Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Ahad, 6 April 2014

Krisis MH370: Utusan tumpu teori konspirasi CIA

Satu tulisan dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini cuba membangkitkan teori mengaitkan krisis pesawat MH370 dengan rancangan agensi risikan Amerika Syarikat yang didakwa untuk mengeruhkan hubungan Malaysia dan China.

Penolong pengarang akhbar itu Ku Seman Ku Hussein dalam tulisannya itu turut berpendapat kerajaan juga mengambil kira sebahagian dari “teori konspirasi” mengenai serangan 11 September itu.

“Mereka lebih bijak dari CIA,” katanya dalam huraian berhubung sikap Malaysia yang didakwa enggan membiarkan CIA mengetuai operasi pencarian pesawat MH370.

Beliau berkata demikian berdasarkan "kata kunci" bahawa pesawat tersebut membawa 135 orang penumpang warga China, manakala penumpang warga Malaysia hanya 38 orang.

"Jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370.

"Ini berkait rapat dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia-China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar," katanya lagi.

CNN alat perang saraf

Beliau seterusnya mengaitkan tindakan “beremosi” rangkaian berita AS, CNN apabila Malaysia tidak mahu memberi kebenaran kepada CIA untuk mengetuai operasi tersebut.

“Kemudian (CNN) bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugat hubungan Malaysia-China.

“Pihak yang cemburu terhadap hubungan akrab Malaysia-China akan menangguk peluang daripada tragedi yang misteri ini," tulisnya.

“Kerana itu biarlah kita ada sedikit rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya,” tulisan yang disiarkan di halaman 7 itu dipetik.

“Sejarah liar” tersebut merujuk kepada peranan CNN yang didakwanya menjadi alat perang psikologi AS ketika negara tersebut menghadapi serangan 11 September.

Selain itu, beliau turut memetik beberapa teori daripada sebuah buku bertajuk 'Conspiracies, Conspiracy, Theories and the Secret of 9/11' tulisan seorang bernama Mathias Broecker.

Antaranya berhubung dakwaan bahawa pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden pernah berkhidmat dengan CIA di Afghanistan semasa serangan Soviet ke atas negara itu.

“CIA menyalurkan dana yang besar supaya Osama melatih kumpulan pelampau Islam bagi menentang Kesatuan Soviet.

“Tetapi pada 11 Semptember 2001, CIA mengkambinghitam Osama sebagai petualang. Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila era Barack Obama, mayat Osama yang didakwa dibunuh tidak ditunjukkan sebagai bukti.

“CNN yang berjaya merakamkan detik keruntuhan WTC gagal merakam detik kematian Osama,” tulisnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan