Isyarat Ping Kotak Hitam MH370 Sudah
Berakhir. “Panggilan Telefon Misteri” MH370 Diterima : Sebelum ini,
pakar Australia dan Amerika Syarikat telah mengesahkan dan mengatakan,
“Nah, inilah isyarat PING yang kita cari selama ini”.
Malangnya, selepas ini kita mungkin
tidak akan menerima lagi isyarat PING daripada kotak hitam seperti yang
disahkan sebelum ini. Ini kerana….
Ini kerana daya jangka hayat bateri
kotak hitam MH370 sudah pun melebihi kemampuannya (yang mana sehingga ke
hari ini sudah memasuki hari ke-37 sejak berlakunya tragedi kehilangan
pesawat MH370.
Pakar Pusat Analisis Akustik Bersama
Australia (AJACC) di New South Wales & pengeluar kotak hitam di
Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam MH370.
Senarai Kapal Menerima Isyarat Ping Kotak Hitam MH370?
- kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield – 2 kali
- kapal China Haixun 01 – 2 kali isyarat
Terbaru, satu panggilan telefon telah
berjaya dikesan yang datang dari pesawat MH370. Yang menariknya lagi
panggilan tersebut datang dari telefon bimbit Fariq Abdul Hamid. Berikut butiran panggilan yang dibuat melalui telefon bimbit Fariq Abdul Hamid (pembantu juruterbang) :
- Panggilan dibuat pagi 8 Mac 2014
- Panggilan dibuat ketika kapal terbang MH370 berada pada kedudukan serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang sehingga membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan
- Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.
Apa sebenarnya yang berlaku di kokpit
dan di dalam pesawat MH370 pada pagi MH370 sebenarnya? Sekarang ini,
dilaporkan setiap maklumat sedang dikumpulkan oleh kalangan pakar-pakar
bagi merungkai segala misteri bagi membongkar & merungkai apa yang
sebenarnya berlaku kepada pesawat MH370 di pengakhirannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan