Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Isnin, 21 Julai 2014

Putin, pulangkan mayat anak kami - Rayu ibu

KUALA LUMPUR:
Seorang ibu yang sedang bersedih merayu kepada Presiden Rusia Vladimir Putin untuk mengembalikan mayat anak lelaki dan teman wanitanya yang terbunuh dalam nahas  pesawat Penerbangan Malaysia,MH17 Khamis lalu, lapor Associated Press.

Silene Fredriksz-Hoogzand warga Belanda, berkata beliau terkejut apabila mengetahui mayat anaknya Bryce Fredriksz teman wanitanya Daisy Oehlers bersama mangsa-mangsa lain dibiarkan terdampar di lokasi nahas selama beberapa hari.
 

mh17
Bryce Fredriksz (kanan) dan teman wanitanya Daisy Oehlers – Foto AP

"Saya bukanlah seorang ahli politik. Tetapi saya tahu bahawa Putin mampu melakukan sesuatu, "katanya kepada AP dalam satu temu bual telefon.

"Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan saya. Mayat mereka terbiar berbaring di sana selama tiga hari di bawah matahari terik. Ada anggota keluarga yang tidak sanggup melihat mayat anak atau ibu mereka dalam keadaan sebegitu," tambah beliau.

Bryce dan teman wanitanya adalah antara 298 penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas dipercayai ditembak jatuh kumpulan pemberontak Ukraine pro Rusia. 

Tekanan dari masyarakat dunia terus memuncak menuntut Putin menggunakan pengaruhnya memujuk kumpulan pemisah pro-Rusia untuk menyerahkan mayat-mayat mangsa yang tidak diumumkan dimanakah ia ditempatkan selain menggesa beliau membantu pasukan penyiasat antarabangsa mendapat laluan selamat untuk ke lokasi nahas di Grabove.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan