Admin Resah:
Menembak pesawat awam itu
sudah semestinya tindakan kejam lagi tidak berperikemanusiaan... hatta
mereka yang kejam akan pasti mencari jalan untuk menutup atau
menghapuskan bukti kekejaman mereka. Apatah lagi melihat lokasi MH17 ini
jatuh pun ianya terletak di kawasan puak pemisah pro-Rusia atau kawasan bergolak
politiknya.
Jika kita lihat di YouTube pesawat ini pun habis
lebur terbakar; sudah pasti banyak bukti telah jadi abu. Dua kemungkinan
ianya lebur memang tak sempat diselamatkan atau sengaja dibiarkan
terbakar. Kemudahan untuk pihak bomba memadam kebakaran pun amat tipis
sebab ianya terhempas di kawasan ladang yang terpencil. Malahan ada
laporan bangkai yang besar ingin dipindahkan oleh kumpulan pemisah agar
bukti yang boleh menuding angkara mereka dapat ditutup. Ianya benar atau
sekadar provokasi.
Di satu sudut yang lain Rusia pula menuduh ini kerja Ukraine, pergolakan politik antara Rusia & Ukraine
juga boleh menjadi penyebab sukar disiasat kesahihan ini kerja siapa.
Pakar dalam siasatan senjata peperangan sahaja yang boleh mengesan
peluru berpandu ini milik siapa asalnya. Itu pun jika bahan bukti atau
serpihan peluru berpandu ini masih ada. (Atau tiada serpihan peluru
berpandu jika ianya telah kena pada sasaran)
Akhirnya kita umat
manusia yang lemah memang akan menjadi makanan mereka yang kuat, hebat
& berkuasa. Tamadun manusia sering berulang & berulang. Kita
sekadar melihat satu kekejaman itu terus berlaku. Dunia sekadar dapat
simpati atau membantu dari jauh. Maka kehancuran sesuatu kaum itu akan
terus berlaku bagaikan peristiwa di Gaza kini. Lambat laun ianya sekadar
menjadi sejarah. Kita tahu akhirnya siapa kejam siapa dikejami tetapi
samalah kita terpaksa terima seadanya kekejaman & keegoan manusia
ini. Ianya amat terkutuk tak akan berakhirnya karma perundangan dunia
yang naif ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan