Pagi tadi stesen radio tempatan
Hitz FM dan Era FM dihujani kritikan pedas rakyat Malaysia gara-gara
menemubual wanita pembuli jalanan, Kiki Kamaruddin.
Sebelum ini
video wanita tersebut menjadi bualan dan kecaman masyarakat terutamanya
pengguna media sosial kerana kebiadapan dan tindakan wanita tersebut
yang mengamuk, memaki hamun malah membawa pengunci stereng kereta untuk
mengetuk kereta lelaki tersebut yang juga warga emas.
Menurut laporan Harian Metro, pesara
kerajaan, Sim Siak Hong ( Uncle Sim ) , 68, warga emas yang menjadi
mangsa tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah
bersedia memaafkan wanita itu. Dia hanya membuat laporan polis berhubung
kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak
ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat
demikian.
Persoalannya, adakah wajar stesen radio
tempatan menemubual pembuli jalanan hanya kerana untuk memberi peluang
dia meminta maaf kepada rakyat Malaysia? Ramai yang mengecam tindakan
dua stesen radio itu dan berpendapat Uncle Sim patut diberi peluang
untuk ditemubual.
Ada pengguna laman sosial melemparkan
kata-kata kurang enak dan berkata tindakan mereka boleh menjadi ikutan
negatif kanak-kanak yang mungkin menganggap tindakan buli boleh
menyebabkan mereka popular dan berpeluang ditemubual di radio.
Berikut adalah kritikan pedas pengguna media sosial terhadap stesen radio berkenaan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan