Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Sabtu, 5 April 2014

Waris penumpang ada 2 tahun untuk fail saman

MH370 Beberapa waris penumpang MH370 boleh layak menuntut berjuta-juta dolar sebagai pampasan bagi kehilangan orang yang tersayang, manakala yang lainnya mungkin tidak dapat apa-apa, kata peguam penerbangan.

Jumlah pampasan yang boleh diberikan kepada setiap keluarga akan berbeza-beza, bergantung kepada bidangkuasa yang mereka pilih untuk mengambil tindakan undang-undang, dan beberapa pilihan yang terdapat di bawah Konvensyen Montreal, kata peguam penerbangan Australia, Joseph Wheeler.

Pihak keluarga boleh memilih untuk memfailkan tindakan undang-undang mereka berkaitan kemalangan MH370 di Malaysia, sebagai negara syarikat penerbangan tersebut dan menjadi tempat utama perniagaannya; di China, sebagai destinasi penerbangan; atau di negara tempat tinggal tetap penumpang, tanpa mengira kewarganegaraan mereka.

Jumlahnya boleh menjadi setinggi mana kerugian yang dibuktikan
oleh setiap keluarga, kata Wheeler (kiri).

"Jika mereka memfailkan tuntutan mereka di mahkamah Malaysia, dan mereka berjaya membuktikan tahap kehilangan sokongan dari orang yang tersayang kepada keluarga mereka, maka apa sahaja ianya, boleh dituntut.

"Berapa banyak pendapatan mereka, berapa banyak pendapatan yang mungkin mereka dapat pada masa depan, dan berapa banyak ahli keluarga mereka bergantung kepada sokongan daripada penumpang, semuanya dipertimbangkan," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini pada hari Khamis.

Keluarga penumpang Indonesia dan Russia layak menerima pampasan yang kurang kerana negara mereka tidak menandatangani Konvensyen Montreal, dan sebaliknya di bawah Konvensyen Warsaw yang sudah lama.

"Daripada apa yang kita faham, pampasan untuk mereka boleh dihadkan kepada kira-kira AS$8,000 (kira-kira RM26,000).

"Terdapat satu cara untuk menambah jumlahnya. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan perjanjian antara pesawat pembawa... yang meletakkan had pampasan, walaupun ia masih lebih rendah daripada had dalam Konvensyen Montreal.

"Jadi, ia membantu keluarga terbabit dengan adanya perjanjian
antara pesawat pembawa itu, tetapi ia bukanlah banyak sangat. Ia bukan sebaik dalam Konvensyen Montreal," kata Wheeler.

Keluarga Pouria Nourmohammadi, 18, dan Delavar Seyed Mohammad Reza, 29 - dua penumpang rakyat Iran yang menaiki MH370 dengan menggunakan pasport curi, mungkin tidak akan mendapat apa-apa.

Konvensyen Montreal tidak menyediakan pampasan bagi kecederaan atau kematian penumpang gelap seperti kedua-duanya, kerana mereka menaiki pesawat itu secara haram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan