Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Ahad, 13 April 2014

MH370 Ditembak Oleh Sebuah Pengkalan Tentera AS Dan Jatuh Di Lautan Hindi ?

Kapal pemusnah USS Kidd yang diambil dari fail Tentera Laut AS pada 2008
                     MH370: "Tiada bukti pesawat ditembak jatuh dari Diego Garcia"

Tiada bukti sahih dan kukuh yang mengatakan bahawa pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang  berkemungkinan ditembak jatuh oleh sebuah pengkalan tentera Amerika Syarikat di Lautan Hindi.

Mantan juruterbang berpengalaman, Datuk (Kapt) Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata walaupun Lautan Hindi adalah satu kawasan laut yang paling bergelora dan sunyi, terdapat sebuah pulau terumbu karang yang bernama Diego Garcia.

“Saya pernah menguruskan satu penerbangan sewa ke Diego Garcia dan di pulau tersebut terdapat terdapat satu pengkalan tentera Amerika Syarikat yang berada di pulau tersebut.

Maknanya di sini adalah, terdapat juga kelengkapan radar yang mampu mengesan kehadiran sebarang pesawat yang melalui kawasan tersebut,” kata Nik Ahmad Huzlan ketika dihubungi Astro Awani.

Diego Garcia

“Namun begitu, adalah tipis dan jauh sama sekali untuk mengatakan bahawa pesawat MH370 itu ditembak jatuh kerana Diego Garcia adalah sebuah pulau yang bukannya sensitif dan pangakalan tentera yang ada di situ juga bukanlah ancaman kepada sesiapa pun.”.

Tambahnya lagi, “petunjuk” yang mendakwa pesawat tersebut mungkin terbang menuju ke Lautan Hindi adalah apabila laporan dari radar Tentera Malaysia yang menyatakan bahawa pesawat tersebut terbang di ketinggian 29,500 kaki di sekitar kawasan Pulau Perak pada jam 2.15 pagi.

“Itu merupakan titik terakhir pesawat tersebut yang dikesan sebelum hilang,”.

Melalui data yang diperoleh itu, maka pihak Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah menyalurkan maklumat dan sokongan tersebut tersebut kepada Tentera Amerika Syarikat yang kemudiannya menggerakan asset-aset ketenteraannya dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat tersebut.

“Jika pihak Amerika Syarikat juga telah mendapati terdapat ‘indikasi’ bahawa pesawat tersebut mungkin jatuh sekitar Lautan Hindi dan radar dari Diego Garcia juga ada mengesannya, maka mereka akan memulakan fasa ‘kuning’ pencarian pesawat tersebut,” katanya lagi

Beliau turut menegaskan seandainya terdapat ‘alert’ atau tanda di mana pesawat yang tidak dikenali itu memasuki ruang udara di sekitar Diego Garcia, berkemungkinan mereka tidak akan menceritakan tentang perkara itu kepada sesiapa.

“Namun, sehingga setakat ini tiada tanda tersebut,”.

Awal pagi ini, Pentagon mendedahkan bahawa ada “petunjuk” pesawat MH370 itu mungkin terhempas di Lautan Hindi dan Amerika Syarikat sedang menggerakkan asset ketenteraan mereka seperti kapal USS Kid ke kawasan tersebut untuk mencarinya.

- astro awani

              MH370: Kapal AS, Termasuk Uss Kidd Digerak Ke Lautan Hindi 

[mstar]- Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengerahkan kapalnya bergerak ke Lautan Hindi untuk mencari pesawat Malaysia yang hilang ekoran laporan pesawat tidak henti-henti menghantar isyarat bunyi (ping) kepada satelit selepas terputus hubungan radar.

Usaha dan fokus pencarian beralih dari Laut China Selatan selepas Rumah Putih berkata 'maklumat baharu' menunjukkan pesawat itu mungkin telah menjunam di Lautan Hindi.

"USS Kidd akan melakukan transit di Selat Melaka dalam perjalanan ke Lautan Hindi," kata seorang pegawai tentera laut kepada AFP, merujuk kepada kapal pemusnah berpelurunya.

Pesawat tambahan AS, P-8A Poseidon juga sedang menuju ke kawasan itu, di mana P-3 Orion telah pun membantu dalam usaha pencarian, kata pegawai itu yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Langkah itu dibuat selepas adanya laporan bahawa sistem komunikasi Boeing 777 Malaysia Airlines berterusan memberi isyarat bunyi kepada satelit dalam tempoh beberapa jam selepas pesawat hilang dari radar.

Isyarat itu diperolehi dari sistem pengurusan kapal terbang yang menyediakan aliran data atas operasi pesawat itu, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ) dan ABC News.

WSJ kemudiannya menarik balik satu maklumat dalam laporan asalnya yang mengeluarkan kenyataan tidak betul bahawa penyiasat telah melihat isyarat pada enjin pesawat Rolls -Royce.

Satu laporan berita ABC yang berasingan memetik dua pegawai AS tanpa nama berkata penyiasat kini percaya bahawa sistem data pesawat dan transponder yang melaporkan kedudukannya dalam penerbangan ditutup secara berasingan.

Penerbangan Malaysia Airlines 370 dengan 239 di atas kapal, berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, dilaporkan hilang .

Kemungkinan bahawa pesawat terbang selama beberapa jam membangkitkan pelbagai persoalan baru mengenai nasib pesawat itu.

Pencarian antarabangsa memberikan tumpuan di kawasan Laut China Selatan di timur Malaysia, di sepanjang laluan pesawat.

Rumah Putih berkata maklumat baharu yang tidak dapat ditentukan telah mendorong pihak berkuasa untuk melakukan pencarian di kawasan di sebelah barat Lautan Hindi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan