Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Khamis, 7 Ogos 2014

Pencarian MH17 ditangguh kerana isu keselamatan: PM Belanda

Pencarian MH17 ditangguh kerana isu keselamatan: PM Belanda
Mark Rutte 
 
THE HAGUE: Pakar antarabangsa menangguhkan pencarian mayat di lokasi kemalangan MH17 Rabu ekoran isu keselamatan yang semakin meruncing di timur Ukraine, ujar Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

"Tidak masuk akal untuk meneruskan repatriasi dengan cara ini," kata Rutte di sidang media di The Hague.

Rutte berkata ketegangan yang meningkat antara Kiev -- yang menentang puak pemisah pro-Rusia di kawasan tersebut -- menyebabkan keadaan menjadi amat tidak selamat untuk meneruskan pencarian mayat mangsa.

"Australia dan Malaysia serta Organisasi Keselamatan dan Kerjasama bersama kami dalam isu ini," Rutte berkata.

"Kami telah lakukan apa yang terdaya buat masa ini," katanya.

Rutte turut mengumumkan sebuah pesawat membawa sebahagian besar barangan peribadi mangsa – termasuk album gambar, barang kemas, kamera, komputer riba, pasport dan anak patung – dijangka tiba di Belanda pada Khamis.

Sebanyak 298 penumpang dan anak kapal terbunuh apabila pesawat Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh kira-kira tiga minggu lalu.

Amerika Syarikat menuduh pihak pemberontak menembak jatuh pesawat malang tersebut menggunakan misil darat ke udara yang berkemungkinan dibekalkan pihak Rusia, namun Moscow dan puak pemberontak pula menyalahkan pihak tentera Ukraine.

Isnin lalu, pakar dari Malaysia buat kali pertama menyertai polis Belanda dan Australia melakukan pencarian mayat mangsa di lokasi kejadian.

Setakat ini, 228 keranda berisi mayat telah diterbangkan ke Belanda di mana proses mengenal pasti mayat mangsa dilakukan.

Siasatan terhadap kemalangan udara tersebut sering kali tertangguh akibat persengketaan di wilayah bergolak itu.

"Kami terpaksa menghentikan misi pada ketika ini, tetapi kami akan teruskan sebaik sahaja keadaan membenarkan," menurut Menteri Luar Belanda Frans Timmermans di laman Facebook-nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan