Seorang media Australia, Philip Wen melaporkan bahawa sekumpulan ahli keluarga penumpang warga China MH370 dengan empat rombongan bas telah menganjurkan protes di depan kedutaan Malaysia di Beijing.
Para pemprotes telah dinasihatkan untuk menunggu wakil kedutaan Malaysia untuk bertem dengan mereka dan memberikan penjelasan lanjut. Bas-bas juga tidak dibernarkan untuk bergerak, walaubagaimanapun keluarga penumpang memberitahu mereka akan berjalan kaki ke kedutaan Malaysia.
Setibanya kumpulan itu di depan kedutaan, mereka telah melaung agar duta keluar dan bertemu dengaan mereka, serta memberitahu perkara yang sebenar dan memulangkan ahli keluarga mereka yang berada di dalam penerbangan MH370.
Berikut adalah laungan oleh kumpulan tersebut:
“Adakah kamu akan keluar? Adakah kamu mempunyai perasaan malu? Pembunuh!Berikut pula adalah status Twitter oleh wartawan Philip Wen :
“Orang China tidak akan mengasari orang China yang lain. Benarkan kami masuk!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan