Gambar Hiasan
Kisah Benar Ustaz Farid Ravi Dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines : Hari ini sudah masuk hari yang kelima tragedi pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines hilang. Kalangan pasukan penyelamat terus bertungkus lumus untuk terus mendapatkan petunjuk sekaligus melancarkan usaha menyelamat dan menemui kapal terbang Malaysia Airlines MAS MH370. Insyaallah…..
Disebaliknya itu, hari ini….Berita Semasa ingin kongsikan di sini kisah benar & pengalaman seorang Ustaz dengan pramugari Malaysia Airlines MAS. Ia ditulis sendiri dengan harapan dapat memperbetulkan persepsi orang ramai terhadap perilaku sesetengah pramugari Malaysia Airlines MAS. Dengan hanya pertemuannya dengan seorang ketua Pengamuri MAS Malaysia Airlines ini telah mengubah sedikit sebanyak persepsi Ustaz Farid Ravi terhadap pramugari Malaysia Airlines MAS amnya dan kew MAS umumnya….
Sangat baik untuk dikongsikan bersama…
Ikuti Kisah Benar Ustaz Farid Ravi Dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines Pesawat Boeing 737
Dikala ramai yang bersoal jawab mengenai
kehilangan MH370, izinkan saya (Ustaz Farid berkongsi sebuah dialog
yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010;
Seperti biasa saya dapat jemputan untuk
menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010,
alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness
Class, Mas Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive
ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 737, MH berapa tak
ingat.
Ceritanya
begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk
boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua
pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau
Pramugara akan ucap kepada penumpang ” Welcome a board sir, have a
pleasant trip” atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu
dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines yang sambut saya pada ketika itu, “Assalamualaikum Ustaz”, saya jawab “Waalaikum salam”.
Agak terkejut, berkata dalam hati “mak
ai akak tu kenal aku la…” Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati
bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari agama, sesat,
tak sempurna iman… dan macam-macam lagi.
Sebetulnya masa mula-mula mata pandang
kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata “Ya Allah berilah hidayah
kepada mereka ni”… Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya
diberi minuman ringan… pastinya “Guava Juice ” pilihan ku dulu kini dan
selamanya. Bila dah take of, ” Teh Tarik”… kena pulak duduk di window
seat… sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil
mengagumi kebesar Allah swt. Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit,
Ketua Pramugari Malaysia Airlines MAS yang mula-mula sambut saya,
menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum…saya pun balas senyum,
dialognya begini;
Perbualan Ustaz Farid Ravi Dengan Pramugari MAS Malaysia Airlines Pesawat Boeing 737
Pramugari: Assalamualaikum Ustaz,
Saya: Wa alaikumsalam, yea.
Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz…
Saya: Tilawah Interaktif ka?
Pramugari: Yea Ustaz.
Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh.Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar)
Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan.
Pramugari: Ini no saya ustaz… tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)
Selepas
Pramugari Malaysia Airlines MAS itu beredar, saya mengucap panjang, ya
Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon
agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini.
Mulai hari itu presepsi saya terhadap
cabin crew Malaysia Airlines MAS telah berubah, bukan sekadar itu,
kadang-kadang dalam perjalanan yang agak jauh seperti dari KL-KK, atau
KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada
saya untuk kepastian dan penjelasan.
Moral of story “JANGAN BERSANGKA BURUK DGN ORG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORG DARI ZAHIRNYA”.
Nukilan : Ustaz Farid Ravi
P/S : Cuumanya ada sedikit pembetulan di situ, mungkin Ustaz Farid Ravi tersilap. Ini keranapenerbangan sekadar laluan Singapura – Kuala Lumpur tidak pernah menggunakan B777-200 Ustaz. Hanya B737-400 atau B 737-800 sahaja. Walaubagaimanapun, pengalaman dan artikel yang Ustaz Farid Ravi kongsikan adalah sangat baik utnuk dikongsikan bersama…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan