepas tamat peperiksaan SPM.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan