SEBUAH sistem
pelancar peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh
pesawat MH17 berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez,
Ukraine selepas beberapa jam nahas itu berlaku.
Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan
diselimut ketika gambar dirakam kira-kira lebih 10 kilometer dari lokasi
kejadian.
Peralatan menembak pesawat milik puak pemisah pro-Rusia itu didakwa sedang dilarikan ke Rusia pada Jumaat.
Penggempur udara, BUK M2 yang didakwa sedang dilarikan ke Rusia
selepas menembak jatuh MH17 di Torez yang terletak kira-kira 10
kilometer dari lokasi nahas.
Menurut laporan dailymail.co.uk,
ketika gambar dirakam, dua daripada empat peluru berpandunya telah
digunakan dan ia dipercayai menembak jatuh pesawat MH17.
Dalam nahas udara pada Khamis, seramai 298 penumpang dan anak kapal maut
apabila pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur
ditembak jatuh di Timur Ukraine.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.
Sementara itu, Pakar Pentagon
mendakwa, mustahil bagi pihak puak pemisah untuk melancarkan peluru
berpandu berkenaan jika tidak dibantu oleh tentera Rusia.
Dia juga menyifatkan tindakan itu sesuatu yang kejam kerana mengorbankan
orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan perbalahan tersebut.
Resah:
Belum ada pengesahan siasatan elok jangan menuding sesiapa ... kata PM kita.
Resah:
Belum ada pengesahan siasatan elok jangan menuding sesiapa ... kata PM kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan