Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Khamis, 24 Julai 2014

Militan Pro-Rusia mengaku menembak jatuh penerbangan MH17

Militan Pro-Rusia mengaku menembak jatuh penerbangan MH17
 
 
 
Mayat-mayat mangsa MH17 tiba di Belanda untuk proses pengecaman pada Rabu. -AFP PHOTO / JOHN THYS 
 
KUALA LUMPUR: “Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam.”

Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari Unit Kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu.

Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.

Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.

“Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit.” ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.

Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.

“Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.

Semua mangsa ialah orang awam. Beberapa beg pakaian mengesahkan jangkaan saya.” tambahnya.

Unit Oplot ini telah berada di lokasi nahas sejak tragedi itu berlaku.

Menurut portal Corriere della Sera, mereka bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka sahaja yang menembak jatuh pesawat terbabit serta tidak mempunyai senjata yang mampu mencapai ketinggian pesawat itu.

“Jenayah ini dilakukan oleh penjahat yang menerima arahan daripada kerajaan Kiev. Salah seorang pejuang mereka mungkin menembak jatuh MH17,” kata mereka.

Pengkuan ini dibuat selepas lima hari pemimpin puak pemisah pro-Rusia Igor Girkin memuat naik di laman sosial bahawa mereka terlibat dengan nahas terbabit dan mereka yang menembak jatuh pesawat malang itu.

Muat naiknya berbunyi: “Kami telah menembak jatuh sebuah AN-26, ia kini berada di sekitar ‘Progress’. Kami telah memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di ‘ruang udara kami’.  Ini video pengesahan ‘kejatuhan burung’ itu.”

Muat naik itu bagaimanapun dipadam setelah pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan sebuah pesawat komersial yang dinaiki orang awam.

Rabu, 23 Julai 2014

Sistem Pelancar Peluru Berpandu Tembak MH17 Berjaya Dirakam

SEBUAH sistem pelancar peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez, Ukraine selepas beberapa jam nahas itu berlaku.
Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan diselimut ketika gambar dirakam kira-kira lebih 10 kilometer dari lokasi kejadian.
Peralatan menembak pesawat milik puak pemisah pro-Rusia itu didakwa sedang dilarikan ke Rusia pada Jumaat.
A view of what is believed to be a BUK surface-to-air missile battery being driven along a path on July 17 in Torez, Ukraine
Penggempur udara, BUK M2 yang didakwa sedang dilarikan ke Rusia selepas menembak jatuh MH17 di Torez yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi nahas.
Menurut laporan dailymail.co.uk, ketika gambar dirakam, dua daripada empat peluru berpandunya telah digunakan dan ia dipercayai menembak jatuh pesawat MH17.
Dalam nahas udara pada Khamis, seramai 298 penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Timur Ukraine.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.
Sementara itu, Pakar Pentagon mendakwa, mustahil bagi pihak puak pemisah untuk melancarkan peluru berpandu berkenaan jika tidak dibantu oleh tentera Rusia.
Dia juga menyifatkan tindakan itu sesuatu yang kejam kerana mengorbankan orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan perbalahan tersebut.

Resah:

Belum ada pengesahan siasatan elok jangan menuding sesiapa ... kata PM kita.

Kiki tak terajang cina langgar kereta begini? Cari cina ini...!!!


Marah penjenayah atau benci Melayu? 
Bukan ke penjenayah Cina lagi jahat dari peragut ini???

IGP minta orang ramai bantu kenal pasti lelaki sepak remaja

21 JUL: Pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk tampil memberikan maklumat berkenaan kes seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang remaja lelaki lain yang klip video kejadian itu tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter beliau, kes tersebut dilaporkan berlaku pada tahun lalu dan pihak polis telahpun membuka kertas siasatan.

IGP kes lelaki sepak remaja

Namun demikian identiti pelaku yang memukul remaja berkenaan, yang dipercayai mencuri masih belum dikenal pasti dan bantuan orang ramai adalah diperlukan bagi mengesan lelaki tersebut.
Kenyataan Khalid melalui akaun Twitter beliau kemudiannya disiarkan pihak polis melalui laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Khalid mengambil tindakan ini setelah wujud desakan di laman media sosial yang mempertikaikan kes buli jalanan membabitkan seorang wanita dikenali sebagai “kes Kiki” sudah diselesaikan segera, namun lelaki yang memukul remaja dalam video di bawah ini masih bebas.- bnbbc.my

Siapa tahu siapa cina ini, alamat, tempat kerja/niaga dan handphone, sila tinggalkan dalam komen box.... ia tak akan disiarkan.
Kiki kena denda RM5000. Hakim Kamarudin melayu mudah lupa. Cina tipu part kereta boleh. Cina tipu part phone clone boleh. Sokong Israel boleh dan boleh pula sepak muka Melayu.
Bukan semua cina jahat tapi cina yang sepak muka budak tu memang bangsat...patutnya orang yang kat situ tolong la..panggil polis...biar polis buat keja..
 

KES KIKI: BAGAIMANA JIKA YANG TERHUKUM SEORANG CINA?




TINDAKAN TERHADAPNYA SECEPAT KILAT  TETAPI   PENANTIAN BERPULUH TAHUN UNTUK KIT SIANG

Siti Fairah Asyikin Kamaruddin yang dikenali sebagai Kiki telah dihukum denda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan kerana mengetuk sebuah kereta yang menggesal keretanya dengan menggunakan pengunci stereng.

Kebetulan hal ini berlaku antara Melayu dan bukan Melayu.Mangsa ialah warga emas Sim Siak Heong tetapi tidak ada perasaan perkauman dalam melihat klip video  kebengisan wanita ini yang tersebar luas di social media sebaliknya semua kaum marah kepada Kiki dan simpati kepada Sim.

Saya mengucapkan tahniah di atas kepantasan  pihak berkenaan membawa kes ini  ke mahkamah dengan hukuman yang setimpal dikenakan ke atas tertuduh tetapi saya terfikir bagaimanakah reaksi akhbar akhbar  Cina, media sosial Cina , parti parti perkauman Cina, NGO Cina  jika yang terhukum itu seorang Cina.Tidakkah mereka akan menganggap hukuman itu sebagai bersifat  perkauman kerana  melihatnya  sebagai suatu kes yang  kecil sahaja.

Hal ini tidak mustahil berbangkit jika sekiranya kita menimbangkan  kes  Beng Hock Setiausaha Politik kepada seorang Exco DAP yang telah disahkan oleh pihak perubatan sebagai membunuh diri dibangkitkan  oleh Penasihat DAP  Lim Kit Siang sebagai pembunuhan.

Lim Kit Siang telah bertaya kenapa tidak tangkap pembunuh Teoh dan telah mengecam Ketua Polis Negara yang mahu menyiasatnya kerana memberikan gambaran Teoh dibunuh.

Jika sekiranya tindakan terhadap kes kecil Kiki bagitu cepat maka berapa tahunkah lagi tindakan akan diambil  terhadap kes besar  Lim Kit Siang setelah siasatan dijalankan terhadapnya di bawah Akta Hasutan.

Adakah KPN akan membiarkan siasatan ini dijadikan isu politik yang berpanjangan sehingga menimbulkan ketakutan Peguam Negara untuk mengambil tindakan atau melewat-lewatkannya sehingga lupa dari  ingatan umum. Ini adalah imej popular  Peguam Negara.

http://zamkata.blogspot.com/2014/07/kes-kiki-bagaimana-jika-yang-terhukum.html

Semua pemimpin melayu akan menjadi bebal Dan terlebih berdiplomasi sewaktu berhadapan dengan yahudi kuning...

Assalamualaikum Tan Sri. Saya bersetuju dengan Tan Sri. Kalau kena pada orang Melayu, cepat sahaja kerajaan kita akan ambil tindakan. Tapi bila kena pada bukan Melayu, sampai kiamat pun belum tentu ada tindakan yang akan diambil.

ini blog yang nampak cacatnya perundangan kita.

http://theunspinners.blogspot.com/2014/07/kiki-didakwa-segera-kerana-melayu-tapi.html

Kiki Kamaruddin, Wanita Mengamuk Mohon Maaf secara Terbuka

      
kiki Mohon Maaf secara Terbuka

Selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial, Kiki Kamaruddin iaitu wanita yang didakwa mengamuk terhadap seorang lelaki warga emas akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka.

Permohonan maaf terhadap pesara berumur 67 tahun yang menjadi mangsa makiannya di khalayak ramai serta seluruh rakyat Malaysia itu dimuat naik di lamanFacebook rasmi, Kiki Kerja Kahwin.

“Please spread the words of my sincere apologies to all Malaysian about my actions. (Tolong sebarkan permohonan maaf ikhlas saya ini kepada semua rakyat Malaysia mengenai tindakan saya),” tulis Kiki.

kiki kamaruddin Mohon Maaf secara Terbuka                                                       Antara komen Kiki yang dimuat naik di Facebook Kiki Kerja Kahwin.

Selain itu Kiki berharap tindakan kasarnya termasuk mengugut warga emas tersebut dengan pengunci stereng tidak dikaitkan dengan syarikat perunding perkahwinan miliknya.

“That’s not my intention. That’s my personal mistakes and anger. Kerja Kahwin Sdn Bhd had nothing to do with my actions. I’m alone to be blame in this event. (Itu bukan niat saya. Ia adalah kesilapan peribadi dan kemarahan saya. Kerja Kahwin Sdn Bhd tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tindakan saya. Saya sahaja perlu dipersalahkan dalam hal ini),” katanya.

Kiki secara tiba-tiba menjadi terkenal apabila rakaman video berdurasi 2.33 minit yang memaparkan dia dikatakan sedang mengamuk terhadap seorang warga emas mula tersebar di Internet sejak semalam.

Dia dikatakan mengamuk selepas menyedari keretanya jenis Peugeot 208 dilanggar secara tidak sengaja oleh warga emas itu dari arah belakang. Wanita itu juga dikatakan mengetuk kereta lelaki berkenaan dengan menggunakan pengunci stereng serta mengeluarkan kata-kata kesat dan mendesaknya membayar ganti rugi sebanyak RM2,000.

kiki kamaruddin Mohon Maaf secara Terbuka                                              
Reaksi Kiki selepas menerima beberapa komen menghina terhadapnya.

Bagaimanapun menerusi status lain, Kiki berkata tindakannya tidak salah di sisi undang-undang kerana lelaki warga emas itu tidak membuat laporan polis berhubung kelakuan kasarnya.

“Uncle already forgive me. Uncle did not lodge any police report. I haven’t been interrogate by any police officer. (Pakcik sudah memaafkan saya. Pakcik tidak membuat apa-apa laporan polis. Saya tidak disol-siasat oleh mana-mana pegawai polis). Semunya tak ada apa-apa. Saya harap tindakan saya tidak salah di sisi undang-undang. Saya mohon maaf!” katanya. -Mstar

Kiki didenda RM5,000, jalani khidmat sosial 240 jam

Siti Fairrah Asyikin
KUANTAN 22 Julai - Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin atau dikenali sebagai Kiki yang mengetuk sebuah kereta menggunakan pengunci stereng selepas bergesel dengan kenderaannya, Isnin lalu, didenda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 30 tahun itu hari ini mengaku bersalah dan insaf serta memohon maaf atas perbuatannya itu terhadap warga emas, Sim Siak Heong, 68.
Siti Fairrah sebelum itu dilihat menangis teresak-esak semasa mengemukakan rayuan bagi mengurangkan hukuman atas pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang sangat minimum. Saya faham penerimaan masyarakat atas perbuatan saya. Saya insaf dan mengaku salah malah saya telah meminta maaf kepada 'uncle' (pengadu) pada hari kejadian ketika sama-sama membuat laporan di Balai Trafik di sini.
"Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang. Hakikatnya, saya telah menerima hukuman atas perbuatan tersebut kerana kini hidup dalam keadaan trauma dan tertekan.
"Saya diekori hingga ke rumah, diugut rogol beramai-ramai, dicerca dan dimaki hamun di laman-laman sosial," katanya sambil menahan tangisan sementara orang ramai yang hadir di galeri awam turut menitiskan air mata.
Berdasarkan pertuduhan, Siti Fairrah didakwa dengan sengaja melakukan khianat terhadap sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu oleh Siak Heong dengan cara mengetuk menggunakan kunci stereng di bonet hadapan, bonet atas dan cermin kenderaan itu yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.
Kejadian didakwa berlaku di kawasan letak kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Sekilau di sini kira-kira pukul 1.10 petang, 14 Julai lalu.
Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak memarahi mangsa dan turut merampas kunci kereta serta pengunci stereng milik mangsa berikutan berlaku perlanggaran kecil antara mangsa dan tertuduh yang menaiki kereta jenis Peugeot.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat memandangkan perbuatan tersebut diakhiri dengan kekerasan iaitu merampas pengunci stereng dan mengetuk kenderaan mangsa.
"Sepatutnya kejadian tersebut diakhiri dengan perbincangan. Saya mohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menghormati undang-undang dan tidak bertindak berdasarkan kemarahan. Hukuman yang menjurus kepada pencegahan," hujahnya.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Abidin turut menasihati Siti Fairrah serta kedua-dua ibu bapanya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut kerana kesannya sangat besar.
baca juga

[ARTIS] GEMPAR! Raja Farah Kemalangngan Teruk!!

on Tuesday, 22 July 2014

Punca sebenar dan gambar Raja Farah kemalangan teruk - Pelakon jelita yang mengambil keputusan bertudung pertengahan tahun 2011, Raja Farah difahamkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan kereta jenis Aveo miliknya selepas melanggar headwall sebuah culvert.

Menurut sumber, kemalangan teruk itu dikatakan berlaku disebabkan pemanduan tidak cermat Raja Farah di bahagian selekoh jalan sehingga terbabas dan tidak sempat membrek.

Bagaimanapun, Raja Farah hanya mengalami kecederaan di bahagian dada akibat terhentak.

Di laman Instagram peribadinya, beliau telah memuatnaik sekeping gambar sekitar situasi selepas kemalangan dan rawatan susulan yang dijalaninya. Di situ, ramai peminat meninggalkan komen nasihat agar aktres kesayangan mereka itu lebih berhati-hati dalam pemanduan. Ia turut disertakan kapsyen sederhana panjang berbunyi berikut :-

"Ya Allah..aku bersyukur kepada mu Ya Allah..Engkau telah melindungiku..Engkau telah memberiku peluang..aku bersyukur Ya Allah..

"Farah accident semalam..Alhamdulillah..keadaan Farah selamat dan baik..cuma dada terhentak..terima kasih kpd pihak Doktor dan semua staff yg terlibat dlm merawat Farah..Alhamdulillah.."

KIKI ada yang tak kena dalam kes ini.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DakwaanKikidihamunmengarut/Article/index_html

Dakwaan Kiki dihamun mengarut

Kuantan: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak keterlaluan dengan membuli seorang lelaki warga emas, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, minggu lalu, bukan disebabkan selepas dimaki oleh mangsa.

Sumber polis sebaliknya berkata, berdasarkan siasatan, Kiki dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang selepas lelaki itu tidak mahu keluar dari kereta, selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kecil.

"Keterangan lelaki berkenaan juga mengesahkan dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kiki pada masa kejadian," katanya.

Menurutnya, surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak ganas kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya sudah membaca surat berkenaan dan pada saya semua dakwaan itu adalah mengarut," katanya.

Semalam, satu kenyataan disebarkan di laman sosial bahawa Kiki bertindak keterlaluan selepas dimaki oleh lelaki berkenaan. Ia turut menyatakan bahawa lelaki berkenaan turut menghamburkan kata cacian berbaur perkauman.

Sementara itu, Kiki dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/21



Idanradzi Kct:
 Betul firasat aku memang beginilah sikap kaum cina... nak lepas diri saja... mungkin maklumat ini benar. Sebelum ini aku mengandaikan pasti ada perkataan yang Kiki ni sakit hati & mengamuk... bila aku google jumpa penjelasan ini. Polis kata Kiki marah sebab Apek ni biadap tak mahu keluar dari keretanya. Cer baca maklumat yang diuar-uarkan ini; benarkah atau sekadar rekaan. Hanya Kiki yang tahu. tapi saya melihat ini tak adil sebab PDRM tak pun denda si Apek ini. Dalam kes ini jelas si Apek tetap salah sebab kasi gesel kereta kesayangan Kiki.

Akmal Munshi:
Sehari yang lalu

APA YANG MENYEBABKAN KIKI TERLALU MARAH?
Berikut adalah perkongsian dari seorang sahabat.

Bukan ingin memarakkan api perkauman. Namun ia adalah pengajaran kepada semua agar kebenaran jangan cuba untuk ditenggelamkan. Seperti respon awal saya setelah melihat video Kiki mengamok.. Saya mempersoalkan apa yang dikatakan oleh Uncle Sim itu hingga menyebabkan Kiki terlalu marah? Akhirnya persoalan saya TERJAWAB melalui info berikut. MOHON VIRALKAN.

Salam bro, just nak info satu fakta. Adik aku polis kat kuantan jadi dia banyak dpt info pasal kes Kiki. Berikut adalah cerita dari kiki...

Di sini saya ingin menceritakan punca sebenar yang menyebabkan Kiki mengamuk ( tiada dalam rakaman video viral). Sebaik saja kereta Pegeot Kiki dilanggar oleh kereta Toyota Uncle Sim, beliau terus keluar dalam keadaan amat kecewa sebelum bergegas mendapatkan Uncle Sim yang masih berada di dalam kereta. Kira-kira seminit Kiki ketuk cermin pintu kereta tersebut bagi menyuruh uncle tersebut keluar.. Sebaliknya uncle tu hanya menurunkan cermin dan berkata

" Sikit saja ma, kasi cincai lorh".

Kiki yang tidak puas hati terus ketuk cermin terbabit kali ni agak kuat. Uncle tersebut kemudiannya mengeluarkan not RM50 dan paksa Kiki ambil.

Akibat berasa tercabar dengan tindakan uncle yang tak sporting/biadap tu, Kiki terus mengambil lock stereng dan mengetuk kereta terbabit. Sebenarnya tindakan Kiki bukanlah hendak mencederakan Uncle Sim. Sebaliknya mahu Uncle Sim keluar. Sebaik saja uncle keluar.. Kiki terus merampas kunci kenderaan Toyota terbabit. Uncle yang terkejut dengan tindakan Kiki tersebut telah terlepas cakap mengatakan

"Pukimak MELAYU sohai".

Dan berlakulah tindakan yang tidak terkawal bila Kiki mengamuk seperti yang dirakam dalam video viral. Hal yang sebenarnya Kiki mengamuk bukanlah sebab kenderaannya dilanggar sebaliknya tindakan celupar uncle tersebut menghina bangsa Melayu.

KINI saya baru faham mengapa Uncle Sim tidak mahu membuat laporan polis, kerana kelakuan dia mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman boleh dikenakan denda yg jauh lebih tinggi.

Aku sendiri berasa malu mentertawakan KIKI walhal apa yang dilakukan oleh beliau adalah kerana terlalu marah bangsa dia sendiri dicaci "pukimak". sekarang, Kiki akan dihadapkan ke mahkamah berdepan hukuman yang lebih tegas, sementara Uncle Sim terlepas begitu sahaja. Adilkah?

Baru-baru ini kecoh seorang perempuan cina yang ditangkap mencuri di Pasa Raya Giant, dan mengamuk seperti orang gila memukul pekerja-pekerja Melayu di situ dan merosakkan barangan di pasa raya berkenaan. Akan tetapi perempuan cina tersebut tidak dibawa ke mahkamah. kerana apa? Kerana Pasa Raya Giant adalah milik cina. jelas kita boleh lihat bagaimana bangsa cina ini menutup aib bangsanya sendiri. Sedangkan kita bersuka ria mentertawakan Kiki yg mempertahankan bangsanya sendiri. patutkah kita? Renung-renungkan.

Sebarkan jika anda rasa Kiki layak mendapat pembelaan sewajarnya.

Tolong sebarkan.



Avatar:
Itu hak dia nak marah...kereta dia yang kena...takkan lah kereta baru calar dia tak terasa!
Kita hendak dia jadi robot ke?

Idanradzi Kct:
Kiki didenda RM5,000, kerja komuniti 240 jam... lantaran laporan si Apek ini. Betapa naifnya bangsa kita...aniaya bangsa sendiri dengan undang-undang berat sebelah...malahan baik blogger atau kalangan ahli FB & medan sosial di dunia maya teruk amat kutuk Kiki ni di internet... cerita sahih memang kita tak tahu. Macamlah kita ni tak pernah marah atau mengamuk bila hak diri tercabar... apatah lagi jika benar si Apek ni caci kaum Melayu....

Anggota muatnaik status berbaur perkauman ditukar serta-merta - KPN

Julai 23, 2014
Anggota muatnaik status berbaur perkauman ditukar serta-merta - KPN

Anggota polis memuat naik status 'paria' diambil tindakan tukar serta merta - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya memaklumkan seorang anggota polis yang memuat naik status 'paria' telah diambil tindakan tukar serta merta.

Khalid juga memaklumkan, seorang wanita yang memuatnaik status menghina agama, akan turut disiasat.

Sebelum ini, seorang anggota polis dikatakan memberi komen di laman sosial Facebook terhadap isu kuil yang disifatkan menyinggung orang India dengan panggilan 'paria'.

Sementara itu, dalam kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM), Khalid memaklumkan tindakan membuat, mewujud, berkongsi dan memanjangkan maklumat-maklumat yang berbentuk fitnah serta berupaya memarakkan sensitiviti perkauman dan keagamaan, dilihat semakin menjadi-jadi di media sosial.

"Terkini ialah sebaran maklumat berniat jahat yang cuba mencabar kredibiliti kerajaan dan memperlekehkan tindakan PDRM dengan membandingkan bentuk tindakan yang diambil ke atas kes-kes yang melibatkan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin atau Kiki yang terlibat dalam kes buli jalan raya, Muhammad Zahier Afiq Zarol Nizam yang dipukul lelaki Cina kerana terlibat dalam kes cubaan ragut dan Alvin Jye Lee kerana isu berbuka puasa dengan bak kut teh.

"Apa yang cuba dibayangkan ialah kerajaan dan PDRM bersikap mementingkan kaum tertentu," jelasnya.

Ujar Khalid, pihaknya ingin menegaskan bahawa tindakan yang diambil ke atas setiap siasatan adalah berbeza antara satu dengan yang lain dan bergantung kepada berbagai aspek siasatan termasuklah dari aspek teknikal yang memakan masa.

"Dalam kes Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, siasatan dapat dijalankan dengan cepat kerana kerjasama diberikan dengan menyerah diri kepada polis dan mengaku kesalahannya.

"Sementara dalam kes Muhammad Zahier Afiq Zarol Nizam, lelaki yang dirakam sedang menendangnya masih belum tampil ke hadapan untuk membantu siasatan polis," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, PDRM turut meminta mana-mana anggota masyarakat yang mempunyai maklumat lanjut berhubung insiden tersebut untuk menghubungi pihaknya bagi mempercepatkan proses siasatan.

Tambahnya, dalam kes Alvin Tan Jye Lee, siasatan polis telah selesai dan kes ini sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Jelasnya, PDRM menjalankan tugas dan tanggungjawabnya berlandaskan prosedur serta undang-undang dan bukannya secara selektif atau atas kepentingan mana-mana kaum atau agama

"Polis ingin menasihati masyarakat agar berhati-hati dan berhemah dalam menggunakan media sosial untuk tujuan berinteraksi dan berkomunikasi.

"Pengguna harus bijak menilai setiap maklumat yang diterima dan tidak ghairah untuk berkongsinya dengan pihak ketiga kerana isu-isu yang sensitif berupaya memecah belahkan perpaduan kaum, menjejaskan ketenteraman awam dan mengganggu gugat keselamatan negara," katanya.

Tegas Khalid, tindakan menyebar maklumat palsu boleh diambil di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan jumlah denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Sementara bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

MH17: Kalau tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar - Mohd Afif

MH17: Kalau tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar - Mohd Afif
 

 
 
Pelajar-pelajar Taylor's University, Subang Jaya membaca Surah Yasin pada majlis tahlil untuk Muhammad 
 
Afif Tambi di Surau Al-Bukhary, Subang Jaya. -- fotoBERNAMA 
 
 
KUALA LUMPUR: "Kalau kita tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar," itulah kata terakhir Mohd Afif Tambi Jiee, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 sebelum meninggalkan rumah sewanya di Petaling Jaya untuk bercuti bersama keluarga di Kazakhstan.

Rakan serumahnya Khairil Azwan, 21, berkata beliau tidak menyangka itu adalah ungkapan terakhir Afif, 19, selepas peperiksaan akhir pengajian asasi di Taylor's University.

"Yang saya ingat sekali bila kali terakhir jumpa, dia nak keluar rumah dan kemas barang macam nak pergi lama padahal cuti asasi kejap sahaja dan bila saya tanya kenapa kemas banyak barang, dia diam saja," katanya kepada pemberita selapas majlis bacaan tahlil anjuran Taylor's University di sini pada Isnin.

Khairil berkata Afif seorang kawan yang baik dan banyak memberi nasihat kepadanya.

"Dia banyak nasihat saya tentang dunia dan akhirat, cara pemikirannya juga sangat matang, jadi dia bukan jenis kawan yang biasa, Afif seorang kawan yang sukar dicari," katanya dengan sebak.

Afif, anak sulung daripada empat beradik, menamatkan pengajian asasinya dalam bidang arkitek di universiti swasta itu dan beliau sepatutnya memulakan pengajian ijazah pertamanya pada Ogos ini.

Sementara itu, seorang lagi kawan Afif, Nadine Saedah Nasaruddin, 19, terkejut mendengar tragedi itu yang telah mengorbankan rakan sekelasnya dan amat sukar baginya menerima pemergian kawan yang dianggap sebagai seorang yang sangat periang.

"Beliau mempunyai penampilan yang menawan, dia pelawak dalam kumpulan kami, dia buat semua orang ketawa sepanjang masa, jika anda bersedih, dialah yang akan menceriakan anda dan dia selalu berfikiran positif.

"Saya akan merindui teks rambangnya, saya kehilangan seseorang yang sangat rapat walaupun saya mengenali beliau hanya setahun tetapi saya rasa seperti telah mengenalinya bertahun-tahun," katanya.

Dalam nahas itu, Mohd Afif bersama ayahnya Tambi Jiee, 49, ibunya, Ariza Ghazalee, 46, dan tiga lagi adik beliau - Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Mohd Afruz, 13, dalam perjalanan balik dari Kazakhstan.

Bapanya bekerja dengan syarikat Shell di negara itu sejak tiga tahun lepas dan baru mendapat kebenaran untuk bertugas di Kuala Lumpur.

MH17: Ke Amsterdam untuk penuhi hajat mangsa, luah bapa mangsa nahas

Julai 23, 2014
MH17: Ke Amsterdam untuk penuhi hajat mangsa, luah bapa mangsa nahas

 
 MH17: Keluarga Md Ali Md Salim akan ke Amsterdam 
 
PUTRAJAYA: Keluarga Md Ali Md Salim, seorang daripada penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang nahas di Ukraine, akan ke Amsterdam, Belanda secepat mungkin selepas mendapat tawaran dari MAS untuk melihat jenazah di sana.

Bapa Md Ali, Md Salim Sarmo, 65, berkata beliau akan ke sana bersama isteri, Junaidah Basiran, 62; dua anaknya Mohd Zaki, 38; dan Noryasimah, 23; serta seorang rakan baik mangsa, Mohamad Azuwa Mohamed, 25, selepas segala urusan selesai.

Beliau berkata mereka sekeluarga bersetuju untuk ke sana juga sebagai memenuhi hajat arwah sebelum ini yang ingin membawa beliau dan isteri melancong ke Amsterdam bagi melihat tempatnya belajar.

"Kami sekeluarga sudah tidak memikirkan untuk menyambut hari raya di kampung halaman sendiri, yang penting hajat arwah dapat ditunaikan.

"Kami akan menguruskan urusan pasport secepat mungkin. Kemungkinan kami ke sana sebelum raya," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat dari pihak MAS di Hotel Marriot di sini hari ini.

Mengenai taklimat tersebut, Md Salim berkata pihak MAS menawarkan empat wakil dari setiap penumpang MH17 untuk ke Amsterdam bagi melihat jenazah mangsa buat kali terakhir sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

"Setiba jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) anggota keluarga diberi pilihan untuk membawa jenazah terus ke tanah perkuburan atau pulang ke rumah untuk saudara mara serta kenalan memberi penghormatan terakhir.

"Dan kami sekeluarga membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke rumah kami di Muar, Johor terlebih dahulu sebelum dikebumikan," katanya.

Md Ali anak ke keempat dari lapan adik beradik mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Development Neuropsycho Patology di Erasmus Universiti Rotterdam, Belanda.

Beliau berada dalam Penerbangan MH17 itu, yang terhempas semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di Donetsk, Timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru.

Teks penuh Ucapan Pembentangan Usul mengenai tragedi malang MH17


23/07/2014 11:13am

Pembentangan Usul Mengenai Tragedi Malang Yang Menimpa Pesawat MAS, MH17 Pada 17 Julai 2014, Di Bawah Peraturan 27(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat
Tuan Yang Dipertua,

1. Kira-kira jam 11 malam, pada hari Khamis 17 Julai 2014, bersamaan 19 Ramadan 1435 Hijrah, satu tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan, apabila saya menerima panggilan daripada Pengerusi Malaysian Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof, berkaitan MH17.

2. Ternyata, belum pun reda tragedi MH370, kini peristiwa tragik MH17 berlaku tanpa diundang.

3. Bahawa, atas ketentuan Ilahi jua, satu peristiwa tragik telah berlaku. Dunia secara umum dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diberitakan terhempas.

4. Dalam tempoh kurang 2 jam, saya telah tiba di bilik operasi MAS KLIA, bersama beberapa orang Menteri. Kami diberi taklimat daripada pihak pengurusan MAS tentang apa yang berlaku. Setelah itu, tanpa berlengah, saya tidak putus-putus menghubungi dan dihubungi oleh beberapa pemimpin dunia antaranya Presiden Obama dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Mark Rutte dari negara Belanda dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko tentang musibah yang terjadi.

5. Selepas itu, lebih kurang pukul 2 pagi, saya telah membuat keputusan segera untuk menghantar pasukan khas ke kawasan bencana tersebut.

6. Akhirnya, sekitar jam 5 pagi, saya telah mengadakan sidang akhbar khas, untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia, tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku pada ketika itu.

7. Untuk makluman dewan yang mulia ini, penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 12.15 tengahari waktu tempatan, dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat itu membawa sejumlah 298 orang, yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Seramai 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi.

8. Pihak Malaysian Airlines turut mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu tempatan, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Pernyataan Takziah dan Belasungkawa
Tuan Yang Dipertua,

9. Justeru, bagi mewakili pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan perasaan amat dukacita, rasa sangat sedih dan kepiluan yang amat sangat terhadap tragedi yang menimpa penumpang-penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17.

10. Lanjutan itu, ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang sangat mendalam juga, terutama kepada kepada seluruh anggota keluarga, rakan taulan dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Adalah diharapkan semoga mereka semua terus cekal dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat lagi mencabar ini.

11. Dalam hal ini, kita juga telah memutuskan pada 18 hingga 21 Julai 2014 lalu, Kerajaan telah mengisytiharkan panji-panji negara yakni jalur gemilang, dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.

12. Kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Ummul Kitab Al-fatihah dan kepada yang beragama lain, kita bertafakur sejenak.

Fakta-Fakta Mustahak
Tuan Yang Dipertua,

13. Beberapa fakta penting yang perlu diperincikan dalam dewan yang mulia ini.

14. Fakta pertama: Jumlah mangsa yang terkorban. Bagi makluman semua, Malaysia Airlines telah menyenaraikan kewarganegaraan penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang terlibat dengan insiden ini. Senarai kemaskini pada 18 Julai 2014 berdasarkan pecahan warganegara yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Belanda- 192 orang
Malaysia- 43 orang (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)
Australia- 27 orang
Indonesia- 12 orang (termasuk seorang bayi)
United Kingdom- 10 orang (termasuk 1 dwi-kerakyatan UK/Afrika selatan)
Jerman- 4 orang
Belgium- 4 orang
Filipina- 3 orang
Amerika- 1 orang (dwi kerakyatan Amerika/Belanda)
Kanada- 1 orang
New Zealand- 1 orang

Ini menjadikan kesemua mangsa yang terkorban berjumlah 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Ini termasuk 83 orang kanak-kanak dan 3 bayi yang tidak berdosa.
Tuan Yang Dipertua,

15. Fakta kedua: Laluan Penerbangan MAS diperakui selamat. Berkaitan laluan penerbangan yang digunakan oleh MAS pula, perlu saya jelaskan, bahawa laluan penerbangan yang direntasi pesawat MH17 ini merupakan laluan yang diperakui selamat dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organization atau Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO, serta negara Ukraine yang ruang udaranya turut dijadikan laluan penerbangan. Tambahan lagi, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau IATA juga telah menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu adalah laluan udara yang selamat.

16. Sebagai contoh, lima belas daripada 16 syarikat penerbangan dalam Persatuan Penerbangan Asia Pasifik turut menggunakan laluan ini untuk ke Ukraine. Syarikat penerbangan Eropah juga menggunakan laluan sama dan merentasi ruang udara yang sama. Malah, beberapa jam sebelum nahas, beberapa pesawat penumpang syarikat penerbangan dari beberapa negara Asia turut menggunakan laluan yang sama.

17. Untuk makluman juga, menurut Wall Street Journal, yang memetik laporan dari Eurocontrol, terdapat 400 penerbangan komersial, termasuk 150 penerbangan antarabangsa dilaporkan merentasi ruang udara Timur Ukraine setiap hari. Malah, 2 hari sebelum berlakunya tragedi ini, sebanyak 75 penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan yang berbeza turut menggunakan laluan yang sama, sepertimana laluan yang digunakan oleh Pesawat MH17. Lagi pula, ketika pada hari kejadian itu juga, juruterbang Pesawat MH17 tidak menerima sebarang arahan untuk menukar laluan penerbangan.

18. Fakta ketiga: Fizikal dan Teknikal Pesawat MAS berkeadaan baik. Berkait soal keadaan fizikal serta teknikal pesawat pula, pada awal pagi 18 Julai 2014 lalu, MAS telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa pesawat MH17 berada dalam keadaan baik. MAS turut mengesahkan semua sistem pesawat berfungsi seperti biasa, terutamanya Aircraft Communications Addressing And Reporting System (ACARS) dan transponder pesawat.

19. Fakta keempat: Undang-Undang Antarabangsa. Tindakan menembak jatuh pesawat ini, bukan sahaja perbuatan yang sangat zalim, malah bertentangan serta melanggar prinsip sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa melalui Convention on International Civil Aviation atau lebih dikenali sebagai Chicago Convention dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB dalam Resolusi 1067 (1996).

20. Dalam hal ini, PBB telah sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian di mana pesawat MH17 terhempas di Ukraine. Ia juga mendesak agar semua kegiatan ketenteraan, termasuk oleh kumpulan bersenjata, dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan terbabit dengan insiden berkenaan, bagi membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat.

21. Sehubungan itu, saya juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam dan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak, berlandaskan serta selaras dengan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam hal keadaan sebegini.
Tuntutan dan Gesaan Malaysia

Tuan Yang Dipertua,

22. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 17 Julai 2014, iaitu beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Timur Ukraine.

23. Jika benar dakwaan tersebut berlaku, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, biadap dan bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang MH17.

24. Namun demikian, buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diperolehi.

25. Saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, telah dikuasai serta dikawal oleh kumpulan pemisah. Namun demikian, saya merasa agak marah dan kecewa disebabkan oleh dua perkara iaitu:

Perkara pertama: Apabila saya dimaklumkan bahawa mereka tidak menghormati kawasan tragedi kemalangan itu sebagai kawasan larangan serta tidak mengikut atau mematuhi piawai amalan antarabangsa untuk mempastikan bahan-bahan bukti tidak hilang dan tidak tercemar.

Perkara kedua: Kelewatan dalam mengendalikan tragedi itu, yang menyebabkan kegagalan memberi penghormatan dan menjaga maruah mayat-mayat mangsa yang sepatutnya mereka terima.

26. Di samping itu juga, Malaysia menggesa ICAO, selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia, untuk mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain.

27. Tambahan pula, perbuatan menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini, suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas.

Tuan Yang Dipertua,

28. Seperti yang dinyatakan dalam Annex 13, Konvensyen ICAO, Kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang membawa kepada berlakunya nahas itu. Laporan kemaskini siasatan perlu diberikan kepada keluarga terdekat sepertimana tertakluk di dalam garis panduan ICAO.

29. Semestinya, Malaysia akan menawarkan sokongan penuh tidak berbelah bahagi untuk terlibat sama dalam siasatan ini. Untuk makluman, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Dato’ Sri Anifah Aman antara yang telahpun berada di Kiev, Ukraine.

30. Oleh yang demikian, Malaysia juga mengalu-alukan gesaan untuk siasatan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu, dan mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan. Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan.

31. Berkait dengan itu, pada jumaat lalu, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa satu pasukan khas sejumlah 133 orang, terdiri daripada pasukan SMART, pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana. Satu Pasukan Penyiasatan Khas juga terdiri daripada wakil dari Malaysia, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat telah dibentuk.

32. Kepada ahli keluarga dan waris mangsa nahas pula, MAS telah pun menghantar seramai 40 kakitangannya ke Amsterdam untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.

33. Selanjutnya, saya juga telah menerima banyak panggilan daripada pemimpin-pemimpin dunia yang memberi sokongan dan simpati serta berjanji akan menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk yang terdaya. Tentunya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan mereka dan masyarakat dunia kepada Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

Kejayaan Tiga Persetujuan

34. Ketahuilah, secara prinsipnya apa telah dilakukan ke atas mayat mangsa adalah perbuatan yang salah, namun, setidak-tidaknya hasil perundingan dengan ketua kumpulan pemisah, kita berjaya mengurangkan kerosakan yang lebih besar.

35. Lantas, tidak semua tindakan perlu kita hebahkan. Dengan izin, “sometimes we must work quitely in the service of a better outcome” yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu.

36. Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku.

37. Dalam hal ini, saya telah berunding dengan Alexander Borodai, iaitu Ketua Pemisah Pro-Rusia, kerana kawasan berkenaan dikuasai oleh mereka. Hasil rundingan tersebut telah berjaya mencapai tiga persetujuan iaitu:

i) Pertama: Kesemua mayat mangsa MH17 yang ditemui, yang dianggarkan berjumlah 282, telah dibawa dari Torev ke bandar Kharkiv di Ukraine dengan menaiki keretapi, sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia pada jam 1 pagi, hari Selasa 22 Julai 2014 dan telah sampai pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan. Selepas kerja-kerja forensik yang akan dilakukan di Amsterdam, kesemua mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanahair dengan seberapa segera. Saya lakukan perkara-perkara ini dan akan berusaha sedaya mungkin, sebab saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, seboleh-bolehnya menjelang syawal ini, semua mayat mangsa dapat disemadikan dengan selamat. Barulah damai dan tenteram hati-hati pihak keluarga korban tragedi.

ii) Kedua: Dua kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, pada pukul 9 malam, hari Isnin 21 Julai 2014, waktu Ukraine, untuk dijadikan hak milik Malaysia. Tanpanya, agak sukar untuk kita meneruskan siasatan. Kotak hitam tersebut telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang diketuai oleh negara Belanda dan akan dihantar ke London untuk siasatan lanjut.

iii) Ketiga: Semua anggota penyiasat bebas antarabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas untuk melakukan siasatan komprehensif terhadap tragedi MH17. Namun begitu, perkara tersebut belum lagi menjadi kenyataan sepenuhnya.

Solidariti dan Perpaduan

Tuan Yang Dipertua,

38. Hakikatnya, inilah takwim yang sungguh bertragis bagi kita. Meskipun begitu, pada saat dan detik-detik sukar lagi amat menduga di bulan Ramadan inilah kita semestinya memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi semuanya ini. Insya Allah.

39. Tiada kata-kata yang dapat melukiskan kesedihan. Tiada umpama yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi. Maka itu, demi menghadapi waktu-waktu sukar ini, tidak kira apa latar belakang politik dan agama, kita sewajibnya bersatu hati sebagai satu negara, 1Malaysia.

40. Sehubungan itu, janganlah membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mangsa. Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di sosial media menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih.

41. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pembangkang dan Ahli Yang Berhormat Gelang Patah serta ketua-ketua parti lain, kerana tampil memberi kenyataan yang menyifatkan tragedi MH17, seumpama pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhnya mestilah dibawa ke muka pengadilan.

42. Meskipun begitu, dalam masa kita masih diselubungi perasaan dukacita dan kesedihan yang amat sangat, kita sesekali tidak pernah lupa tentang nasib buruk yang menimpa saudara seakidah kita rakyat Palestin di bumi Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa, akibat kekejaman serta kezaliman. Oleh itu, kita mendesak supaya gencatan senjata dilakukan serta merta.

Penutup

Tuan Yang Dipertua,

43. Jelasnya, walaupun banyak ikhtiar yang telah kita lakukan, namun masih ada lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun masih getir dan mencabar serta menempuh pelbagai rintangan, kita tidak sekali-kali akan berhenti separuh jalan.

44. Lantaran itu, kita menggesa penyiasatan mestilah dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca-punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang inginkan jawapan segera seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan persenjataan, apa motif mereka sebenarnya?

45. Lanjutan, adakah ia ditembak secara terancang, dengan niat menjatuhkan pesawat komersial atau kesilapan yang tidak disengajakan? Pasti semuanya ini, perlukan bukti yang jelas dan benar-benar sahih.

46. Walau apa pun yang dilakukan, ini tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Bayangkan bagaimana anak yang berusia setahun membesar tanpa kasih sayang ayahnya iaitu Ahmad Hakimi Hanapi, seorang pembantu juruterbang, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi ini. Tambah memilukan, ibunya pula telah kehilangan suami.

47. Bagaimana pula nasib dan masa depan Amarpal Singh, alangkah gundah hatinya sebagai seorang pelajar perubatan, di mana kos pengajian selama ini, telah ditanggung oleh ayahnya yang menjadi mangsa tragedi ini?

48. Cuba fikirkan betapa leburnya hati seorang nenek, Jamillah Noriah Abang Anuar, dari Kuching, Sarawak yang kehilangan 6 ahli keluarga tersayangnya.

49. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Secara peribadi, saya merasai apa yang mereka alami apabila nenek tiri saya sendiri merupakan salah seorang daripada mangsa tersebut.

50. Berkait insiden itu juga, tambah memilukan, dunia telah kehilangan sekumpulan pakar saintis yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan AIDS dan HIV, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa di Australia.

51. Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah yang tidak dapat saya utarakan di sini. Sebagai contoh, negara Belanda telah kehilangan sejumlah 192 rakyatnya dalam tragedi MH17. Jumlah ini sangat besar berdasarkan nisbah peratusan penduduk negaranya.

52. Sebab itu, saya berpendirian bahawa pergolakan geo-politik ini tidak menguntungkan sesiapa. Ini hanya menyebabkan manusia semakin menderita apabila kehilangan orang tersayang dan dunia pula kehilangan insan-insan berwibawa.

53. Justeru, kepada keluarga mangsa tragedi MH17, usahlah merasa bimbang, kerana selagi jawapan belum ketemu, selagi itulah kita tidak berhenti mencari kebenarannya. Sesukar dan sepayah mana pun, keadilan yang dituntut, pasti akan kita kembalikan kepada keluarga mangsa.

Tuan Yang Dipertua,

54. Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan. Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung.

55. Atas segalanya, sempena keberkatan dan hari-hari akhir ramadan al-mubarak ini, banyakkanlah berdoa dan berharap agar Allah SWT memberi bantuan serta pertolongan, dalam ikhtiar-ikhtiar kita mencari penyelesaian. Mengambil iktibar mafhum pengertian surah Al-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah menanti yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Dalam segala kudrat manusia, kepada Allah kita membuat segala penyerahan dan mengembalikan segala urusan.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.

MH17: Najib guna ‘diplomasi rahsia’ capai persetujuan negara lain tak mampu lakukan.

najib razak office

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan “diplomasi rahsia” dengan pemberontak pro-Rusia untuk mencapai satu persetujuan bagi mendapatkan kembali mayat mangsa dan kotak hitam dari lokasi pesawat MH17 terhempas, lapor Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.
MH17: Ketua puak pemisah Ukraine Alexander Borodai semasa memulangkan semula kotak hitam dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 kepada Kolonel Mohamed Sakri (kanan) hari ini. – Gambar Reuters
MH17: Ketua puak pemisah Ukraine Alexander Borodai semasa memulangkan semula kotak hitam dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 kepada Kolonel Mohamed Sakri (kanan) hari ini. – Gambar Reuters

Sementara pemimpin negara lain mencemuh puak pemisah mendakwa mereka bertanggungjawab atas insiden itu Khamis lepas, Najib “berhati-hati menolak” dan tidak turut sama menyalahkan mereka, katanya.

Sebaliknya, kata SMH, Najib berunding dengan ketua pemberontak Alexander Borodai mencapai satu persepakatan “yang tidak mampu dicapai oleh negara yang lebih berkuasa, termasuk Rusia.”

Di bawah perjanjian itu, kotak hitam dari pesawat MAS itu diserahkan kepada pegawai Malaysia hari ini selepas mesyuarat selama dua jam antara rombongan dari Malaysia dengan Borodai.

Kotak hitam itu boleh membekalkan maklumat penting saat akhir MH7 sebelum ia ditembak di timur Ukraine, kawasan yang dikuasai pihak pemberontak.

Najib juga berkata malam tadi, mayat 282 penumpang MH17 akan diterbangkan ke Amsterdam bersama enam anggota pasukan Malaysia menggunakan pesawat Belanda Hercules C130 untuk proses pengecaman.
SMH melaporkan, Najib dikritik kerana tidak menyalahkan puak pemisah, dan kemarahan meningkat terhadap cara pengurusan mayat penumpang yang 43 daripadanya adalah warga Malaysia.

Mayat penumpang dilaporkan sudah mula mereput dan pekerja krew keselamatan bekerja di bawah pemerhatian penuh kumpulan pemberontak.

Namun, tanpa diketahui, Najib berunding dengan Borodai, yang dilaporkan berkata hanya akan menyerahkan kotak hitam itu dan mayat kepada Malaysia.

Beberapa menteri dari negara ini termasuk Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berada di Kiev untuk berunding, membolehkan pasukan penyiasat memasuki kawasan nahas.

“Ada ketikanya saya ingin menyuarakan kemarahan sama seperti dirasai rakyat Malaysia. Saya merasai perkara itu, namun kita perlu bekerja dengan senyap untuk memberikan keputusan yang lebih baik.

“Hati saya dekat dengan mereka yang kehilangan anggota keluarga mereka,” katanya, dan menambah, persetujuan yang dicapai hari ini akan memberikan laluan untuk penyelesaian isu ini.

Beliau berkata ketika sidang media khas awal hari ini, perjanjian itu dibuat dengan niat yang baik dan puak pemisah juga memberikan kerjasama penuh mereka.

Najib berikrar akan membawa pulang mayat warga Malaysia minggu ini, penghujung bulan Ramadan sebelum menjelangnya Aidilfitri.

Ekoran insiden pesawat MH17, sejumlah 537 nyawa hilang dalam tragedi nahas udara dialami Malaysia termasuk kehilangan pesawat MH370 yang berlaku kurang lima bulan lalu.

Terkini!!! Pesawat TransAsia Pula Terhempas, 51 Dikhuatiri Maut

Seramai 51 dikhuatiri terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang TransAsia Airways terhempas pada Rabu ketika membuat pendaratan cemas di Pulau Penghu di Taiwan, menurut laporan agensi berita Taiwan.
Agensi berita CNA berkata, pesawat enjin berkembar turboprip ATR 72 itu terhempas di luar lapangan terbang Magong pada kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan. 

Ia berkata, pesawat GE 222 berlepas dari Kaohsiung, bandar kedua terbesar Taiwan pada pukul 5 petang waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Magong, 35 minit kemudian. Magong terletak di Pulau Penghu di Taiwan. ~mstar
.

TERKINI ! MAKLUMAT SAHIH YANG DINANTI-NANTIKAN TENTANG #MH17 !!

Tuesday, July 22, 2014

1. Hari ini kita mendapat maklumat yang sangat berharga dan boleh dipercayai tentang apa yang sebenarnya berlaku di ground zero berhampiran bandar Torez di Donetsk, lokasi pesawat MH17 jatuh terhempas.



2. Maklumat berharga ini bukan daripada CNN, BBC, FoxNews, Moscow Daily, The Guardian, The Telegarph atau mana-mana media Barat yang terkenal di dunia ini. Dan bukan juga daripada President Barrack Obama atau President Vladimir Putin.

3. Tetapi maklumat ini datangnya daripada DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

4. Setelah rakyat Malaysia dan seluruh dunia dimomokkan dengan pelbagai laporan berita media Barat tentang apa yang berlaku di timur Ukraine, akhirnya kita tahu bahawa sebahagian besar daripada laporan berita tersebut tiada kredibilitinya dan ditokok tambah untuk menyedapkan hati paymaster mereka.

5. Hari ini, Najib Razak telah berjaya menutup mulut ramai pengkritik beliau apabila beliau membawa berita yang dinanti-nantikan tentang MH17.

6. Perdana Menteri berkata :

  . Baki 282 mayat yang ketika ini berada di Torez, akan dipindahkan ke Kharkiv menggunakan keretapi di mana akan diserahkan kepada wail daripada negara Belanda. Keretapi itu akan bertolak petang ini (waktu Ukraine) dan turut disertai oleo 6 wakil Malaysia daripada pasukan Penyelamat. 
. Mayat-mayat tersebut akan diterbangkan ke Amsterdam menggunakan C130 Hercules milik Belanda. 
. Jika diperlukan, proses forensik akan dijalankan dan selepas itu mayat-mayat warganegara Malaysia akan diterbangkan pulang.
· Jam 9 malam ini (waktu Ukraine), 2 kotak hitam MH17 akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk.
· Penyiasat antarabangsa bebas akan dijamin untuk akses yang selamat di lokasi kejadian untuk memulakan penyiasatan penuh.

. Najib Razak menegaskan bahawa, walau pun perjanjian telah tercapai, mash ada lagi beberapa langkah yang diperlukan sebelum ianya selesai
7. Segala perjanjian di atas tercapai apabila Najib Razak bercakap dengan Alexander Borodai, pemimpin yang dirujuk sebagai 'who is in command of the region where the tragedy occurred' oleh Najib Razak.




8. Pemilihan ayat oleh Najib Razak apabila memperkenalkan Alexander Borodai jelas menunjukkan skil diplomasi Najib Razak yang patut dipuji kerana tidak memihak mana-mana negara. Alexander Borodai dilabelkan sebagai self-proclaimed Perdana Menteri kepada self-proclaimed Republik Rakyat Donetsk oleh media Barat. Thumbs up.

9. Satu lagi kenyataan yang tampak senang tetapi sebenarnya mengenakan tekanan kepada Alexander Borodai (in a good way) ialah apabila Najib Razak berkata, "setakat ini, Borodai dan orang-orangnya telah memberikan kerjasama". Dan Borodai akan terus 'memberi kerjasama untuk membuktikan janji mereka boleh dipakai. Thumbs up.      

10.  Selain daripada keberhasilan skil diplomasi Najib Razak itu, perjanjian itu juga telah mengaibkan banyak agensi media antarabangsa terutamanya media Barat. Thumbs up.

11. Sebelum ini mereka melaporkan kononnya kotak hitam MH17 di bawa atau berada di Moscow supaya bukti dalam kotak hitam itu tidak diketahui oleh pihak lain.




12. Malah ada laporan media Barat yang berbohong apabila melaporkan : 
HRABOVE, Ukraine -- Bowing to international pressure Monday, pro-Moscow separatists released a train packed with bodies and agreed to hand over the black boxes from the downed Malaysia Airlines plane, four days after it plunged into rebel-held eastern Ukraine . more



13. Kerana 'tunduk kepada tekanan antarabangsa, pemisah pro-Moscow bersetuju melepaskan keretapi yang membawa mayat penumpang MH17 dan menyerahkan kotak hitam'? 

14. Saksikanlah pembohongan media Barat yang menidakkan usaha diplomasi Najib Razak. Sungguh memualkan! 

15. Tetapi seperti yang ditegaskan oleh Najib Razak, walau pun perjanjian telah tercapai, masih banyak lagi langkah-langkah yang perlu di ambil dan kerjasama pihak Alexander Borodai sangat penting sebelum segalanya selesai.

16. Kita doakan agar segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan sehingga kesemua mayat penumpang dan anak kapal MH17 sampai ke negara masing-masing termasuk Malaysia.

17. Inilah prioriti utama Najib Razak buat masa ini dan juga diharap-harapkan oleh keluarga mangsa dan rakyat Malaysia.

18. Mencari dalang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusian yang menembak jatuh MH17 dan membunuh 298 penumpang dan anak kapal yang tidak bersalah adalah prioriti yang seterusnya


Jangan lupa hari ini …

  


Anda mungkin juga meminati:

TERKINI! INI ADALAH DOKUMEN PERJANJIAN ANTARA ALEXANDER BORODAI & MALAYSIA #MH17

Wednesday, July 23, 2014

Di bawah adalah dokumen perjanjian di antara pihak Alexander Borodai dengan kerajaan Malaysia seperti yang tersebar di dalam twitter :




MH17: Terdapat cebisan mayat yang tidak diambil, kata OSCE

MH17: Terdapat cebisan mayat yang tidak diambil, kata OSCE

 
Mayat-mayat yang dikumpulkan sebelum di bawa ke Kharkiv. - gambar fail 
 
KUALA LUMPUR: Ketua pasukan pakar antarabangsa Jan Tuinder yakin bahawa hanya ada 200 mayat di Kharkiv, Ukraine dan turut yakin bahawa lebih banyak jasad akan ditemui sebaik sahaja beg yang mengandungi cebisan anggota diperiksa sepenuhnya.

Jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw berkata terdapat cebisan mayat yang tidak diambil.

Namun begitu, menurut pemantau antarabangsa, sesetengah cebisan mayat tidak dapat dibawa kerana sudah mula reput dan ditinggalkan di tempat kejadian di timur Ukraine.

Daripada 298 yang terbunuh selepas MH17 terhempas pada 17 Julai lalu, 193 ialah warga Belanda.
Kesemua mauat tersebut akan diterbangkan ke Belanda yang sebelum ini mengutuk cara mayat penumpang MH17 itu diuruskan di Ukraine.

Malaysia pula menyifatkan tindakan menghalang pasukan penyiasat masuk ke kawasan nahas sebelum ini sebagai tidak berperikemanusiaan.

Air operators belatedly avoid Ukraine war zone

Questions grow over why passenger jets were still flying over Ukraine as flights are now re-routed

People walk amongst the debris, at the crash site of a passenger plane near the village of Grabovo, Ukraine
People walk amongst the debris, at the crash site of a passenger plane near the village of Grabovo,

Air operators around the world last night imposed a no fly-zone over Ukraine as questions grew over why passenger jets were still flying over the war zone three months after pilots were warned to avoid it.
Flights were urgently re-routed around the region potentially putting hours onto scheduled journeys and causing delays.
However, aviation safety authorities in the United States and Europe warned pilots in April about potential risks flying in or near Ukraine airspace.
The U.S. Federal Aviation Administration issued a "special notice" regarding Ukrainian airspace advising airlines to "exercise extreme caution due to the continuing potential for instability."
International aviation agencies in April also had warned pilots and airlines to avoid the Ukranian airspace.
Aviation experts last night said operators continued to fly across the zone because it was the quickest and therefore cheapest route for some flights.

A former head of group security at airports group BAA claimed last night suggested that cost was a factor in the decision to use Ukranian airspace.

Norman Shanks, who is also a professor of aviation security at Coventry University, said: "Malaysia Airlines, like a number of other carriers, have been continuing to use it because it is a shorter route, which means less fuel and therefore less money.

"I expect the area will be declared a no fly-zone and aircraft will have no choice but to take a different, longer route.”

The emergency measures followed the apparent shooting down of the Malaysia Airlines plane over eastern Ukraine, killing more than 300 people.
 
Smoke fills the site where the Malaysia Airlines Boeing 777 plane crashed, near the settlement of Grabovo in the Donetsk region of Ukraine (Reuters)
 
The outrage immediately raised questions over why commercial flights were using a region where attacks on aircraft have been rife.

In the last week alone two Ukrainian military aircraft were shot down and a third was damaged by a missile.
Last night a Department for Transport spokesman said flights, including those already airborne, were being routed around the region.

“Pilots around the world have been advised to plan routes that avoid the area by Eurocontrol, the European organisation for the safety of air navigation,” a spokesman said.

Virgin Atlantic said it had “slightly diverted” two flights, one from Heathrow to Dubai route and one on the Mumbai to Heathrow route.

Turkish Airlines said all of its flights would now avoid Ukrainian airspace.

British Airways said only one flight a day used that airspace, the Heathrow to Kiev service.

A spokesman said: “The safety and security of our customers is always our top priority.

“We are keeping those services under review, but Kiev is several hundred kilometres from the incident site.”
It is understood passenger jets continue to cross volatile regions because operators believe they fly at a high enough altitude to not be at risk of attack.

It was for these reasons that commercial airliners continued to fly over Iraq and Afghanistan during prior conflicts without much hesitation, although it has been reported that the US Federal Aviation Administration has recently told carriers to avoid the nearby region of Crimea.

 
Wreckages of the Malaysian Airlines plane which was carrying 295 people from Amsterdam to Kuala Lumpur (Getty)
 
The Malaysian Airliner was reportedly travelling at an altitude of 33,000 feet – a height considered by those within the industry to be completely safe.

Military jets typically fly at much lower altitudes, meaning it would be hard to misinterpret an airliner at such height for a threat, while many ground-based weapons would not reach such an altitude.
On Monday a Ukrainian military transport plane carrying eight people was hit by a missile fired from Russian territory killing two of those on board.

On Wednesday a Ukrainian Air Force fighter was also hit by a missile forcing the pilot to eject the aircraft.
Earlier that day another Su-25 was hit by a rebel missile but the pilot landed the plane successfully with relatively slight damage.

An industry source told The Telegraph: “The belief was that a plane could not be shot down at that altitude, which is why aircraft continue to fly over zones that have wars going on.”

David Kaminski-Morrow, air transport editor of Flightglobal magazine, added: “Any decision about the opening or closing of Ukrainian airspace will be a matter for the Ukrainians. It could well be that part or all of that airspace will now be closed.”

The incident involving MH17 is not the first occasion on which a civilian airliner has been shot down over a war zone.

On July 2, 1988, an Iran Air 655 Airbus was hit by the US Navy ship Vincennes at an altitude of 14,000 feet, causing the deaths of all 290 people on board, after being mistaken for a military aircraft.