Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Ahad, 13 April 2014

MH370 Hilang, Pelancong Warga Taiwan Ditembak Mati, Pelancong Warga China Dan Pekerja Warga Filipina Diculik, Sembilan Nelayan Malaysia Diculik, Keselamatan Malaysia Lemah !


Jangan guna sentimen MH370 tutup kelemahan keselamatan
Jangan mempergunakan sentimen kehilangan pesawat MH370 demi menutup kelemahan kawalan keselamatan negara berikutan penculikan dua wanita di sebuah pusat peranginan di Semporna, Sabah dua hari lalu.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mendakwa kejadian itu mungkin dirancang pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan China, apatah lagi selepas ia terjejas teruk ekoran isu MH370.

Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong Sze Phin menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut dan ‘keanak-anakan (childish)’.

“Kenyataan itu tidak masuk akal dan keanak-anakan, Masalah ini sudah lama dihadapi penduduk Sabah.

Najib seperti ingin mengalihkan perhatian daripada isu sebenar, iaitu kelemahan kawalan keselamatan negara.

“Macam mana beliau boleh buat kenyataan seperti itu ketika di Australia, Beliau patut balik dan lihat sendiri keadaan di sini,” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu itu juga mendesak kerajaan menilai semula sistem kawalan dan keselamatan di sana yang dilihat gagal berfungsi dengan baik berikutan kes pencerobohan yang semakin menjadi-jadi.

Malam 2 April lalu, seorang pelancong warga China dan pekerja warga Filipina diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Singamata Reef Resort.

Pada 27 Ogos 2013, 20 lelaki bersenjata menculik sembilan nelayan Malaysia berdekatan Pulau Mabul.

Pada 15 November 2013 pula, pelancong warga Taiwan, Hsu Lin Min, 57 ditembak mati, manakala isterinya, Chang An Wei, 58 diulik oleh sekumpulan bersenjata di Pulau Pom Pom. Chang ditemui di Kepulauan Jolo 36 hari kemudian.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau dan Ahli Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong Tien Fatt mendesak Pengarah Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek untuk meletakkan jawatan berhubung insiden terbaru itu.

“Jika kedaulatan Sabah begitu mudah dicabar dan diceroboh walaupun selepas Esscom ditubuhkan, ini bermakna ia gagal.

“Kami mendesak Mohammad Mentek agar memohon maaf secara terbuka dan meletakkan jawatan serta bertanggungjawab di atas kegagalan Esscom,” katanya lagi.

Esscom diwujudkan selepas insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu awal tahun lalu. Ia meliputi 1,400km kawasan pantai timur negeri itu, bermula dari Kudat sehingga Tawau.

Esscom dilaporkan menelan belanja RM200 juta di awal penubuhan.

Kerajaan juga telah menambah peruntukan RM75 juta melalui Belanjawan 2014 bagi memantapkan operasinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan