Selalunya perasaan bosan akan hadir apabila kita melakukan perkara yang sama berulang kali. Ia boleh dirasai dalam pekerjaan, perhubungan malah tak terkecuali dalam aktiviti seks juga. Bayangkan kalau anda dihadapkan dengan lokasi seks yang sama, posisi atau teknik yang tidak berubah atau pun gaya pemanasan yang sama selama hampir 15 tahun, sudah akan timbul perasaan jenuh timbul di hati bukan!
Sebaiknya jangan biarkan perasaan ini muncul dalam aktiviti ranjang anda. Pastikan anda membuat perubahan demi perubahan agar anda dan pasangan berasa teruja untuk melakukan hubungan intim. Dalam pada itu elakkan dari melakukan perkara berikut yang akan membuatkan acara ranjang anda membosankan.
1. Meminta izin
Jangan sekali-kali meminta keizinan daripada pasangan untuk berhubungan intim. Bunyi seperti kelakar tapi memang ada yang melakukan perkara ini. Sebagai suami atau isteri anda seharusnya telah mengetahui mood pasangan dengan hanya memerhati sikapnya. Malah anda boleh melihat keinginan pasangan daripada ekor mata pasangan dan sentuhannya. Bila pasangan menerima dan memberi respons terhadap sentuhan, itu tandanya pasangan telah sedia untuk melakukan yang lebih jauh.
2. Mudah dijangka
Perkara ini akan berlaku dalam perkahwinan yang lebihi usia lima tahun. Perkara-perkara yang dilakukan ketika aktiviti seks sudah dapat dijangka oleh pasangan. Apa yang akan anda lakukan sebelum seks, sentuhan yang bagaimana malah tekniknya sudah diduga oleh pasangan. Jika ini berlaku maka anda memang memerlukan perubahan dalam aktiviti seks anda. Anda perlu lakukan sesuatu yang baru agar hubungan intim kembali segar dan tidak dapat diteka lagi oleh pasangan anda. Berikan sentuhan dan teknik seks yang berbeza, mencari tempat selain ranjang adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk mencipta kelainan. Dalam hal ini apa yang penting anda perlu buangkan rasa mahu dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
3. Hubungan intim tanpa kemesraan
Sebahagian besar wanita akan bersetuju bahawa hubungan intim tanpa kemesraan adalah suatu hal yang menjemukan. Tiada seorang isteri pun yang mahu diperlukan sepertiini. Bayangkan sedang anda lena tidur, suami datang ‘menerjah’ tubuh anda. Anda ‘memberi’ dalam keadaan separuh sedar dan separuh rela. Seks seperti ini memang tidak memberi kenikmatan apatah lagi kepuasan sebaliknya mungkin kesakitan. Anda harus tahu walau bagaimana dinginpun pasangan tapi mereka tetap mahukan kepuasan yang disertai dengan keselesaanseperti yang ingin dirasakan oleh seorang lelaki. Jadilah pasangan yang dapat mewujudkan impiannya.
4. Lokasi yang sama
Hubungan intim yang dilakukan hanya di tempat tidur saja pasti membosankan. Tidak undang-undang yang menyatakan bahawa aktiviti ini perlu dilakukan di atas katil saja. Jadi, tidak salah sekiranya anda cuba melakukannya di lokasi-lokasi baru. Gunakan fantasi anda dan tentunya ia mesti bebas dari penglihatan orang lain.
5. Terlalu banyak cakap atau terlalu diam
Keduanya boleh membosankan pasangan. Terlalu banyak berbicara dalam berhubungan intim boleh mematikan mood pasangan malah membuatkan dirinya rimas. Begitu juga kalau terlalu diam, tanpa sepatah kata, pasangan mungkin tidak tahu respons anda. Justeru itu bersuaralah sekadar yang patut tanpa mengganggu aktiviti anda. Selain itu pilihlah kata-kata yang tepat kerana ia juga dapat membantu merangsang pasangan.
6. Tidak mahu mencuba sesuatu yang tidak pernah dialami
Bagi menghindari rasa bosan dalam hubungan seks, kenapa tidak mencuba sesuatu yang belum pernah alami selama ini. Misalnya mewujudkan apa yang menjadi fantasi anda selama ini ataupun menjadikan impian pasangan anda satu realiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan