Kejadian
menyayat hati ini yang berlaku di CHINA merupakan detik-detik apabila
seorang suami mendapati isterinya yang disangka sedang menjalani
pembedahan selepas melahirkan anak mereka rupanya meninggal dunia dan
dibiarkan di atas meja bedah sendirian.
Liu Hsiung, 29, yang kehilangan Zhang
Chun, 27, mendakwa sebelum ini dimaklumkan oleh doktor bahawa wanita itu
mengalami keadaan kritikal selepas melahirkan anak.
“Saya berulang kali dimaklumkan isteri
saya berada dalam bilik bedah. Hanya selepas beberapa jam saya
memutuskan untuk masuk ke bilik berkenaan dan betapa terkejutnya saya
apabila mendapati mayat isteri saya terbaring di atas katil.
“Tiada doktor atau jururawat di situ,
hanya pencuci bangunan yang sedang duduk di situ sambil menghisap rokok
dan makan,’’ katanya.Menurut Lin, dia menjadi hilang akal
apabila menyaksikan mayat isterinya manakala pencuci itu pula sedang
makan. Susulan itu, Lin mengemukakan saman terhadap pihak hospital di
atas kecuaian berkenaan.
Sebab utama mereka membiarkan saya di
luar adalah supaya mereka boleh mencari alasan untuk menghapuskan semua
bukti yang ada. Saya mahu melihat semua dokumen, rekod perubatan dan
mendapatkan kenyataan daripada mereka,’’katanya.
Dalam pada itu, pihak hospital
memberitahu, isteri Lin mengalami komplikasi kerana bayi yang dilahirkan
besar dan mereka juga menolak pembedahan sebaliknya mahu melahirkan
bayi dengan cara normal,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan