Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Rabu, 23 Julai 2014

Kiki didenda RM5,000, jalani khidmat sosial 240 jam

Siti Fairrah Asyikin
KUANTAN 22 Julai - Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin atau dikenali sebagai Kiki yang mengetuk sebuah kereta menggunakan pengunci stereng selepas bergesel dengan kenderaannya, Isnin lalu, didenda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 30 tahun itu hari ini mengaku bersalah dan insaf serta memohon maaf atas perbuatannya itu terhadap warga emas, Sim Siak Heong, 68.
Siti Fairrah sebelum itu dilihat menangis teresak-esak semasa mengemukakan rayuan bagi mengurangkan hukuman atas pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang sangat minimum. Saya faham penerimaan masyarakat atas perbuatan saya. Saya insaf dan mengaku salah malah saya telah meminta maaf kepada 'uncle' (pengadu) pada hari kejadian ketika sama-sama membuat laporan di Balai Trafik di sini.
"Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang. Hakikatnya, saya telah menerima hukuman atas perbuatan tersebut kerana kini hidup dalam keadaan trauma dan tertekan.
"Saya diekori hingga ke rumah, diugut rogol beramai-ramai, dicerca dan dimaki hamun di laman-laman sosial," katanya sambil menahan tangisan sementara orang ramai yang hadir di galeri awam turut menitiskan air mata.
Berdasarkan pertuduhan, Siti Fairrah didakwa dengan sengaja melakukan khianat terhadap sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu oleh Siak Heong dengan cara mengetuk menggunakan kunci stereng di bonet hadapan, bonet atas dan cermin kenderaan itu yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.
Kejadian didakwa berlaku di kawasan letak kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Sekilau di sini kira-kira pukul 1.10 petang, 14 Julai lalu.
Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak memarahi mangsa dan turut merampas kunci kereta serta pengunci stereng milik mangsa berikutan berlaku perlanggaran kecil antara mangsa dan tertuduh yang menaiki kereta jenis Peugeot.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat memandangkan perbuatan tersebut diakhiri dengan kekerasan iaitu merampas pengunci stereng dan mengetuk kenderaan mangsa.
"Sepatutnya kejadian tersebut diakhiri dengan perbincangan. Saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menghormati undang-undang dan tidak bertindak berdasarkan kemarahan. Hukuman yang menjurus kepada pencegahan," hujahnya.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Abidin turut menasihati Siti Fairrah serta kedua-dua ibu bapanya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut kerana kesannya sangat besar.
baca juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan