Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Selasa, 22 Julai 2014

MH17: Rusia hargai pendirian neutral Malaysia

Julai 22, 2014
MH17: Rusia hargai pendirian neutral Malaysia
 
Rusia menghargai pendirian Malaysia yang bersikap neutral tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.
 
KUALA LUMPUR: Rusia menghargai pendirian Malaysia yang bersikap neutral tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Ini kerana Duta Rusia ke Malaysia, Lyudmila Vorobyeva berkata adalah tidak adil untuk menyalahkan sesiapa seperti sesetengah pihak lain tanpa sebarang bukti kukuh.

Dalam pada itu, Rusia sedia bekerjasama dengan apa cara yang sekalipun untuk membantu siasatan ke atas insiden MH17 terhempas di timur Ukraine.

Terbaru, Kementerian Pertahanan Rusia menemui bukti kehadiran sebuah pesawat juang Ukraine berada di ruang udara berhampiran laluan penerbangan MH17 sekaligus membuktikan negaranya tidak bersalah.

"Menurut bukti dan data kami, jet pejuang Ukraine didapati berada di lokasi berhampiran kira-kira 3-5 km daripada laluan penerbangan MH17. Namun tiada jawapan mengapa jet pejuang berada di situ walaupun pemimpin Ukraine menolak dakwaan mereka berada di masa dan lokasi itu." kata Vorobyeva dalam satu sidang media berhubung MH17 di kedutaan Rusia ibu negara.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas pertanyaan media mengenai mengenai sama ada Rusia mempunyai kaitan dengan perjanjian antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk, Alexander Borodai.
 
"Itu adalah hak Malaysia untuk menghubungi sesiapa sahaja yang boleh membantu menangani keadaan ini dan hubungan itu terbukti berhasil apabila pihak pemberontak menyerahkan 2 kotak hitam MH17 kepada pakar Malaysia." tambah Vorobyeva.

Pada masa sama, Vorobyeva mengulangi pendirian bahawa rusia tidak pernah membekalkan sebarang senjata udara kepada pihak pemberontak pro-Rusia.

"Pihak pemberontak tidak mempunyai sebarang sistem pertahanan udara yang boleh menembak pesawat apda ketinggian 10km. Mereka tidak mempunyai keupayaan ini dan Rusia tidak pernah membekalkan sistem sebegini kepada pemberontak ataupun sesiapa di kawasan itu. Ukraine sebaliknya mempunyai sistem BUK ini dan menurut data kami sistem berkenaan telah dikerahkan ke lokasi tersebut." jelas Vorobyeva.

Sementara itu, Vorobyeva turut menolak dakwaan Ukraine bahawa wujud bukti rakaman audio dan gambar mengaitkan Rusia sebagai dalang di sebalik MH17 sambil menyifatkannya sebagai bukti palsu.

Rusia juga mahu siasatan menyeluruh ke atas insiden MH17 dijalankan oleh pihak penyiasat antarabangsa dan bukannya Ukraine.


Resah: Sebaiknya begitulah selagi tiada bukti siapa yang punya angkara jangan menuding pihak-pihak mana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan