Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Isnin, 7 April 2014

China ‘yang perahsia’ mahu Malaysia terbuka tentang pesawat MH370

.Keluarga penumpang MH370 warganegara China masih menunggu dan menggesa kerajaan Malaysia mendedahkan maklumat berhubung siasatan pesawat yang masih hilang itu. Gambar fail.Tindakan China yang menuntut Malaysia mendedahkan segala penemuan berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 berbeza dengan sejarah negara itu yang terlalu berahsia ketika gempa bumi melanda negara berkenaan di Sichuan pada 2008, kata AFP memetik kenyataan penganalisis.

Perdana Menteri China, Li Keqiang menggesa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan maklumat berkenaan pesawat berkenaan secara berkala dan tepat, lapor agensi berita Xinhua.

Gesaan itu dibuat selepas lebih seminggu apabila ruangan minda pengarang akhbar di China menuntut keterbukaan yang lebih luas daripada Kuala Lumpur dan Malaysia Airlines.

"Kecuali ketelusan itu dapat dipastikan, misi pencarian antarabangsa ini tidak akan berhasil seperti yang diharapkan," kata komentar Xinhua.

"Ketika berdepan dengan bencana, kejujuran adalah kunci untuk mengelakkan insiden sama berulang kembali," katanya.

Namun ketika taklimat kepada media, jurucakap Kementerian Luar China Hong Lei enggan mendedahkan maklumat lanjut ketika ditanya beberapa siri soalan berkaitan peranan China dalam misi pencarian itu.

Mampukan China menolak kemungkinan pesawat hilang itu memasuki ruang udara?

Adakah 153 penumpang warga China yang menaiki pesawat itu disiasat?

Adakah China menjalankan misi mencari dan menyelamat di darat termasuk di laut?

Adakah misi mencari dilakukan di wilayah barat Tibet dan Xinjiang, di mana data satelit menunjukkan kemungkinan pesawat terbang ke sana?

Hong enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata,"operasi mencari kini diteruskan, dan kami akan bekerjasama dengan Malaysia untuk lakukan usaha pencarian."

Tidak sampai sehari kemudian, Xinhua memetik duta China di Malaysia, Huang Huikang mendedahkan Beijing memulakan misi carian pesawat berkenaan di wilayah China.

Pihak berkuasa China minggu lalu, mendedahkan rakaman foto satelit tiga objek terapung berkemungkinan berkaitan dengan pesawat namun tidak mendedahkan persoalan imej berkenaan didedahkan hanya tiga hari selepas ianya ditemui.

Malah, AFP melaporkan, media China juga diarahkan untuk mengikuti laporan Xinhua dalam melaporkan insiden tersebut.

Kesatuan Wartawan Antarabangsa berkata dalam kenyataan mereka: “Amat menyesalkan pihak berkuasa China terus menggunakan langkah sedemikian untuk mengawal maklumat yang diperlukan, terutamanya ketika siasatan ini dilakukan."

Tindakan Beijing itu tidak mengejutkan, kata penganalisis, menjelaskan bagi negara-negara terlibat dalam misi pencarian, sensitiviti geopolitik masih dimainkan sepertimana pertimbangan kemanusiaan.

Operasi di Laut China Selatan "ujian keamanan terhadap fungsi ketetnteraan yang mungkin penting dalam apa-apa konflik," kata James Brown, felo ketenteraan di Lowy Institute for International Policy di Sydney, ketika berkata kepada AFP.

Tentera yang dalam persoalan akan "memerhatikan prestasi sesama mereka dan risau mendedahkan kebolehupayaan mereka terjejas – antara satu sama lain, kepada tahap politik domestik," katanya.

Beijing juga jelas akhbar berkenaan menyembunyikan mana-mana insiden yang mungkin memalukan pemerintahan Parti Komunis China, dengan menyekat maklumat dengan ketat dan menghalang sebarang usaha mendapatkan pengesahan bebas.

Pesawat terhempas di China secara tipikalnya dilabel sebagai sangat sensitif oleh pihak berkuasa, dengan wartawan diberikan akses terhad di lokasi kejadian, dan sejak beberapa tahun kebelakagan ini dihalang daripada melaporkannya.

Kritikan pengguna Internet China semakin meningkat terhadap Xinhua, kerana gagal menghasilkan laporan seperti mana dilakukan media bukan milik China sejak ia dilaporkan hilang.

"Malaysia dan China hanya mendedahkan birokrasi mereka, dan media kawalan kerajaan hanya menuruti." 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan