Pegawai mencari dan menyelamat di Australia yakin mengetahui anggaran kedudukan kotak hitam pesawat hilang MH370, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbott.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama, ketua agensi yang menyelaraskan carian berkata, isyarat ping terkini, yang diperoleh oleh boya peranti pendengar pada Khamis, mendapati ia tidak berkaitan dengan pesawat itu.
“Kami yakin bahawa kami tahu kedudukan alat perakam pesawat kotak hitam hingga beberapa kilometer,” Abbot dipetik sebagai berkata di Shanghai, ibu negara China oleh Reuters.
“Namun, keyakinan pada anggaran kedudukan kotak hitam tidak sama seperti menemui bangkai pesawat daripada hampir empat setengah kilometer bawah dasar lautan atau akhirnya menentukan semua yang berlaku atas pesawat.”
Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu pada bulan lalu, mencetuskan operasi mencari dan menyelamat termahal dalam sejarah penerbangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan