Ketik sini akan bantu Blog ini
Seyogia
☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi
Rabu, 30 April 2014
Fasa baru pencarian MH370 bermula
Pencarian di Lautan Hindi Selatan memasuki fasa baru hari ini dengan operasi berlangsung kurang 2,000 kilometer dari Perth.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyebut, dron dalam air Bluefin-21 akan terus mencari di dasar laut sehingga teknologi lain digunakan untuk menambah baik pencarian lautan dalam.
"Bluefin-21, yang telah melengkapkan pencarian di kawasan seluas 314 kilometer persegi di tempat yang dikesan oleh pengesan pinger ditunda, akan terus mencari di kawasan berdekatan," kata JACC dalam satu kenyataan.
Menurut JACC, Bluefin akan meneruskan misi ke-17 apabila cuaca bertambah baik.
Satu pencarian udara telah dibatalkan, dan semua aset yang digunakan untuk tujuan itu akan kembali ke pengkalan mereka dan penyusunan usaha mencari dalam fas abaru sedang bermula.
Bagaimanapun, kapal Australia Defence Vessel Ocean Shield akan kekal di kawasannya sementara kapal terbang Royal Australian Air Force AP-3C Orion akan bersiap sedia di Perth.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan