Itu entri akaun Facebook yang dipapar oleh Elaine Teoh (gambar), kira-kira empat bulan lepas.
Hari ini wanita berusia 27 tahun itu disahkan sebagai antara 298 orang yang menaiki penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine, semalam.
Teoh yang lahir dan dibesarkan di Malaysia merupakan pelajar Melbourne University.
Tidak lama selepas berita itu disahkan oleh media Australia, Nine News menerusi Twitter, Laman Facebook milik Teoh dibanjiri dengan ucapan takziah.
Menurut catatan akaun Facebooknya, wanita itu dalam perjalanan pulang ke Melbourne selepas mengembara ke Portugal dan Belanda.
Sementara itu, bekas rakan sekolahnya di Subang Jaya yang enggan dikenali, berkata Teoh seorang yang ceria dan sentiasa menggembirakan siapa sahaja yang ada di sisinya.
"Beliau 'Si Jelita Yang Pintar' kerana beliau sentiasa cemerlang dalam apa juga yang dilakukan sejak zaman sekolah lagi," katanya.
Teman lelaki Teoh juga dipercayai menaiki pesawat itu.
Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal dan tiga bayi, terhempas di timur Ukraine, tidak jauh dari sempadan Rusia.
Pesawat milik Malaysia Airlines itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi tadi. – Bernama, 18 Julai, 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan