Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Sabtu, 5 April 2014

MH370: Malaysia akan melantik penyiasat bebas bertanggungjawab

MH370: Malaysia akan melantik penyiasat bebas bertanggungjawab
Datuk Seri Hishammuddin Hussein 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia akan melantik penyiasat bebas (IIC) yang akan bertanggungjawab mengetuai pasukan siasatan ekoran kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata langkah ini bersesuaian dengan piawaian yang ditetapkan di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Mengikut standard ICAO, Malaysia juga akan melantik "Penyiasat  Bertanggungjawab" yang bebas untuk mengetuai pasukan penyiasatan." katanya

Pasukan siasatan ini terdiri daripada tiga kumpulan iaitu, kelayakan penerbangan, operasi serta perubatan dan faktor kemanusiaan.

Kumpulan kelayakan penerbangan akan melihat kepada isu seperti rekod penyelenggaraan, struktur dan system.

Kumpulan Operasi pula akan memeriksa perakam penerbangan, operasi dan aspek meteorologi kepada siasatan tersebut.

Sementara itu, isu berkaitan psikologi, patologi dan faktor kelangsungan hidup akan diberi perhatian oleh kumpulan perubatan dan faktor kemanusiaan.

Di bawah ICAO, apabila kemalangan penerbangan terjadi, Kementerian Pengangkutan boleh melantik wakil bertauliah untuk turut serta dalam proses siasatan itu.

Ketika siasatan, IIC akan mendapat akses kepada semua perkara berkaitan termasuk bangkai pesawat, perakam penerbangan dan rekod Perkhidmatan Trafik udara (ATS).

Hishammuddin berkata, Australia telahpun bersetuju untuk menjadi wakil kepada pasukan siasatan tersebut.

Malaysia akan turut meletakkan China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis sebagai wakil bertauliah, termasuk beberapa negara lain yang dapat membantu dalam mengendalikan siasatan ke atas MH370.

Beliau menambah, Malaysia akan terus menerajui siasatan MH370 seperti yang telah ditetapkan oleh ICAO dalam Lampiran 13 Standard Antarabangsa dan Amalan Disyorkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan