Ketik sini akan bantu Blog ini

Seyogia

☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙ Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi... ianya sekadar isu sisi bagi memeriah situs utama yang telah lama berkembang... terselit pelbagai makna yang nyata & tersembunyi. ☼ ◙ ☼ ◙ ☼ ◙... Resah lebih kepada situs yang menemukan nilai diri Penyair iDANRADZi

Jumaat, 25 April 2014

MH370: Mesyuarat ahli keluarga mangsa, kakitangan MAS di Beijing tegang

MH370: Mesyuarat ahli keluarga mangsa, kakitangan MAS di Beijing tegang
 
Keadaan tegang di Beijing pada pertemuan Khamis - Foto AP 
 
BEIJING: Suasana bertukar huru-hara semasa satu mesyuarat  di antara ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dan kakitangan penerbangan Malaysia di Beijing pada Khamis sehingga pihak polis terpaksa campur tangan memisahkan kedua-dua pihak.

Sejak tiga minggu lalu, pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai tentera Malaysia telah mengadakan taklimat dengan ahli keluarga terbabit untuk memaklumkan kepada mereka tentang perkembangan pencarian Penerbangan Malaysia Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac.

Mereka turut menuntut diadakan semula mesyuarat dengan pasukan peringkat tinggi.

Keadaan menjadi lebih tegang pada Khamis, dengan beberapa anggota keluarga berkata mereka sedang  "mogok lapar" sebagai satu bantahan selepas pegawai syarikat penerbangan itu memaklumkan mereka tidak berjaya mendapatkan wakil kedutaan Malaysia untuk menjawab soalan-soalan mereka.

Naib Presiden Kanan Malaysia Airlines Jaffar Derus Ahmad dikatakan berulang kali mengajak ahli keluarga terbabit untuk makan malam di sebuah restoran di lobi hotel, tetapi adegan marah meletus apabila seorang lelaki tiba-tiba pengsan.

"Ini semua disebabkan anda," seorang lelaki menjerit sementara sebahagian yang lain berjumpa dengan kakitangan syarikat penerbangan itu dan menepuk meja sambil menjerit "protes! protes!"

Dianggarkan 12 polis dan kakitangan keselamatan cuba untuk menyelamatkan kakitangan berkenaan.

"Saya mendesak agar pihak Malaysia dan Penerbangan Malaysia dapat mengembalikan anak saya. Saya rindukan anak saya," kata Wen Wancheng kepada kakitangan syarikat penerbangan itu.

"Saya tidak mahu menimbulkan masalah atau kesukaran kepada kakitangan anda. Kami bukan mahu melepaskan kemarahan atau kebencian pada kakitangan anda," tambah lelaki berusia 63 tahun itu dengan nada sedih, sambil ditenangkan oleh ahli keluarga mangsa yang lain.

Bulan lepas,  ahli keluarga mangsa turut melakukan bantahan di Kedutaan Malaysia di Beijing.

Sehingga kini tiada objek dikesan sejak pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac.

Pesawat itu dipercayai telah hilang di selatan Lautan Hindi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan